untuk membaca kisah kejayaan mereka di Laman Kemasyhuran.
Mencari pasangan yang secocok boleh menpengaruhi secara mendalam tahap kejayaan yang dicapai oleh seseorang dalam kehidupan. Bukan sekadar cinta malah pasangan hidup yang menyokong satu sama lain akan menjadi sekutu yang memberikan inspirasi, motivasi serta sokongan untuk mengatasi halangan dan mencapai keunggulan.
Isteri saya Sarina memilih untuk meneruskan legasi Amway ibu bapanya, kejayaan yang disaksikan dan dipelajari ketika beliau membesar. Laluan kami bercantum melalui Amway dan sejak itu kami telah memutuskan untuk bekerjasama sebagai satu pasukan demi mencapai aspirasi dan matlamat bersama kami.
Bersatu dalam perkahwinan dan tujuan, kami komited untuk membangunkan perniagaan Amway kami dan mengecapi kebebasan kewangan. Dengan meletakkan kepercayaan kepada Pelan Penjualan & Pemasaran Amway, kami sentiasa memperkenalkannya kepada prospek baharu serta mengatur seminar dan mesyuarat untuk mengembangkan organisasi kami secara konsisten.
Biarpun menghadapi pelbagai cabaran yang tidak putus-putus, saya tetap bertekad dan cekal. Ia didorong oleh keinginan untuk menempa laluan saya sendiri ke arah kejayaan. Pada usia 26 tahun, komitmen kami terhadap perniagaan ini membuahkan hasil apabila kami memperoleh penyemat Intan pada 2005. Bagi mereka yang sedang mencari rahsia kejayaan, nasihat saya mudah sahaja: “Korbankan keseronokan anda sekarang dan nikmati pengorbanan anda kemudian nanti.” Anda boleh menyemarakkan semangat mahu berjaya dan mengubah impian menjadi kenyataan dengan Amway.
Pelbagai jemputan ke Seminar Kepimpinan Amway yang kami terima selama bertahun-tahun telah membawa kami ke seluruh dunia. Ini membuktikan bahawa tiada apa yang tidak dapat dicapai apabila anda telah membulatkan hati dan minda. Hari ini, kami memiliki kebebasan dan kefleksibelan untuk menikmati sepenuhnya masa kami bersama insan tersayang, terutamanya dua orang anak kami yang sedang membesar.
Walaupun sudah boleh tersenyum puas dengan kesenangan yang dinikmati sekarang, kami tahu bahawa melayakkan diri ke tahap Dua Intan hanyalah satu permulaan bagi bab yang seterusnya dalam kisah kami. Kami berazam untuk membimbing semua ABO kami sehingga mencapai potensi mereka sepenuhnya dan memperoleh penyemat Intan. Itulah namanya kerja berpasukan. Kami akan terus melangkah ke hadapan dalam perjalanan kami dan memahami bahawa kehidupan ini ditentukan oleh pilihan, bukannya nasib semata-mata dengan menyahut segala cabaran dan merebut peluang yang terbentang.
Amway sememangnya pilihan yang terbaik tanpa ragu-ragu lagi.