Floating Icon
11 OCT 2024 KEHARMONIAN KEDIAMAN 2 MINIT BACA 463 LIHAT 35 BERKONGSI

Cara Menukar Penuras Karbon e3 eSpring Anda

Biiiiip! Biiiiip! Biiiiip! Itu mungkin bunyi Penulen Air eSpring untuk memberitahu anda bahawa sudah tiba masanya untuk menukar Penuras Karbon e3 eSpring.

Selain menantikan bunyi bip, anda juga boleh rujuk pada lampu penunjuk yang ada pada unit eSpring anda:

Lampu kuning:

Bunyi bip pada permulaan aliran air

Lampu merah:

Bunyi bip perlahan sepanjang air mengalir



Anda dinasihatkan agar menukar Penuras Karbon e3 eSpring setiap tahun atau sekali bagi setiap 5,000 liter air, mana-mana yang dahulu untuk mengekalkan kualiti air anda. Jika air anda mengandungi bahan cemar yang tinggi, anda mungkin perlu menggantikan Penuras Karbon e3 dengan lebih kerap.

Apa yang bagusnya, anda tidak perlu memantau bulan penggunaan atau mengira berapa liter air yang anda minum setiap hari untuk mengetahui jika sudah tiba masa untuk menggantikan Penuras Karbon e3. Setiap Penulen Air eSpring memiliki paparan yang menunjukkan baki hayat penuras karbon dan akan memaklumkan anda secara automatik apabila tiba masa untuk menggantikan penuras karbon.

Download the Amway Healthy Home app.jpg

Kedua-dua unit dan aplikasi Amway Healthy Home akan memberitahu anda apabila tiba masanya untuk menukar penuras pada Penulen Air eSpring anda.



7 Langkah Mudah untuk Menukar Penuras Karbon e3 Anda

Langkah 1:

Matikan bekalan air. Buka paip dan tukarkan ke kedudukan TREAT (RAWAT) untuk mengeluarkan air daripada unit.

Langkah 2:

Cabut palam eSpring. Buka penutupnya. Tanggalkan bekas penuras dengan menarik pemegang dan keluarkannya dari unit.

Langkah 3:

Bawa bekas tersebut ke singki dan buka penutupnya. Keluarkan penuras dan kosongkan bekas tersebut. Buang penuras yang telah digunakan itu.

Langkah 4:

Masukkan Penuras Karbon e3 eSpring yang baharu ke dalam bekasnya. Pasangkan penutup pada bekas agar bahagian berusuknya selari dengan dasar bekas dan penutupnya.

Langkah 5:

Pastikan pemegang berada di atas, sengetkan bekas untuk dimasukkan ke dalam unit. Selak pemegang tersebut ke bawah sehingga dengar bunyi klik.

Langkah 6:

Hidupkan bekalan air dan buka paip dapur. Pastikan pengalih dalam kedudukan TREAT (RAWAT). Biarkan air memenuhi penuras dan kemudian mengalir selama sekurang-kurangnya 5 minit. Jika air masih tidak jernih selepas 5 minit, biarkan air terus mengalir selama 5 minit lagi. Sementara air sedang mengalir, dan penutupnya masih belum dipasang, anda perlu periksa jika ada kebocoran. Apabila air sudah bertukar jernih, matikan pengalih dan paip dapur.

Langkah 7:

Pasangkan penutup dan pasang palam unit itu semula. Periksa jika lampu penuras berwarna biru pada unit menyala dan lihat jika aplikasi Amway Healthy Home kini menunjukkan jangka hayat penuras karbon pada tahap 100%. Penulen Air eSpring anda kini sedia untuk diguna.



Dapatkan lebih banyak panduan untuk menyelenggara Penulen Air eSpring anda di sini.

healthy-water-for-healthy-living B.jpg