Apakah yang menjadi teras Penulen Air eSpring? Penuras Karbon e3 dan teknologi perintis LED UV-C untuk mengurangkan bahan cemar berbahaya dan menghapuskan mikroorganisma serta bakteria penyebab penyakit dalam air minum anda. Kedua-duanya bekerjasama dengan cara yang tiada tandingannya dengan sistem lain untuk menulenkan air anda dalam satu unit.
Penuras pelbagai peringkat yang dipatenkan ini diperbuat daripada karbon diaktifkan yang berasaskan tempurung kelapa berkualiti tinggi untuk menyingkirkan bahan cemar dengan berkesan, sehingga 0.2 mikron. Penuras ini mengurangkan dengan berkesan lebih daripada 170 bahan cemar yang berpotensi memberi kesan kesihatan seperti mikroplastik, sisa farmaseutikal, logam berat, sisa, endapan dan bahan kimia daripada bekalan air anda, sambil membolehkan mineral bermanfaat seperti kalsium dan magnesium melepasi penuras dengan selamat.
LED UV-C termaju memancarkan cahaya ultraungu bertenaga tinggi dalam julat panjang gelombang 267 nanometer pada purata yang menghapuskan 99.9999% bakteria, 99.99% virus dan 99.9% sista yang mungkin wujud dalam air dengan berkesan. LED UV-C boleh tahan sehingga 10 tahun atau 500 jam bergantung pada penggunaan (mana-mana dahulu) lalu menghapuskan keperluan untuk pelupusan lampu UV setiap tahun.
Fakta: Penulen Air eSpring ialah perkakas rumah yang penting; bukan sekadar untuk meningkatkan rasa, bau dan kejernihan air, tetapi lebih mudah dan menjimatkan kos berbanding air botol. Satu penuras karbon boleh membersihkan bersamaan dengan 10,000 botol air bersaiz 500ml. Tetapi jangan hanya menerima bulat-bulat kata-kata kami itu. Kami mempunyai pensijilan untuk membuktikannya, jadi anda boleh mencubanya tanpa bimbang!
Nota: Disyorkan untuk menggantikan Penuras Karbon e3 sekali setahun atau sekali setiap 5,000 liter air, yang mana dahulu.
Salah satu sebab utama untuk memilih Penulen Air eSpring ialah jaminan air yang bersih dan segar setiap kali anda membuka paip. Sejak 1987, Amway dan NSF International telah memberi impak yang penting terhadap pensijilan rawatan air kediaman yang akhirnya memberikan anda akses segera kepada air minum berkualiti tertinggi yang mungkin untuk anda dan keluarga anda.
NSF® International ialah organisasi kesihatan awam bebas dan bukan untung yang membantu pengguna dengan mengekalkan standard untuk makanan, air serta barangan pengguna, dan memperakui produk mengikut standard ini.
Di bawah standard Antarabangsa NSF, Penulen Air eSpring® diperakui dapat mengurangkan lebih banyak bahan cemar daripada mana-mana sistem penurasan UV berasaskan karbon yang lain. eSpring mengurangkan lebih daripada 170 bahan cemar yang berpotensi memberi kesan kesihatan dalam air minum dan menggunakan teknologi LED UV-C untuk merawat air tanpa bahan kimia.
Memilih produk yang diperakui oleh NSF memastikan anda bahawa syarikat mematuhi standard dan prosedur ketat yang ditetapkan oleh NSF. Pensijilan NSF bukan kejadian sekali sahaja malah melibatkan pemeriksaan di tapak bagi kemudahan pembuatan dan ujian semula produk secara berkala untuk memastikan pematuhan berterusan terhadap standard tinggi yang diperlukan untuk mengekalkan pensijilan dari semasa ke semasa.
Terima kasih kepada teknologi LED UV-C termaju yang dipelopori oleh saintis eSpring. eSpring ialah penulen air pertama yang diperakui memenuhi Standard 55 NSF/ANSI untuk pengurangan mikrob KELAS B!
Di samping itu, eSpring merupakan jenama pertama dan satu-satunya yang menawarkan sistem rawatan air karbon/UV atas kaunter yang diperakui memenuhi keempat-empat Standard NSF/ANSI: 42, 53, 55 dan 401.
Ketahui lebih lanjut tentang Penulen Air eSpring Baharu di sini.