Floating Icon
15 SEP 2023 GAYA HIDUP 1 MINIT BACA 266 LIHAT 5 BERKONGSI

Terung Goreng dalam Dashi Mi Jepun

Bahan-bahan (untuk 2 orang) :

  • 1 biji terung
  • 200ml kuah mi sup
  • 10ml Minyak Biji Chia Putih Plant To Table by Nutrilite
  • Daun bawang, dicincang

Cara :

  1. Buang tampuk terung dan potong dua memanjang, kemudian kelar menyerong pada setiap satunya.
  2. Potong lagi setiap bahagian terung sebesar 7-8cm. Keringkan permukaan terung dengan tisu dapur.
  3. Panaskan kuali dengan sedikit Minyak Biji Chia Putih dan goreng terung dengan api sederhana selama kira-kira 5 hingga 10 minit sehingga perang. Tus dan ketepikan.
  4. Sediakan pinggan dalam dan tuangkan kuah mi sup. Celup terung yang telah ditus ke dalam kuah mi sup untuk menyerap rasanya. Ketepikan dan biarkan terung sejuk ke suhu bilik.
  5. Pindahkan terung ke dalam mangkuk dan hias dengan daun bawang cincang. Selamat menikmati!