Floating Icon
09 AUG 2024 KEHARMONIAN KEDIAMAN 5 MINIT BACA 56 LIHAT 48 BERKONGSI

Jauhkan Mikroplastik Daripada Usus Anda

Dalam artikel sebelum ini, kita telah mengetahui bagaimana pencemaran mikroplastik di dalam air semula jadi semakin membimbangkan di seluruh dunia. Secara ringkasnya, kajian yang dijalankan pada 2018 mendapati 93% daripada 259 air botol mengandungi mikroplastik1.

93% of 259 bottled waters contain microplastics-B.jpg

Menurut satu kajian pada 2024, terdapat 240,000 keping plastik kecil di dalam setiap liter air botol secara purata2. Hari ini, mari kita meneroka lebih lanjut bagaimana pencemaran mikroplastik menjejaskan rakyat Malaysia dari segi kesihatan, terutamanya di dalam usus manusia.

Apa Itu Mikroplastik?

What Are Microplastics.jpg

Mikroplastik ialah zarah plastik kecil yang biasanya berdiameter kurang daripada 5 milimeter. Cukup kecil untuk disedut, mikroplastik ialah hasil daripada degradasi sisa plastik yang lebih besar di alam sekitar. Zarah berbahaya ini boleh datang daripada pelbagai sumber, termasuk bungkusan polistirena, gentian pakaian sintetik, kosmetik dan proses perindustrian.

Mikroplastik terdapat merata-rata di laut, sungai dan tanah, menimbulkan ancaman besar kepada hidupan laut, ekosistem dan kesihatan manusia apabila ia memasuki rantaian makanan dan sumber air. Satu kajian pada 2024 menguji 16 jenis ayam itik yang berbeza, termasuk makanan laut, ayam itik, daging babi, daging lembu, tauhu dan tiga alternatif daging berasaskan tumbuhan, dan mendapati 88% daripadanya mengandungi mikroplastik3.

Begitu banyak mikroplastik yang masuk ke usus anda. Ditambah pula pencemaran alam sekitar yang semakin meningkat di seluruh dunia, isu menelan mikroplastik telah muncul sebagai isu penting di Asia Tenggara.

Microplastics in drinking water end up in your gut.jpg

Tahukah anda bahawa Malaysia berada pada kedudukan tertinggi dalam kalangan 109 negara yang menelan mikroplastik?4 Kajian terbaharu mendapati rakyat Malaysia makan secara purata 502.3mg mikroplastik setiap hari4. Ini menunjukkan bahawa perairan Malaysia berpotensi menjadi sumber pencemaran mikroplastik yang ketara.

Lebih banyak penyelidikan dijalankan di Kuala Kerus dan Kuantan di Pantai Timur Malaysia untuk menguji sampel kolon 11 penduduk dewasa Malaysia yang kebanyakannya berumur dalam lingkungan 40-an. Pada akhir kajian 2021 itu, telah disimpulkan bahawa mikroplastik terdapat di mana-mana dalam kolon manusia5.

Mari luangkan beberapa minit untuk memikirkan fakta yang membimbangkan ini. Tanya diri anda: sejauh mana impaknya kepada sistem pencernaan serta kesihatan dan kesejahteraan keseluruhan kita?

Implikasi Mikroplastik Kepada Kesihatan

Penyelidikan bersama daripada pelbagai universiti di New Zealand sangat mencadangkan bahawa mikroplastik boleh menjadi pemacu kepada permulaan awal kanser kolorektum6. Walaupun penyelidikan ini masih di peringkat awal, kajian ini menunjukkan bahawa mikroplastik di dalam usus kita boleh mengganggu lapisan mukus kolon, yang mengurangkan kesan perlindungannya, oleh itu mengakibatkan kemungkinan yang lebih tinggi untuk menghidap kanser kolorektum.

Adakah Mungkin Untuk Mengelakkan Mikroplastik?

Memandangkan kesan mikroplastik yang berpotensi membahayakan badan kita, adakah cara untuk mengelak daripada menelan mikroplastik sama sekali? Hakikatnya, sehingga ada kemajuan selanjutnya dalam membangunkan alternatif terbiodegradasikan yang lebih selamat, nampaknya hampir mustahil.

Manusia telah bergantung kepada plastik sejak sekian lama dan mungkin akan terus berbuat demikian untuk sementara waktu. Sekalipun seluruh dunia mengamalkan amalan lestari pada hari ini, ia akan mengambil masa yang lama sebelum usus anda boleh menyingkirkan sepenuhnya semua mikroplastik yang telah diserap oleh badan selama ini.

