Floating Icon
23 NOV 2020 PEMAKANAN & KESEJAHTERAAN 3 MINIT BACA 1308 LIHAT 36 BERKONGSI

Saksikan Kuasa Nutrilite

Bahan-bahan Kami Boleh Dijejaki di Setiap Langkah

Menyatukan yang terbaik dari alam dan sains, Nutrilite adalah jenama suplemen vitamin dan diet No. 1 dari segi jualan di dunia* yang berusaha untuk mengisi jurang pemakanan dalam diet hari ini. 

Rangkaian lengkap suplemen pekatan tumbuhan organik yang diperoleh secara semula jadi membantu meningkatkan kesihatan umum di samping menangani kebimbangan kesihatan seperti kesihatan jantung, pengurusan berat badan dan juga pemakanan kanak-kanak.

Traceable at Every Step.jpg

Setiap produk dikaji dan dirumus dengan teliti oleh sepasukan saintis pertanian untuk mengandungi ekstrak nutrien tumbuhan yang paling berkuasa sahaja – supaya anda hanya menerima bahan-bahan yang terbaik untuk penambahbaikan kesihatan anda.


Meraikan Tahun ke-86 Nutrilite

Ditubuhkan pada 1934, Nutrilite bermula sebagai visi pengasasnya, Carl Rehnborg yang melihat kesan pemakanan yang tidak berkhasiat terhadap kesihatan ketika berada di Shanghai semasa zaman Revolusi. Oleh itu, beliau menghasilkan produk vitamin dan mineral berasaskan tumbuhan yang seimbang.

Nutrilite Founder Carl Rehnborg.jpg

Menjelang 1939, Nutrilite Products, Inc. (NPI) diperbadankan dan kilang Nutrilite yang pertama dibuka di tengah Los Angeles. Tahun 1940-an menyaksikan perkembangan pesat apabila Rehnborg membeli tanah ladang seluas 1.4 ekar dan mewujudkan “Amalan Perladangan Nutrilite” organik yang masih digunakan sehingga kini untuk mengekalkan integriti produk Nutrilite.

Pengembangan ini berterusan ke tahun 1950-an dan pada 1959, pengedar Nutrilite, Jay Van Andel dan Rich DeVos mengasaskan syarikat mereka sendiri, Amway - iaitu singkatan untuk American Way. Apabila Amway semakin dikenali dalam kalangan orang ramai kerana produk dan perkhidmatannya, ini mencetuskan semua jenamanya termasuk Nutrilite untuk memulakan kembara masing-masing.

Jay Van Andel and Rich DeVos in 1959.jpg

Hari ini, Nutrilite terus berkembang dan telah meraikan hampir 90 tahun dalam menyediakan suplemen yang diperoleh secara organik berlandaskan tiga tonggak kebolehjejakan Nutrilite.


Tulen, Selamat & Berkesan

Dari ladang organik ke pusat penyelidikan sehingga kilang pembuatan, produk Nutrilite dijejaki dan menjalani pelbagai pemeriksaan kualiti sebelum ia tiba di rumah anda.

Pure ingredients are part of the traceability steps.jpg

Setiap ladang Nutrilite menggunakan amalan perladangan organik dan kesihatan setiap tumbuhan dijejaki dari penanaman biji benih sehingga saat ia dipetik dengan tangan untuk memastikan ketulenan bahan-bahannya.

Effective supplements.jpg

Di pusat penyelidikan, para saintis menghabiskan sehingga 10 tahun meneliti tahap nutrien optimum untuk satu tumbuhan dan menjalankan ratusan ujian yang disokong oleh sains tumbuhan selama 85 tahun untuk memberikan suplemen yang berkesan.

Safety checks are part of the traceability steps.jpg

Akhir sekali, untuk memastikan tiada yang mencemarkan suplemen anda, kilang-kilang Nutrilite menjalankan 500,000 pemeriksaan kualiti setahun dan setiap kelompok produk menjalani sekurang-kurangnya 10 hari ujian kualiti sebelum ia sampai kepada anda untuk memastikan keselamatan produk Nutrilite.

Ketahui lebih lanjut tentang Tonggak Kebolehjejakan Nutrilite di sini atau semak rangkaian penuh produk Nutrilite di Amway.my


*Sumber: Euromonitor International Limited.