Floating Icon
15 JUN 2023 GAYA HIDUP 1 MINIT BACA 269 LIHAT 4 BERKONGSI

Rumpair Merah dengan Sos Minyak Biji Chia Putih

Bahan-bahan (untuk 2-3 orang):

  • 25g rumpair merah kering (sebaik-baiknya rumpair merah tuaian pertama)
  • 50g saderi
  • 50g lobak merah
  • 5g bijan putih
  • 2pcs kulit popia, dicarik-carik
  • 15ml Minyak Biji Chia Putih Plant To Table by Nutrilite
  • 5ml kicap
  • 1g lada

Cara:

  1. Cuci rumpair merah dengan air tulen dan tuskan. Pindahkan ke dalam pinggan dan ketepikan.
  2. Racik helai saderi dan lobak merah. Celur, sejukkan dan tuskan. Pindahkan ke pinggan yang sama dengan rumpair merah.
  3. Campurkan 10ml Minyak Biji Chia Putih dengan kicap dan lada di dalam mangkuk kecil untuk membuat sos.
  4. Gaul rumpair merah, saderi dan lobak merah dengan sos minyak dan taburkan bijan putih di atasnya.
  5. Panaskan kuali dengan baki 5ml Minyak Biji Chia Putih dan goreng kulit popia yang dicarik-carik sehingga garing. Hiaskan di atas rumpair merah yang digaul.