Floating Icon
25 JUL 2024 PENYANDANG 2 MINIT BACA 65 LIHAT 28 BERKONGSI

Zamrud Chua Shi Xuan

Zamrud Chua Shi Xuan

Miri | David Chua & Wan Pae

CHUA SHI XUAN-1.jpg

Seperti kebanyakan generasi kedua di Amway, saya juga menerima Kit Perniagaan Amway pada hari lahir saya yang ke-18. Saya mula membangunkan perniagaan Amway saya di Brunei ketika melanjutkan pelajaran di sana dan melayakkan diri sebagai Platinum pada tahun berikutnya.

Selepas menamatkan pengajian, saya memutuskan untuk membangunkan perniagaan Amway saya secara sepenuh masa. Saya melayakkan diri sebagai Platinum Pengasas dan menghadiri Seminar Kepimpinan Amway saya yang pertama di Hokkaido pada usia 25 tahun.

CHUA SHI XUAN-2.jpg

Semasa pandemik, saya masih menerima pendapatan daripada Amway walaupun saya terperangkap di Miri dan tidak dapat pulang ke Brunei selama hampir 3 tahun. Pada masa yang sama, perniagaan Amway saya berkembang dengan pesat yang melayakkan saya sebagai Nilam pada 2022 dan Zamrud pada 2023!

Setinggi-tinggi penghargaan saya tujukan kepada ibu bapa saya atas kepimpinan dan bimbingan padu mereka. Wawasan mereka untuk membangunkan perniagaan Amway walaupun sudah mempunyai perniagaan konvensional yang berjaya telah mengubah kehidupan dan masa depan keluarga kami. Hari ini, seluruh keluarga kami sedang giat membangunkan perniagaan Amway kami bersama-sama!

CHUA SHI XUAN-3.jpg

Saya juga amat berterima kasih kepada semua pemimpin yang memberi inspirasi dan membimbing saya. Perniagaan ini dibina atas dasar untuk membantu insan lain menjalani kehidupan yang lebih baik melalui produk dan peluang. Malahan ganjaran yang kami peroleh daripada usaha yang kami curahkan untuk perniagaan ini amatlah berbaloi!



Percaya. Bertindak. Berterusan. Ayuh Capai Intan!