Sama seperti teknologi lain di rumah anda, sistem penulenan air juga diperiksa dari semasa ke semasa. Berikut adalah panduan langkah demi langkah tentang cara untuk menyelenggara eSpring anda.
Untuk memastikan pengalih paip eSpring anda bersih sepanjang masa, anda perlu membukanya untuk dibersihkan dari semasa ke semasa.
Sekat lubang sinki agar tidak kehilangan bahagian yang kecil. Pusingkan pemegang pengalih ke kedudukan RAWAT. Cabut pengalih daripada kepala paip. Biarkan tiub terpasang pada kepala paip.
Campurkan 30ml Pencuci Pelbagai Guna L.O.C. dengan 4 liter air.
Buka pengalih. Letakkan semua bahagian dalam campuran L.O.C., termasuk adaptor dan nat tiub. Rendamkan bahagian tersebut selama 20 minit.
Gunakan berus gigi atau putik kapas untuk membersihkan sebarang kotoran degil atau bahagian yang sukar dicapai. Ulang rendaman jika perlu.
Bilas pengalih dengan air dan pasangkannya semula.
Pasangkan pengalih pada kepala paip dan sambungkan semula tiub.
Apabila pengalih berada dalam kedudukan RAWAT, biarkan air mengalir selama seminit sebelum menggunakannya. Pengalih kepala paip eSpring kini bersih dan sedia untuk digunakan.