Floating Icon
15 NOV 2024 PENYANDANG 2 MINIT BACA 3 LIHAT 0 BERKONGSI

Intan Zulkarnian Redzuan & Nur Fatihah Sabrina Md Akhir

Klik DI SINI

untuk membaca kisah kejayaan mereka di Laman Kemasyhuran.


Intan Zulkarnian Redzuan & Nur Fatihah Sabrina Md Akhir

BARAT DAYA | ABDULLAH & MARIAM


Di Mana Ada Kemahuan, Di Situ Ada Jalan!

DIAMOND ZULKARNIAN REDZUAN-Article-pix-1.jpg

Kami mendaftar sebagai ABO pada 21 Februari 2007. Pada masa itu saya berkerja untuk Penang Ferry Service dengan gaji bulanan yang tidak seberapa iaitu RM760, manakala arwah isteri saya Shafyeenaz Nadia Abdullah pula menjual nasi lemak.

Saya amat bersyukur kepada Allah kerana Amway serta mertua merangkap ABO atasan saya yang telah menunjukkan kepimpinan sejati dan menawarkan bimbingan yang kami perlukan. Tanpa sokongan mereka, kami tidak akan sampai sejauh ini.

Sedari awal lagi, kami dilatih untuk berdikari dalam mengendalikan perniagaan Amway kami sendiri. Kami perlu membuat janji temu jika kami ingin bertemu ABO atasan kami. Kami juga terpaksa menghadiri mesyuarat dan seminar pusat. Kami tahu mereka mahu kami membina kekuatan untuk mengharungi sebarang cabaran.

DIAMOND ZULKARNIAN REDZUAN-Article-pix-2.jpg

Mengimbas kembali, kami amat menghargai segala tunjuk ajar yang mereka curahkan. ICU (Ikut Cakap Upline) bukanlah bermaksud kami perlu mengikuti arahan mereka membuta tuli. Sesungguhnya mengikuti tunjuk ajar dan nasihat mereka dengan penuh ketekunan dan keikhlasan adalah satu tanda hormat.

Semua ABO atasan sememangnya mendoakan yang terbaik untuk ABO bawahan mereka. Mereka mahu kami mencapai impian kami dan mencontohi kejayaan mereka. Pemikiran ini telah tertanam teguh dalam diri kami selama ini. Akhirnya, kami dapat menikmati hasil titik peluh kami hari ini.

Lawatan bersama Amway kami yang pertama ialah Seminar Kepimpinan Amway 2013 (ALS) Hokkaido. Sejak itu, kami tidak pernah melepaskan peluang untuk mengembara bersama Amway – pengalaman ini benar-benar berbeza daripada yang lain.

DIAMOND ZULKARNIAN REDZUAN-Article-pix-3.jpg

Namun begitu, dugaan terbesar bagi saya ialah apabila kehilangan belahan jiwa saya, isteri tercinta pada 1 Mei 2019. Beliau sentiasa berada di sisi saya, menempuhi segala suka dan duka. Tetapi Tuhan mempunyai rancangan yang berbeza untuknya. Kami dikurniakan 5 orang anak dan yang bongsu baru berumur 2 tahun.

Sungguhpun sukar, saya perlu terus tabah dan meneruskan kehidupan. Saya bekerja tanpa jemu untuk mencapai impian kami serta menunaikan tanggungjawab saya terhadap keluarga saya. Alhamdulilah, kami berjaya melayakkan diri sebagai Intan pada 2021.

Untuk itu, saya ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada mertua tersayang merangkap ABO atasan saya. Tanpa anda berdua, siapalah kami. Terima kasih kepada ibu bapa saya Redzuan & Azizah yang sentiasa mendoakan kejayaan kami; kepada Rich DeVos & Jay Van Andel kerana peluang perniagaan yang hebat ini dan kepada pasukan saya kerana yakin dan meletakkan sepenuh kepercayaan mereka dalam perniagaan ini.



"ICU (Ikut Cakap Upline) bukanlah bermaksud kami perlu mengikuti arahan mereka membuta tuli. Sesungguhnya mengikuti tunjuk ajar dan nasihat mereka dengan penuh ketekunan dan keikhlasan adalah satu tanda hormat."