Berakar umbi daripada cerita rakyat dan tradisi berabad lamanya, Pesta Pertengahan Musim Luruh mendapat tempat yang istimewa dalam hati jutaan orang di seluruh dunia. Berasal dari China purba, pesta ini disambut sempena hasil tuaian yang banyak dan pertemuan semula insan tersayang.
Di bawah sinaran bulan purnama, keluarga dan rakan-rakan berkumpul untuk menikmati keindahannya, saling memberikan ucapan ikhlas dan melakukan ritual yang telah wujud zaman-berzaman. Di tengah-tengah Pesta Pertengahan Musim Luruh terhidang kuih bulan yang menjadi simbol perpaduan, keharmonian dan kegembiraan berkongsi.
Kuih bulan sebagai khazanah kulinari
Dihasilkan dengan kejituan dan semangat, sajian istimewa ini membawakan inti pati Pesta Pertengahan Musim Luruh. Dibalut dalam pastri yang indah, kuih bulan diisi pelbagai jenis inti, dari pes biji teratai tradisional dan kuning telur masin hingga pilihan yang lebih moden seperti coklat dan perisa buah.
Simbolisme dan kepentingan
Selain rasanya yang lazat, kuih bulan membawa simbolisme yang mendalam. Bentuk bulat melambangkan perpaduan dan kesempurnaan, mencerminkan ikatan kekeluargaan dan keharmonian. Sementara itu, kuning telur masin di dalam sesetengah kuih bulan mewakili bulan purnama yang menandakan kemakmuran, kelimpahan dan kitaran hidup.
Berkongsi kegembiraan dan membina ikatan
Dalam semangat Pesta Pertengahan Musim Luruh, berkongsi kuih bulan dengan insan tersayang akan memupuk rasa kebersamaan dan kegembiraan. Sama ada saling ditukar antara ahli keluarga, dihadiahkan kepada rakan atau dikongsi dengan rakan sekerja, kuih bulan menjadi tanda penghargaan dan kasih sayang.
Sentuhan moden dan kreativiti kulinari
Walaupun sarat dengan tradisi, sambutan Pesta Pertengahan Musim Luruh terus berevolusi dengan citarasa dan aliran kontemporari. Cef dan artisan yang inovatif telah mengolah semula kuih bulan, menambah pelbagai perisa dan tekstur. Dari pilihan rendah gula hingga alternatif vegetarian, sentuhan moden ini memenuhi permintaan khalayak yang lebih luas di samping mengekalkan inti pati pesta ini.
Menghayati warisan budaya
Pesta Pertengahan Musim Luruh menawarkan perspektif tentang latar budaya dan warisan Cina yang kaya. Melalui pengalaman menikmati kuih bulan bersama-sama, individu daripada semua latar belakang akan lebih menghargai nilai-nilai kekeluargaan, kesyukuran dan komuniti yang menjadi teras pesta ini.
Kuih Bulan Celebration kini dibuka untuk Pesanan Awal
Bersedia untuk Pesta Pertengahan Musim Luruh dengan Kuih Bulan Celebration! Kini tersedia untuk Pesanan Awal, set hadiah yang mengujakan pada tahun ini terdiri daripada Set Khazanah Bertuah dan Set Aneka Penuh Bahagia, kedua-duanya menampilkan kotak hadiah mewah yang mengandungi kuih bulan lebih sihat yang rendah gula dan mengandungi Protein Soya Nutrilite.
Set Khazanah Bertuah – 4 biji x 160g
Mengandungi:
Set Aneka Penuh Bahagia – 8 biji x 90g
Mengandungi:
Pesan Set Khazanah Bertuah dan Set Aneka Penuh Bahagia sekarang
Dari 1 – 31 Mei 2024, BELI eKupon Pesanan Awal RM88/B$30 untuk
NIKMATI diskaun 8% Pesanan Awal Istimewa dan beg hadiah PERCUMA untuk setiap set yang dibeli!
PWP Pesanan Awal Istimewa: Set Kegembiraan Berganda (2 biji x 160g) pada harga RM20/B$7.50 (bernilai RM45/B$17)
Mengandungi:
Penebusan & PWP: 1 Jul – 15 Ogos 2024
Gunakan eKupon Pesanan Awal anda, dapatkan PWP dan bayar jumlah baki untuk melengkapkan penebusan anda!
Nota:
Klik di sini untuk T&S dan Soalan Lazim penuh.