Petaling Jaya | Foo Howe Kean
Sewaktu saya dan Aziz pertama kali pulang dari United Kingdom dan mula bekerja sebagai pensyarah, kami sangka kami akan menikmati kehidupan yang selesa. Kami segera menyedari bahawa inflasi begitu tinggi manakala gaji pula rendah. Kami tidak mampu untuk menghadiri persidangan atau membawa keluarga ke tempat percutian yang menarik. Jadi, kami mengecilkan impian kami agar selari dengan pendapatan.
Apabila kami menimang cahaya mata yang pertama, kami berdepan dengan cabaran dalam menguruskan anak dan kerjaya kami. Setelah banyak kali kehilangan pembantu rumah dan terpaksa mencari pengganti, kami memutuskan untuk mencari sedikit pendapatan tambahan dan masa untuk keluarga.
Pada bulan Oktober 1979, penaja kami Eddy Chen memperkenalkan kami kepada Amway. Pada mulanya, idea untuk menjual detergen kepada rakan dan saudara-mara telah mematahkan minat kami. Mujurlah, suami saya mempunyai visi yang lebih besar. Beliau melihat potensi memiliki perniagaan kami sendiri melalui rangkaian berbanding menjalankan perniagaan konvensional. Oleh itu, beliau memutuskan untuk membina perniagaan Amway
Terima kasih kepada Duta Mahkota Pengasas Foo Howe Kean, kami belajar daripada beliau tentang konsep dan falsafah perniagaan yang betul. Beliau membimbing kami untuk membangunkan perniagaan kami sehingga ke tahap hari ini – sebuah perniagaan yang telah berkembang ke Taiwan, Thailand, China, Amerika Syarikat, Indonesia, Singapura, Vietnam, Filipina dan Australia.
Setelah mencapai tahap Intan pada 1984, kami bukan sahaja mempunyai kebebasan masa dan kewangan untuk mengejar minat dan hobi kami, malah kami dapat menyumbang kepada masyarakat.
Dengan kebebasan yang luar biasa ini, Aziz dapat mengikuti
pengajian sarjana pasca kedoktoran di Leeds Medical School,
dilantik sebagai ketua projek European Economics Joint Research
Project for Neurotoxicology, merupakan Naib Presiden Malaysian
Society for Complementary Therapies dan mengendalikan klinik
kesihatan komplementari perintis di Petaling Jaya.
Kami juga berpeluang mengelilingi dunia untuk menghadiri persidangan dan pameran mengenai kesihatan, pemakanan dan kesejahteraan. Dengan pendedahan ini dan penggunaan produk Nutrilite, eSpring dan Atmosphere, kami telah membantu ramai orang menjalani kehidupan yang lebih sihat dan lebih baik.
Kepada anak-anak kami Zamrud Ahmad Syukran Idris & Nazlee Abdul Aziz dan Platinum Johan Abdul Aziz & Inessa Khairil Annuar, terima kasih kerana mempercayai kami, bekerja keras dan menjadikan impian kami kenyataan. Kini kami melancong dengan penuh gaya dan seronok menyertai Seminar Kepimpinan Amway bersama-sama sebagai sebuah keluarga.
Mereka yang ingin berjaya mestilah
terlebih dahulu mempercayai diri
mereka sendiri dan produk Amway,
Pelan Penjualan & Pemasaran
Amway dan orang yang mereka
bawa ke dalam perniagaan ini.
Jadilah insan yang berwawasan
dan berintegriti dengan etika kerja
yang baik. Anda juga boleh menjadi
Intan dan menyentuh kehidupan
berjuta-juta orang di seluruh dunia.