Floating Icon
21 AUG 2024 GAYA HIDUP 3 MINIT BACA 76 LIHAT 31 BERKONGSI

Kegemaran Pelanggan 2024 – Losen Tangan & Badan ALLANO

Kami membongkar mitos biasa tentang losen dalam edisi siri Kegemaran Pelanggan kami. Jika anda pernah mengelak daripada mengguna losen kerana anda merasakan semua losen berminyak dan melekit, sudah tiba masanya untuk anda mengetahui kebenaran tentang losen.

I hate applying lotions because they make my skin feel greasy and sticky.jpg

"Saya tidak suka menggunakan losen kerana losen membuatkan kulit saya berasa berminyak dan melekit”

Hakikatnya, tidak semua losen berminyak dan melekit. Mari kita terokai sebab mitos ini tidak sahih.


Kepelbagaian Rumusan

Losen didatangkan dalam pelbagai rumusan yang dicipta untuk memenuhi jenis kulit dan pilihan yang berbeza. Kebanyakan losen yang berasaskan gel atau air dirumus khas untuk menjadi ringan dan meresap pantas agar meninggalkan sedikit atau tiada langsung sisa pada kulit.

Teknologi Penjagaan Kulit Termaju

Terima kasih kepada kemajuan dalam teknologi penjagaan kulit, kebanyakan losen kini menampilkan sistem penghantaran canggih yang membolehkan bahan menembusi kulit dengan berkesan. Ini bermakna anda boleh mendapatkan penghidratan yang anda perlukan tanpa rasa berminyak mahupun melekit yang tidak diingini itu.

Rumusan Berasaskan Silikon

Sesetengah losen sering memasukkan bahan berasaskan silikon yang mewujudkan perintang yang licin dan tidak berminyak pada kulit. Bahan ini lazimnya terdapat dalam produk yang disesuaikan untuk kulit kering atau sensitif bagi memberikan penghidratan mendalam tanpa berasa “berat” yang biasanya anda alami dengan rumusan berasaskan bukan silikon.

Syor Kami: Losen Tangan & Badan ALLANO

Untuk pengalaman lembapan yang tidak berminyak dan mendalam, kami mengesyorkan anda mencuba Losen Tangan & Badan ALLANO. Losen berasaskan busa ini dirumus untuk melegakan, melicinkan dan memulihkan kulit anda sambil memberikan keselesaan dan kemasan yang tidak melekit.

Rumusan Losen Tangan & Badan ALLANO yang Berasaskan Busa

Losen Tangan & Badan ALLANO kami menggunakan teknologi berasaskan busa termaju untuk rasa mewah dan peresapan kulit yang unggul. Rumusan khas ini mengimbangi surfaktan, pengemulsi dan bahan dorong untuk mewujudkan busa yang stabil malah meningkatkan tekstur sambil memberikan lembapan mendalam. Rumusan inovatif tersebut dikekalkan melalui pembungkusan bertekanan dan pengeluaran terkini bagi memastikan campuran bahan yang sempurna dan tindakan berbusa yang optimum untuk pengalaman penjagaan kulit yang dipertingkat.

Foam-Based Formula of ALLANO Hand & Body Lotion.jpg

Tekstur busa yang lebih ringan membolehkan penembusan yang lebih pantas dan mendalam ke dalam kulit bagi meningkatkan penghantaran bahan aktif. Masa pengeringannya yang amat pantas serta sapuan yang sekata memastikan peresapan yang cekap dengan sisa yang minimum. Rumusan ini turut menambah baik oklusi serta mengekalkan bahan aktif untuk peresapan kulit yang lebih baik. Manakala kandungan minyak yang lebih rendah mencegah kulit daripada berasa berminyak yang biasanya terdapat dalam losen tradisional dengan menawarkan penghidratan mendalam tanpa rasa berat.


Manfaat Utama Losen Tangan & Badan ALLANO

Melembap Secara Mendalam untuk Kecergasan Kulit

Losen ini didatangkan dalam bentuk aerosol yang mudah untuk menjadikannya mudah digunakan tanpa sebarang comot. Losen ini padat dengan bahan bermanfaat seperti:

Lanolin:

Menembusi kulit dengan mudah dan menyerap air bagi memastikan kulit terhidrat.

Alantoin:

Terkenal kerana sifat menyembuh, bahan ini membantu mengisi kulit dengan lembapan dan kecergasan sambil mengurangkan kedutan.

Silikon:

Memberikan kesan pengekalan lembapan ringan yang menjadikan kulit anda lembut dan gebu.



Mengimbangkan Lembapan Kulit untuk Kelicinan Semula Jadi

Losen Tangan & Badan ALLANO membantu dalam mengekalkan keseimbangan lembapan asli kulit agar dapat memastikan kulit kekal licin dan terhidrat. Losen ini turut membentuk perintang yang bukan sahaja mengalis air malah turut mengekalkan keberkesanan bahan lain sambil membolehkan kulit bernafas.

Balances Skin Moisture for Natural Smoothness.jpg

Ucapkan selamat tinggal kepada losen yang berminyak serta melekit, dan miliki manfaat Losen Tangan & Badan ALLANO yang menyuburkan dan tidak berminyak, sesuai untuk seisi keluarga dari semua peringkat umur!