Menguatkan Usus Kita Untuk Menentang Mikroplastik

Adalah penting untuk menguatkan bakteria usus dan kesihatan mikrobiom untuk menghadapi pendedahan yang tidak dapat dielakkan kepada mikroplastik dalam makanan dan air kita. Memandangkan saintis masih di peringkat awal penyelidikan kesan mikroplastik kepada tubuh kita, kita perlu memainkan peranan dengan menjaga kesihatan dan menggunakan alat yang sesuai untuk kekal sihat.

Sebagai permulaan, pilih penulen air yang boleh mengurangkan mikroplastik dengan berkesan daripada air minum di samping meninggalkan mineral-mineral penting untuk kesihatan optimum.

Ucapkan Selamat Tinggal Kepada Mikroplastik Dengan Penulen Air eSpring

Dengan Penuras Karbon e3 yang termaju, Penulen Air eSpring mengurangkan lebih daripada 170 bahan cemar yang berpotensi seperti mikroplastik dan sisa farmaseutikal. Terima kasih kepada 3 lapisan penurasan premium, anda tahu yang setiap gelas mengandungi hanya air yang bersih dan sihat untuk kehidupan yang sihat.

Say goodbye to microplastics with the New eSpring Water Purifier-B.jpg

Selain itu, teknologi LED UV-C perintisannya berkesan membunuh 99.9% mikroorganisma. Ini termasuk organisma seperti bakteria, virus dan sista yang mungkin terdapat di dalam air minum anda.

Tidak hairanlah Penulen Air eSpring ialah penulen air pertama yang diperakui dengan Standard 55 NSF/ANSI untuk pengurangan mikrob KELAS B dan keempat-empat Standard NSF/ANSI: 42, 53, 55 dan 401.

Minum air yang sihat untuk kehidupan yang sihat dan sokong kesihatan usus anda hari ini!

Get the new eSpring Water Purifier.jpg

Prajualan Penulen Air eSpring baharu tersedia untuk Platinum & Ke Atas sehingga 31 Ogos 2024.

Bersedia untuk pelancaran rasmi pada 1 Sep 2024!

Rujukan
  1. Mason SA, Welch VG, Neratko J. Synthetic polymer contamination in bottled water. Frontiers in Chemistry. 2018 Sep 11;6:407. doi.org/10.3389/fchem.2018.00407. PMID: 30255015; PMCID: PMC6141690.
  2. Qian N, Gao X, Lang X, Deng H, Bratu TM, Chen Q, Stapleton P, Yan B, Min W. Rapid single-particle chemical imaging of nanoplastics by SRS microscopy. Proceedings of the National Academy of Sciences of the United States of America. 2024 Jan 16;121(3):e2300582121. doi.org/10.1073/pnas.2300582121. Epub 2024 Jan 8. PMID: 38190543; PMCID: PMC10801917.
  3. Madeleine H. Milne, Hannah De Frond, Chelsea M. Rochman, Nicholas J. Mallos, George H. Leonard, Britta R. Baechler. Exposure of U.S. adults to microplastics from commonly consumed proteins. Environmental Pollution, Volume 343. 2024. 123233, ISSN 0269-7491. doi.org/10.1016/j.envpol.2023.123233.
  4. Xiang Zhao, Fengqi You. Microplastic human dietary uptake from 1990 to 2018 grew across 109 major developing and industrialized countries but can be halved by plastic debris removal. Environmental Science & Technology 2024 58 (20), 8709-8723. doi.org/10.1021/acs.est.4c00010.
  5. Yusof Shuaib Ibrahim, Sabiqah Tuan Anuar, Alyza A Azmi, Wan Mohd Afiq Wan Mohd Khalik, Shumpei Lehata, Siti Rabaah Hamzah, Dzulkiflee Ismail, Zheng Feei Ma, Andee Dzulkarnaen, Zaidi Zakaria, Nazri Mustaffa, Sharifah Emilia Tuan Sharif, Yeong Yeh Lee. Detection of microplastics in human colectomy specimens. Journal of Gastroenterology and Hepatology. Volume 5, Issue 1, pages 116-121. January 2021. doi.org/10.1002/jgh3.12457
  6. Li S, Keenan JI, Shaw IC, Frizelle FA. Could microplastics be a driver for early onset colorectal cancer? Cancers (Basel). 2023 Jun 24;15(13):3323. doi.org/10.3390/cancers15133323. PMID: 37444433; PMCID: PMC10340669.