Floating Icon
15 NOV 2024 KEHARMONIAN KEDIAMAN 4 MINIT BACA 3 LIHAT 0 BERKONGSI

Bolehkah Penulen Air Anda Membantu Menyelamatkan Alam Sekitar Malaysia?

Dalam dunia hari ini, di mana kelestarian alam sekitar lebih kritikal berbanding sebelumnya, setiap tindakan kecil adalah penting. Jika anda mengambil berat tentang kesihatan anda, kemungkinan besar anda juga mengambil berat tentang kesihatan planet ini. Tetapi tahukah anda bahawa pilihan penulen air atau dispenser air atas kaunter anda juga boleh memainkan peranan penting?

Penulen Air eSpring baharu direka bentuk dengan mengambil kira kelestarian alam sekitar, dengan beberapa ciri untuk memastikan anda kekal terhidrat dengan air paling tulen di samping membantu mengurangkan kesan alam sekitar. Berikut ialah lima cara Penulen Air eSpring baharu boleh membantu menyelamatkan alam sekitar.

1. Penulen Air eSpring menggalakkan penggunaan botol air boleh guna semula

eSpring_Water_Purifier_encourages_the_use_of_reusable_water_bottles.jpg

Salah satu perubahan yang paling segera dan berkesan yang boleh anda lakukan ialah beralih daripada botol plastik sekali guna kepada yang boleh guna semula. Penulen Air eSpring baharu memudahkan perubahan ini dengan menyediakan air minum termineral berkualiti tinggi di rumah atau di pejabat anda. Daripada membeli air botol, anda boleh mengisi sahaja semula botol boleh guna semula dengan air tulen eSpring, sekali gus mengurangkan jumlah sisa plastik yang berakhir di tapak pelupusan sampah dan laut.

Setiap tahun, berjuta-juta botol plastik dihasilkan, digunakan sekali kemudian dibuang. Dengan menghapuskan keperluan botol air plastik sekali guna, Penulen Air eSpring membantu anda menyumbang kepada pengurangan jumlah sisa plastik yang begitu banyak ini.

2. Penulen Air eSpring menuras sehingga 5,000 liter air setiap tahun

eSpring_Water_Purifier_filters_up_to_5000_litres_of_water_annually-B.jpg

Penulen Air eSpring baharu bukan sahaja tentang kemudahan dan rasa, tetapi juga tentang kelestarian. Penuras karbon penulen air ini boleh merawat sehingga 5,000 liter air setahun. Supaya lebih jelas, itu bersamaan dengan 10,000 unit botol air plastik 500ml. Bayangkan berapa banyak sisa plastik yang anda halang daripada sampai ke tapak pelupusan sampah hanya dengan menggunakan Penulen Air eSpring. Pengurangan ketara sisa plastik ini merupakan kemenangan besar untuk alam sekitar.

3. Penulen Air eSpring mengurangkan sisa terima kasih kepada teknologi LED UV-C yang tahan lama

eSpring_Water_Purifier_reduces_waste_long-lasting_UV-C_LED_technology-B.jpg

Penulen air tradisional sering bergantung kepada lampu UV yang perlu diganti setiap tahun. Ini bukan sahaja menyusahkan, malah pelupusan lampu ini juga menyumbang kepada sisa alam sekitar.

Penulen Air eSpring baharu menggunakan LED UV-C termaju yang tahan sehingga 10 tahun atau 500 jam*, yang mana-mana tiba dahulu. Ini menghapuskan keperluan untuk penggantian yang kerap, mengurangkan sisa dan menjadikan penulen air ini lebih lestari sepanjang jangka hayatnya yang panjang.

Jangka hayat LED UV-C yang panjang juga bermakna hanya sedikit sumber digunakan dalam pengilangan dan pelupusan alat ganti, seterusnya mengurangkan kesan alam sekitar anda.

4. Penulen Air eSpring menggunakan 25% kurang tenaga daripada model sebelumnya

eSpring_Water_Purifier_uses_25%_less_energy_than_previous_models-B.jpg

Kecekapan tenaga ialah satu lagi aspek kecemerlangan Penulen Air eSpring baharu. Berbanding dengan model sebelumnya, penulen ini menggunakan 25% kurang tenaga, menggunakan hanya 45 watt ketika beroperasi. Pengurangan penggunaan tenaga ini membantu mengurangkan bil elektrik anda dan mengurangkan permintaan keseluruhan tenaga yang sering dijana daripada bahan api fosil.

Dengan memilih peralatan cekap tenaga seperti Penulen Air eSpring, anda mengambil langkah ke arah gaya hidup yang lebih lestari dan menyumbang kepada pengurangan pelepasan gas rumah hijau.

5. Penulen Air eSpring mempunyai paparan penjimatan tenaga yang pintar dan intuitif

eSpring_Water_Purifier_has_a_smart_and_intuitive_energy-saving_display-B.jpg

Penulen Air eSpring baharu dilengkapi dengan paparan pintar yang hanya menyala apabila unit digunakan secara aktif. Mod “mati lampu” ini ialah ciri reka bentuk yang bijak dan menjimatkan tenaga. Dengan mengurangkan penggunaan kuasa yang tidak perlu, paparan Penulen Air eSpring memastikan komponen sistem tahan lebih lama di samping meminimumkan jejak alam sekitar anda.

Bonus: Fungsi dan kemudahan yang dipertingkat

Selain manfaat kepada alam sekitar, Penulen Air eSpring meningkatkan kefungsian dan kemudahan penggunaan. Model yang diperakui NSF ini menuras lebih daripada 170 bahan cemar, penambahbaikan berbanding model sebelumnya yang menyingkirkan 140+ bahan cemar. Penulenan ini bukan sahaja memberikan air bersih untuk diminum tetapi anda juga boleh yakin bahawa air yang anda gunakan untuk mencuci sayur-sayuran segar dan memasak makanan adalah selamat dan sihat, bebas daripada bakteria, virus dan sista berbahaya.

Tambahan pula, pengalaman menukar penuras telah dipermudah, menyingkirkan keperluan alat untuk menanggalkan tiub. Sistem kini disambungkan dengan aplikasi Amway Healthy Home, yang menyediakan makluman waktu nyata, statistik penggunaan air dan sumber-sumber yang berguna, semuanya boleh diakses di telefon pintar anda.

Buat komitmen terhadap kesihatan dan alam sekitar

Walaupun memastikan air minum yang selamat dan bersih adalah sebab utama rakyat Malaysia melabur dalam Penulen Air eSpring, sangat menyenangkan apabila mengetahui bahawa setiap unit Penulen Air eSpring turut menyumbang dalam melindungi alam sekitar. Setiap pemilik Penulen Air eSpring memainkan peranan dalam mengurangkan sisa, menjimatkan tenaga dan menyokong kelestarian dengan menggalakkan penggunaan botol air boleh guna semula. Kapasiti penurasannya yang besar menyokong penjimatan tenaga yang inovatif selama bertahun-tahun, yang sangat baik untuk persekitaran semula jadi Malaysia. Ia langkah kecil yang membawa perubahan besar kepada planet kita dalam jangka panjang.

*Data yang dikongsi mungkin berbeza-beza berdasarkan penggunaan.

healthy-water-for-healthy-living B.jpg