Floating Icon
07 NOV 2024 PENYANDANG 2 MINIT BACA 1 LIHAT 0 BERKONGSI

Intan Sense Tio Swee Siong & Lavenier Teo Jia Hui

Klik DI SINI

untuk membaca kisah kejayaan mereka di Laman Kemasyhuran.


Intan Sense Tio Swee Siong & Lavenier Teo Jia Hui

BATU PAHAT | S W LAW & CHING SHIANG


Impian Itu Percuma, Jangan Sia-siakannya. Jadikannya Realiti

Diamond-Sense-Tio-Swee-Siong-&-Lavenier-Teo-Jia-Hui-pix1.jpg

Dilahirkan dalam keluarga yang miskin, kehidupan yang sentiasa berpindah-randah merupakan kenangan terawal Sense. Di kala rakan sekelas menceritakan perjalanan dan percutian mereka, perjalanan domestik sekalipun jauh sekali dapat dikecapi oleh keluarganya. Membesar dalam keadaan serba susah telah menyemarakkan impian zaman kanak-kanaknya – untuk membina kekayaan untuk generasi akan datang melalui usahanya sendiri.

Sebelum menyertai Amway, beliau mengurus dua buah pusat tuisyen, bekerja tanpa mengenal erti jemu sehingga 16 jam sehari selama enam setengah hari seminggu. Hidupnya adalah satu kitaran yang tiada kesudahan. Namun, beliau amat memahami realiti perniagaan yang begitu teruk – jika perniagaan maju, pemiliknya mungkin akan rebah akibat keletihan; jika sebaliknya pula, perniagaan itu sendiri akan gagal. Realiti ini mendorongnya untuk memfokus pada perniagaan Amway dengan lebih serius pada 2010.

Berkhidmat sebagai seorang guru sekolah rendah, Lavenier akhirnya terpaksa beralih kepada mengajar di rumah kerana tekanan pekerjaan yang sangat berat. Minatnya untuk melancong dan memperoleh kebebasan kewangan telah menariknya untuk menghadiri mesyuarat Amway. Terpesona dengan gaya hidup yang dijanjikan oleh perniagaan ini, beliau memutuskan untuk membangunkan perniagaan bersama Sense. Mereka percaya bahawa terdapat tiga perkara dalam hidup yang tidak boleh ditangguhkan: ketaatan terhadap ibu bapa, kesihatan dan kejayaan.



"Kami telah membantu golongan muda untuk memulakan perjalanan hidup mereka sendiri yang penuh inspirasi dan kami akan terus membuat perubahan positif dalam kehidupan orang lain melalui kuasa transformatif Amway."



Diamond-Sense-Tio-Swee-Siong-&-Lavenier-Teo-Jia-Hui-pix2.jpg

Tahun 2009 merupakan tahun yang meninggalkan kesan mendalam bagi mereka. Kedua-duanya kehilangan bapa mereka dan tidak dapat menunaikan janji yang telah mereka berikan kepada mereka. Pengalaman ini menguatkan lagi azam mereka untuk berjaya dalam Amway dan menghadiahkan kehidupan yang lebih baik untuk ibu mereka.

Menjelang Disember 2011, mereka mencapai 21% serta Platinum pada Jun 2012. Pada 2013, mereka menjadi Platinum Pengasas dan melayakkan diri untuk Seminar Kepimpinan Amway. Menjelang November 2013, setelah menjual pusat tuisyennya, Sense membangunkan perniagaan Amwaynya sepenuh masa. Pada 2015, mereka mencapai penyemat Nilam dan Nilam Pengasas.

Diamond-Sense-Tio-Swee-Siong-&-Lavenier-Teo-Jia-Hui-pix3.jpg

Penyemat Intan bukanlah sekadar menandakan satu lagi tahap pencapaian. Malah bagi mereka, ia melambangkan kebebasan kewangan, kebebasan daripada bekerja untuk orang lain, dan yang paling penting, kebebasan untuk menjalani kehidupan tanpa tekanan dan sihat. Kebebasan sebenar bagi mereka bukanlah tentang melakukan apaapa sahaja yang mereka inginkan, tetapi tentang memiliki pilihan untuk tidak melakukan perkara yang tidak mereka sukai.

Mereka berkata, “Amway bukan sahaja memperkasakan kami untuk mengejar impian kami, malah perniagaan kami juga membolehkan kami membantu rakan kami dalam mencapai aspirasi mereka bersama-sama. Pada mulanya, kami menumpukan pada kejayaan kami sendiri dan mencipta kisah peribadi kami. Kini, kami komited untuk membantu orang lain merealisasikan impian mereka. Kami telah membantu golongan muda untuk memulakan perjalanan hidup mereka sendiri yang penuh inspirasi dan kami akan terus membuat perubahan positif dalam kehidupan orang lain melalui kuasa transformatif Amway.”

“Daripada introvert tanpa latar belakang pendidikan yang mengagumkan, sejarah gemilang mahupun sumber, kami telah berubah menjadi individu yang bukan sahaja mengubah kehidupan kami sendiri bahkan ahli keluarga kami serta orang lain di sekeliling kami. Misi kami sekarang adalah untuk membantu lebih ramai orang yang berani menanam impian dan bersedia menerima perubahan supaya kami boleh membina impian itu bersama-sama dan menyebarkan kasih sayang ke setiap pelusuk dunia,” tambah mereka.



"Anda mempunyai kuasa untuk merencanakan kehidupan anda sendiri."