Floating Icon
26 SEP 2024 PENYANDANG 2 MINIT BACA 5 LIHAT 0 BERKONGSI

Intan Guan Ding Hao & Crystal Ng Chia Yee

Klik DI SINI

untuk membaca kisah kejayaan mereka di Laman Kemasyhuran.

Intan Guan Ding Hao & Crystal Ng Chia Yee

JOHOR BAHRU | TAN YIT HUAT & GIOK MUI


Daripada Kerja Sambilan Kepada Kejayaan Sepenuh Masa

Article-pix-1.jpg

Perjalanan keusahawanan saya telah lama bermula sebelum saya berdaftar sebagai ABO lagi. Pada umur 12 tahun, saya bekerja secara sambilan dengan gaji cuma RM1.80 sejam. Itulah kerja sambilan saya yang pertama. Pengalaman ini membuatkan saya lebih memahami apa itu pekerjaan dan keperluan untuk mencari peluang yang lebih baik. Saya mula sedar bahawa saya tidak boleh memaksimumkan pendapatan atau potensi saya dengan pekerjaan tradisional.

Semasa saya seorang penuntut kejuruteraan kimia, saya telah melakukan beberapa kerja sambilan termasuk perniagaan Amway pada umur 19 tahun. Manakala Crystal pula bekerja sebagai pemasar biosains.

Semua ini berubah apabila kami diperkenalkan kepada Amway. Kami berdua menginginkan kebebasan dan jaminan kewangan seperti yang ditawarkan oleh model perniagaan Amway. Terperangkap dalam pekerjaan tradisional dan menantikan cuti serta bonus tahunan bukanlah idea yang menarik bagi kami.

Article-pix-2.jpg

Ibu saya pada mulanya kecewa dengan keputusan saya kerana beliau telah melabur terlalu banyak dalam pendidikan saya. Demi memenuhi hajatnya, saya telah menghantar banyak resume tetapi tidak mendapat balasan. Pada masa itu, saya terus memberikannya sedikit elaun yang menimbulkan rasa ingin tahu beliau tentang sumber pendapatan saya – ia hasil daripada perniagaan Amway saya di Taiwan.

Crystal turut menghadapi bantahan yang sama daripada bapanya yang menjalankan perniagaan tradisional kitar semula. Walaupun beroperasi dalam skala yang agak besar, beliau mempunyai masa yang sedikit untuk melancong atau bersama keluarga. Perniagaan beliau juga mudah terjejas akibat faktor luaran. Akhirnya, beliau terpaksa gulung tikar. Kejadian ini memperkukuhkan lagi kepercayaan kami terhadap potensi Amway.

Article-pix-4.jpg

Mencapai penyemat Intan sebelum mencecah umur 30 tahun merupakan peristiwa penting buat kami. Selain kejayaan dari segi kewangan, pencapaian ini juga adalah tentang membuktikan kepada diri kami sendiri dan ahli keluarga kami bahawa kami boleh berjaya dalam perniagaan ini. Ini mengesahkan keputusan kami untuk meneruskan perniagaan Amway sepenuh masa dan membina keyakinan kami untuk mencapai matlamat yang lebih tinggi.

Kami ingin menekankan betapa pentingnya untuk kekal fokus dan gigih berusaha. Jangan terlalu berfikir, segera bertindak dan kekal konsisten. Asas perniagaan Amway iaitu 3S & 1M (memberikan perkhidmatan, menjual, menaja dan mesyuarat) merupakan asas kepada kejayaan. Hadiri mesyuarat untuk membentuk pemikiran yang betul bagi mengatasi halangan serta kekal positif.

Matlamat kami seterusnya adalah untuk layak mendapat Pengiktirafan Anugerah Global (GAR). Ini bermakna kami boleh menikmati perjalanan kelas pertama untuk setiap lawatan serta gaya hidup yang kami hargai dan nanti-nantikan. Kami gemar melancong dan kebebasan yang diberikannya. Mencapai GAR akan menjadikan setiap hari bagaikan temasya.



"Kami ingin menekankan betapa pentingnya untuk kekal fokus dan gigih berusaha. Jangan terlalu berfikir, segera bertindak dan kekal konsisten."