Floating Icon
15 AUG 2024 PENYANDANG 2 MINIT BACA 49 LIHAT 4 BERKONGSI

DUA INTAN NG TIAM MING & MENG HUEY

Klik DI SINI

untuk membaca kisah kejayaan mereka di Laman Kemasyhuran.


Dua Intan Ng Tiam Ming & Meng Huey

MELAKA | CHARLIE LEE KIM SOON & LINDA NG KWEE CHOO


Perjalanan Kami Daripada Tiada Apa-apa Kepada Memiliki Segala-galanya

Ng Tiam Ming & Meng Huey-4.jpg

Penyertaan saya dalam Amway merupakan suatu titik perubahan yang tiada siapa mahupun kedua-dua ibu bapa saya dapat menjangkakan kerana saya seorang yang bermasalah ketika zaman remaja. Saya sering ponteng sekolah dan bergaul dengan orang yang tidak baik. Tidak hairanlah jika mereka bimbang nasib malang akan menimpa saya sama ada saya menjadi mangsa keganasan jalanan atau disumbat ke dalam penjara.

Amwaylah yang telah membawa perubahan yang begitu mendalam ini. Kakak saya, Duta Mahkota Pengasas Linda Ng Kwee Choo yang mula-mula menceburinya pada 1982 dengan keazaman yang tidak mudah goyah walaupun dicemuh oleh saya. Beliau menemui Duta Mahkota Pengasas Charlie Lee Kim Soon semasa menyertai Amway dan mereka menjemput saya ke mesyuarat Amway. Pertemuan ini menjadi tanda permulaan perubahan yang luar biasa dalam hidup saya.

Merenung kembali 39 tahun yang lalu, saya berasa amat bertuah dan bernasib baik. Nilai Amway meninggalkan kesan yang mendalam dan berkekalan kepada saya sejak awal lagi. Ia mengubah perniagaan keluarga yang penuh ketidakpastian kepada pendapatan yang stabil dan mampan. Walaupun semasa pandemik, perniagaan Amway kami tetap berdiri teguh, membolehkan kami meningkat ke tahap Dua Intan.

Kini, pada usia 62 tahun, saya menikmati kesihatan yang baik, bebas daripada ‘tiga serangkai’ – tekanan darah tinggi, kolesterol tinggi dan gula darah tinggi – yang dihidapi oleh ramai orang. Kehidupan penuh bertenaga ini hanyalah salah satu daripada nikmat tidak terkira yang Amway berikan kepada saya.

Ng Tiam Ming & Meng Huey-1.jpg

Terima kasih tidak terhingga kepada belahan hati saya, Meng Huey yang sentiasa memberi semangat dan tabah bersama saya. Kami beralih daripada tiada apa-apa kepada memiliki segalagalanya yang baik dalam hidup. Sebelum Amway, kami ketinggalan dalam banyak perkara. Malah, Meng Huey juga tidak tahu memandu.

Terima kasih kepada pengaruh Amway, beliau telah belajar memandu dan kini kami melakukan aktiviti yang menyeronokkan seperti mendaki dan yoga. Setiap hari yang dilalui begitu menyeronokkan. Apabila bercakap tentang melancong, kami telah melawat banyak tempat sehingga lebih mudah untuk kami menyebut tempat yang belum kami lawati!

Ng Tiam Ming & Meng Huey-6.jpg

Perkara yang paling indah ialah seluruh keluarga kami turut terlibat sama. Amway ialah visi bersama demi kesihatan dan kesejahteraan, kemakmuran dan perpaduan yang menyatukan kami semua sebagai satu keluarga. Setiap daripada kami menyumbang kepada impian bersama ini, menyokong satu sama lain semasa kami membina legasi kebersamaan.

Melangkah ke hadapan, tumpuan saya sekarang ialah untuk mencapai penyemat Tiga Intan. Dengan sokongan anda, kami bukan sahaja mengimpikan tahap yang lebih tinggi malah ingin menjadikan impian tersebut satu kenyataan bersama-sama.



“Amway ialah visi bersama demi kesihatan dan kesejahteraan, kemakmuran dan perpaduan yang menyatukan kami semua sebagai satu keluarga.”