Dalam mengejar kesihatan dan kesejahteraan, kesihatan usus memainkan peranan yang penting. Usus yang sihat bukan sahaja membantu dalam pencernaan tetapi juga mempengaruhi sistem imun, emosi, malah fungsi kognitif kita. Untuk memastikan mikrobiom usus anda sihat, anda harus menyertakan probiotik dan makanan kaya serat dalam diet anda.
Salah satu cara paling mudah untuk meningkatkan pengambilan serat anda ialah mencampurkan sayur-sayuran dan buah-buahan segar dalam jus dan smoothie. Padat dengan nutrien dan mudah dicerna, minuman ini merupakan cara terbaik untuk memupuk mikrobiom usus anda yang membawa kepada pencernaan dan kesihatan keseluruhan yang lebih baik.
Sudah tentulah dengan Pengisar Berkelajuan Tinggi Philips! Anda pasti menyukai program Smoothie praset (1 daripada 6 Program Pilihan Pantas) yang membolehkan anda menyediakan smoothie yang lazat dengan satu sentuhan butang.
Teknologi ProBlend Ultra yang termaju menjanjikan kisaran terhalus, seperti yang anda suka. Selain itu, balang kaca 2L yang elegan didatangkan dengan kapasiti 1.8L supaya anda boleh menyediakan jus dan smoothie yang sihat untuk seisi keluarga!
Membersih selepas anda selesai menggunakannya juga begitu mudah; hanya gunakan fungsi Pembersihan Pantas dengan beberapa titis cecair pencuci pinggan mangkuk dan air untuk pengisar yang bersih berkilau dalam beberapa saat.
Lazimnya, sasarkan nisbah 80% sayur-sayuran dengan 20% buah-buahan. Anda boleh memilih 4 jenis sayur dan 1 buah. Pilih sayur-sayuran dan buah-buahan berserat tinggi dalam pelbagai warna kerana warna yang berbeza mengandungi fitonutrien yang berbeza yang sangat penting untuk kesihatan.
Tidak pasti bahan mana yang hendak dipilih? Perlukan sedikit inspirasi? Jangan risau – lihat pilihan Resipi Smoothie Set Semula Usus kami yang lazat di sini.
Dalam ekosistem badan kita yang rumit, mikrobiom usus begitu berkuasa. Terdiri daripada bertrilion bakteria, kulat dan mikroorganisma lain, ia memainkan peranan yang sangat penting dalam kesejahteraan keseluruhan kita.
Selain protein yang menjadi penyelesaian asas untuk kesihatan dan kesejahteraan yang lebih baik, dua komponen utama yang menyumbang dengan ketara kepada kesihatan usus ialah probiotik dan serat.
Probiotik ialah mikroorganisma hidup yang memberikan manfaat kesihatan apabila diambil dalam jumlah yang mencukupi. Bakteria bermanfaat ini mendiami usus dan membantu mengekalkan keseimbangan dalam mikrobiom:
Serat ialah sejenis karbohidrat yang terdapat dalam makanan berasaskan tumbuhan yang tidak boleh dicerna tubuh. Walaupun ia melalui saluran pencernaan tanpa dicerna, ia tetap memainkan peranan penting dalam kesihatan usus:
Bersedia untuk cara yang cepat, mudah dan lazat ke arah usus yang lebih sihat? Kisar untuk diri anda yang lebih baik dan lebih sihat dengan Pengisar Berkelajuan Tinggi Philips hari ini!