Mengambil diet seimbang yang membekalkan semua nutrien penting yang diperlukan oleh badan kita secara konsisten kadangkala mencabar. Suplemen multivitamin membantu mengisi jurang pemakanan ini, memastikan kita mengekalkan kesihatan dan kecergasan yang optimum walaupun menjalani gaya hidup yang sibuk.
Kami teruja untuk memperkenalkan Nutrilite Daily Multivitamin and Multimineral Plus Tablet dipertingkat yang baharu. Formula yang dinaik taraf ini dihasilkan untuk memberikan sokongan pemakanan yang lebih komprehensif, menjadikannya pilihan ideal untuk pengguna suplemen kali pertama yang mahu menyokong kesihatan keseluruhan mereka dengan hanya satu tablet sehari.
Apa yang Baharu dalam Nutrilite Daily?
Berikut ialah gambaran perbandingan bagaimana Nutrilite Daily Multivitamin and Multimineral Plus Tablet telah berevolusi untuk memberikan sokongan pemakanan yang lebih baik:
NUTRIEN | FORMULASI SEBELUMNYA | FORMULASI BAHARU |
---|---|---|
Nutrilite Daily KKLIU2837/EXP 31.12.2025 MAL19910381X | Nutrilite Daily Multivitamin and Multimineral Plus Tablet KKLIU 2089/EXP 31.12.2026 MAL23106073NR | |
Vitamin | 11 vitamin penting: A, B1, B2, Niasin, B6, Asid Folik, B12, C, D, E dan Asid Pantotenik | 13 vitamin penting: A (Asetat), B1, B2, Niasinamida, Asid Pantotenik, B6, Asid Folik, Biotin, B12, C (Asid Askorbik), D3, E dan A (Beta-Karotena) |
Mineral | 7 mineral penting: Kalsium, Fosforus, Iodin, Zat Besi, Magnesium, Kuprum, Zink | 8 mineral penting: Kalsium, Kuprum, Magnesium, Mangan, Zat Besi, Iodin, Selenium, Zink |
Pekatan Tumbuhan | 75 mg daripada 6 pekatan: Alfalfa, Selada Air, Pasli, Bayam, Lobak Merah, Ceri Aserola | 80mg daripada 3 pekatan: Ceri Aserola, Lobak Ungu, Elderberry |
Bahan Tambahan! | Lutein yang diperoleh daripada bunga Marigold untuk menyokong kesihatan mata |
Formula baharu mengandungi Biotin dan Lutein, yang bukan sebahagian daripada formulasi sebelumnya.
Selenium telah ditambah dalam kandungan mineral-mineral penting.
Kemujaraban pekatan tumbuhan telah meningkat dengan pengenalan Elderberry dan Lobak Ungu yang kaya dengan nutrien.
Penambahan Lutein daripada bunga Marigold membantu menangani jurang diet moden dan menyokong kesihatan mata secara keseluruhan.
Formula Nutrilite Daily Multivitamin and Multimineral Plus Tablet baharu menawarkan faedah yang dipertingkat dengan memasukkan vitamin dan mineral tambahan serta campuran pekatan tumbuhan yang lebih mujarab. Penambahan lutein menangani kekurangan pemakanan yang biasa dialami dalam diet hari ini, membantu menyokong kesihatan mata, yang semakin penting kerana masa skrin kita terus meningkat.
Dengan Nutrilite Daily Multivitamin and Multimineral Plus Tablet, anda mendapat lebih daripada sekadar dos harian vitamin dan mineral penting – anda juga mendapat faedah tambahan nutrien berasaskan tumbuhan termaju yang menyokong kesihatan dan kesejahteraan keseluruhan.
Semuanya dalam satu tablet yang mudah diambil, Nutrilite Daily Multivitamin and Multimineral Plus Tablet kini lebih baik dilengkapi dengan 13 vitamin penting, 8 mineral penting, 3 pekatan tumbuhan untuk memenuhi keperluan pemakanan anda, menjadikannya pilihan yang ideal bagi yang baharu memulakan perjalanan suplemen mereka.