Miri | Daryl Su Yeong Kiong & Chai Jia Ni
Dilahirkan dalam keluarga berada, saya membesar dan menjalani hidup tanpa rasa bimbang. Malangnya, pada tahun akhir di kolej, ibu bapa saya muflis kerana kegagalan perniagaan.
Akibatnya, kami terpaksa berpindah dari banglo kami ke unit seluas 200 kaki persegi di rumah kedai. Saya memutuskan untuk menamatkan pengajian sambil bekerja kerana kami diajar betapa pentingnya berpelajaran.
Saya dan isteri lulusan universiti terkenal di Australia. Saya akhirnya menjadi ketua akauntan di syarikat tersenarai awam sementara isteri saya pengurus perakaunan. Kami kir kami akan menjalani gaya hidup yang kami inginkan sehinggalah seseorang berkata, “Jika anda ingin mengetahui prospek kerjaya anda di sesebuah syarikat, lihat saja pegawai atasan anda.” Memang benar, gaya hidup mereka sememangnya tidak ideal.
Setelah dijemput beberapa kali oleh adik lelaki saya, saya memutuskan untuk menghadiri mesyuarat Amway. Saya menolak jemputannya berkali-kali kerana tidak berminat, tidak mempunyai ramai kawan, tidak suka menjual dan yang paling penting, cenderung tergagap-gagap apabila bercakap.
Biasa dengar? Semua alasan itu hilang apabila seorang penceramah jemputan berkongsi kata-kata yang memberi kesan kepada saya. Sejak itu, saya memutuskan untuk mencuba perniagaan ini.
Kami layak sebagai Platinum pada tahun pertama, Delima dan Platinum Pengasas pada tahun kedua, Nilam pada tahun ketiga, Zamrud pada tahun kelima dan menjadi Intan pada 2018. Saya telah merealisasikan impian untuk mengelilingi dunia, menikmati kebebasan masa dan pendapatan yang lumayan. Amway juga telah membuka minda saya.
Kini saya sedar bahawa kita memerlukan sokongan komuniti dan rangkaian sosial untuk berjaya tetapi anda tidak boleh membelinya dengan wang. Anda perlu berusaha mendapatkannya. Hanya mereka yang sanggup bekerja keras boleh mengubah nasib mereka.
Berpeganglah pada matlamat anda dan melangkah ke depan tanpa rasa gentar. Berusaha mengubah nasib dan melakar semula kehidupan anda. Jadikan setiap kesukaran satu kelebihan. Masa depan anda berada di tangan anda sendiri.
Dengan Amway, saya dan adik saya mampu menyediakan sebuah banglo 3 tingkat untuk ibu kami, Rose Law Wan Ting untuk menebus kembali apa yang telah hilang sebelum ini. Saya juga berterima kasih kepada semua pemimpin yang telah membantu dan membimbing kami sepanjang perjalanan menuju kejayaan.