Jitra | Marsamiza Omar & Hazlin Mos
Tindakan Kita Menentukan Tahap Kejayaan Kita
Saya seorang suri rumah sepenuh masa manakala suami saya pula seorang kakitangan awam. Penglibatan kami dalam perniagaan Amway pada 2012 adalah secara kebetulan. Kami tertarik dengan salah satu produk yang dipasarkan oleh Amway lalu menjadi ahli untuk mendapatkannya pada harga ABO. Tidak berapa lama kemudian, kami diperkenalkan dengan Pelan Jualan & Pemasaran Amway oleh penaja kami.
Dengan matlamat untuk mendapat pulangan wang tunai sebanyak RM500 sebulan, kami mula berkongsi produk Amway dengan rakan-rakan dan jiran tetangga. Pada peringkat permulaan, ia tidaklah semudah yang disangkakan. Ramai yang menolak untuk terlibat dalam Amway. Namun begitu, kami tidak berputus asa. Kami terus belajar dengan mengikuti program dan seminar yang dianjurkan. Dengan ilmu yang diperoleh, perniagaan kami terus berkembang maju.
Sejak kami layak sebagai Platinum pada 2016, banyak ganjaran dan bonus yang kami peroleh. Dengan bonus yang kami terima itu, kami mampu membeli rumah kedua kami, sebidang tanah pertanian seluas 2.2 hektar dan melangsaikan hutang pinjaman peribadi berjumlah RM100,000. Di samping itu, kami juga dapat beramal dengan menyumbang dana kepada pertubuhan kebajikan.
Pada 2017, kami layak untuk menyertai Seminar Kepimpinan Amway (ALS) buat kali pertama di Hawaii. Lawatan ini telah menyuntik semangat kami dua kali ganda untuk terus berusaha ia juga telah meningkatkan keyakinan kami terhadap masa depan perniagaan Amway. Berkat kegigihan kami itu, kami layak ke ALS 2018 Hokkaido, ALS 2019 Dubai, ALS 2020 Sydney dan ALS 2021 Alaskan Cruise.
Motto perniagaan Amway iaitu “Membantu insan menjalani kehidupan yang lebih baik” begitu menyentuh emosi kami. Kami dapat membantu adik-beradik dan ABO bawahan kami untuk memperoleh pendapatan yang lumayan melalui perniagaan Amway mereka. Sehingga kini, kami telah berjaya membantu dan membimbing seramai 11 ABO untuk mencapai Platinum dan lima daripadanya layak untuk menyertai ALS 2021 Alaskan Cruise. Kelima-lima mereka itu merupakan ahli keluarga kami. Kami begitu optimistik tentang Amway dan ia merupakan sebuah perniagaan keluarga yang cukup dinamik.
Sebenarnya, tahap kejayaan kita bergantung kepada tahap ilmu yang kita miliki. Untuk berjaya, kita mesti memperuntukkan masa untuk belajar daripada pemimpin yang berjaya. Seterusnya, yakin dan percaya dengan proses yang perlu dilalui. Akhir sekali, tindakan kita juga akan menentukan tahap kejayaan kita. Susun dan rancang strategi yang perlu dilakukan dan bertindaklah secara berterusan tanpa berasa jemu dan putus asa. Sentiasa berada dalam persekitaran yang positif. Pasti kejayaan menjadi milik kita bersama.
Dalam perniagaan Amway, pendapatannya boleh diwariskan. Oleh sebab itu, kami akan terus berusaha untuk membantu lebih ramai ABO untuk memperoleh pendapatan yang tidak terhad dan pada masa yang sama, kami akan berusaha keras untuk membina generasi kedua kami. Harapan kami agar dapat meninggalkan legasi yang cemerlang dalam perniagaan Amway untuk generasi kami yang seterusnya.
"Jumpa anda di puncak kejayaan!"