Floating Icon
09 AUG 2024 GAYA HIDUP 4 MINIT BACA 87 LIHAT 6 BERKONGSI

Kegemaran Pelanggan 2024 – ARTISTRY SKIN NUTRITION Hydrating Mousse Cleanser

Dalam memburu kulit yang sihat dan berseri, ada yang menjadi mangsa dakwaan pengiklanan yang menonjolkan keberkesanan pembersih yang keras. Ramai yang percaya bahawa hanya pembersih yang kuat boleh membersihkan kulit secara menyeluruh, menanggalkan semua kotoran dan menjadikannya benar-benar bersih. Walau bagaimanapun, salah tanggapan biasa ini mesti ditangani kerana pembersih yang keras boleh mendatangkan lebih banyak kemudaratan daripada kebaikan.

Dalam artikel siri Kegemaran Pelanggan kali ini, kami akan memecahkan mitos dan menjelaskan realiti penggunaan pembersih lembut untuk kesihatan kulit yang optimum, dengan memfokus pada manfaat pembersih mousse untuk kesihatan kulit yang optimum.

The Gentle Approach Hydrating Cleansers.jpg

Perintang Kulit dan Kepentingannya

Perintang kulit berfungsi sebagai lapisan pelindung kulit paling luar yang melindunginya daripada faktor luaran yang berbahaya seperti pencemaran, sinar UV dan bakteria. Perintang ini terdiri daripada kombinasi lipid, termasuk seramida, kolesterol dan asid lemak yang membantu mengekalkan tahap kelembapan dan mencegah penyahhidratan.

Role of Natural Oils.jpg

Peranan Minyak Semula Jadi

Kulit kita secara semula jadi menghasilkan minyak yang dikenali sebagai sebum yang memainkan peranan penting untuk memastikannya lembap dan anjal. Minyak semula jadi ini membantu memelihara integriti perintang kulit, mencegahnya daripada menjadi kering dan mengelupas. Selain itu, sebum bertindak sebagai perisai pelindung daripada bakteria dan perengsa luaran.

Akibat Pembersih Keras

Bertentangan dengan kepercayaan popular, pembersih yang keras tidak semestinya membersih lebih mendalam. Malah, ia boleh memudaratkan kesihatan keseluruhan kulit. Pembersih yang keras selalunya mengandungi surfaktan yang tinggi, yang memberikannya sifat pembersihan yang kuat. Walau bagaimanapun, surfaktan ini boleh menyingkirkan minyak semula jadi kulit dan mengganggu keseimbangan perintang kulit.

The Consequences of Harsh Cleansers.jpg

Penyingkiran sebum secara berlebihan boleh meningkatkan kekeringan, kerengsaan, malah ekzema bagi mereka yang mempunyai kulit sensitif. Kulit kering lebih cenderung mengalami garis-garis halus, kedutan, dan tanda-tanda penuaan pramatang yang lain. Tambahan pula, penyingkiran minyak semula jadi mencetuskan kesan lanjutan pada kulit, iaitu menyebabkannya menghasilkan lebih banyak sebum untuk mengembalikan penghidratan yang hilang. Ini boleh mengakibatkan zon-T berminyak, liang roma tersumbat dan kemunculan jerawat.

Pendekatan Lembut: Pembersih Penghidrat

Sebaliknya, pembersih penghidrat dirumus untuk menghilangkan kotoran dengan berkesan daripada kulit tanpa mengganggu keseimbangan semula jadinya. Biasanya ia mengandungi surfaktan lembut yang tidak menyingkirkan minyak semula jadi kulit secara berlebihan. Sebaliknya, ia berfungsi seiring dengan perintang kulit untuk memelihara integriti dan paras kelembapannya.

Pembersih penghidrat sangat bermanfaat untuk individu yang mempunyai kulit kering, kulit sensitif atau kulit normal. Ia membantu mengekalkan penghidratan dan mengurangkan tompok-tompok kering. Dengan memilih pembersih mousse yang lembut, anda boleh membersihkan kulit tanpa menjejaskan perintang pelindung semula jadinya.

Kami Mengesyorkan – ARTISTRY SKIN NUTRITION Hydrating Mousse Cleanser

Our Recommendation – ARTISTRY SKIN NUTRITION Hydrating Mousse Cleanser.jpg

Kami syorkan ARTISTRY SKIN NUTRITION Hydrating Mousse Cleanser! Pembersih mousse yang kaya ini mudah dibilas, menjadikan kulit terhidrat dan bersih untuk memberikan anda kemasan yang licin dengan kelembapan dan kelembutan yang tepat.

Pembersih ini mencegah kerengsaan dan membantu melegakan kulit tanpa merosak atau mengeringkannya agar terasa bersih dan segar. Adunan Shiso Perilla dan Aloe Vera terpaten kami meningkatkan kelembutan untuk mengurangkan kerengsaan sambil membersihkan. Menggunakan sukfaktan asid amino yang lembut dan dirumus dengan teliti untuk mengekalkan pH kulit pada paras yang paling sihat, ia juga membantu mengekal dan melindungi mikrobiom kulit dan perintang lembapan.

Pilih ARTISTRY SKIN NUTRITION Hydrating Mousse Cleanser untuk rutin penjagaan kulit yang lembut dan berkesan!



Sumber:

1. Akoolo L, Grammenou A, Katta R. Cleanser Induced Dermatitis: A Review of the Irritant and Allergic Contact Dermatitis Causes and Prevention. Dermatitis. 2021 Feb 1;32(1):25-32. doi: 10.1097/DER.0000000000000672. PMID: 33439776.

2. Shaislamova S, Galkin A, Kachaeva M, Bogomolova O, Perminov K, Kozlovskaya L, Gabibov A, Dubiley S. Stratum Corneum Dysfunction as a factor in skin dryness: The role of serum corneocyte-derived protease activity. Exog Dermatol. 2020 Jul 1;19(3):e10-7. doi: 10.36131/ExD20200034. PMID: 32655910.