Floating Icon
19 OCT 2020 PENYANDANG 2 MINIT BACA 206 LIHAT 1 BERKONGSI

Intan Annie Yean & Macx Lim


Intan Annie Yean & Macx Lim

Petaling Jaya | Kenny Lai & Rachel Tan

Annie-Yean2_750.jpg


Adakah Anda Mengawal Sendiri Kehidupan Anda?

Saya pernah bekerja sambilan ketika remaja untuk menambah wang saku. Pada masa itu, gaji saya hanya RM4 sejam. Ketika itulah saya sedar yang saya memperdagangkan masa untuk wang.

Pada hari lahir saya yang ke-18, abang saya menghadiahkan Kit Permulaan Amway dan saya mendaftar tanpa memahami perniagaan ini. Walaupun saya menghadiri bengkel kecantikan dan solekan ARTISTRY, saya tidak berminat dalam perniagaan ini.

Semuanya berubah apabila saya menghadiri mesyuarat Pemilik Perniagaan Amway Baru yang telah membuka mata saya. Saya mendapat tahu bahawa Amway boleh membantu saya merealisasikan impian untuk berjaya pada usia muda, mengelilingi dunia, menikmati kebebasan masa dan lainlain. Ketika itulah saya memutuskan untuk membina perniagaan Amway saya sendiri.

Annie-Yean3_750.jpg

Saya layak sebagai Platinum pada usia 21 tahun, diikuti Platinum Pengasas pada usia 22 tahun. Dijemput ke Seminar Kepimpinan Amway 2019 Dubai adalah ganjaran yang paling hebat. Melalui Amway, saya telah berkunjung ke 18 negara dan saya sedang berusaha merealisasikan impian untuk mengelilingi dunia.

Suami saya pernah menjalankan perniagaan konvensional dan sangat berdedikasi dalam kerjayanya sehinggalah kesihatannya terjejas. Dia mendaftar untuk membeli suplemen Nutrilite dan mula melihat hasilnya selepas mengambil produk itu selama beberapa bulan. Tidak lama kemudian, dia sedar yang membina perniagaan Amway boleh membantunya memperoleh pendapatan pasif yang berterusan dan kebebasan kewangan.

Annie-Yean1_750.jpg

Saya sering ditanya sama ada berbaloi untuk membina perniagaan Amway. Jawapan saya pastinya ‘Ya’. Saya hanya mengambil masa 3 tahun untuk melakukannya sebelum banyak impian saya menjadi kenyataan. Jadi mengapa tidak mencuba Amway?

Kerja keras semata-mata bukanlah cara untuk mencapai jaminan kewangan. Yang lebih penting adalah membuat pilihan yang tepat. Bekerjalah dengan bijak dan pilihlah untuk menjadi bos sendiri. Jangan biarkan orang lain menentukan hidup anda.

Penetapan minda anda sendiri yang akan menentukan sama ada andalah yang mengawal hidup anda atau tidak. Ketahui potensi sebenar perniagaan Amway dan bina kehidupan yang luar biasa dan bebas tanpa kerisauan.