Floating Icon
01 AUG 2022 GAYA HIDUP 4 MINIT BACA 524 LIHAT 28 BERKONGSI

Perkara yang Anda Perlu Tahu Mengenai Oven Pembuat Roti Noxxa

Siapa yang tidak mahu menikmati roti yang terbaik? Bayangkan roti segar, selembut bantal dan panas-panas dari ketuhar dengan aromanya yang harum semerbak membuatkan anda tidak sabar untuk menikmatinya. Tambahan lagi anda boleh menyesuaikan roti anda mengikut citarasa peribadi anda (bebas gluten, tanpa pengawet, rendah natrium, dibubuh buah-buahan dan kekacang, dll.) dan boom! Inilah Oven Pembuat Roti/Pembakar Noxxa.

Dengan nama yang sebegitu, tidak hairanlah mengapa ramai yang menganggap bahawa anda hanya boleh membuat roti – sama ada roti atau ban – dengan pembuat roti. Namun, perkakas popular ini sebenarnya mempunyai lebih banyak lagi untuk ditawarkan kerana ramai orang di seluruh dunia kini telah mula mengetahuinya. Dan Noxxa tidak terkecuali.

Reka bentuk yang rapi – selain menjimatkan ruang dan sesuai untuk kaunter atas yang sempit – Oven Pembuat Roti/Pembakar Noxxa menyajikan masakan harian dalam pelbagai cara. Manfaatkan sebaik mungkin; berikut adalah beberapa idea untuk dipertimbangkan:


Biskut, Pastri dan Kek – wow!

Ingin menikmati sesuatu yang manis dengan selamat? Pencuci mulut buatan sendiri adalah jawapannya! Teruskan membakar apa yang anda suka sambil memastikan ia sihat dengan kurang gula dan bahan pewarna. Selain itu, lampu ketuhar yang terang membolehkan si kecil anda seronok melihat doh yang dibakar bertukar menjadi sesuatu yang wow!


Ayam Panggang & Ikan Bakar, atau sebaliknya

Mempunyai tetapan suhu yang luas dari 40°C hingga 260°C, anda boleh menyediakan banyak hidangan panas dengan peralatan ini. Ciri-ciri mesra pengguna seperti skrin paparan LCD dengan lampu belakang, tombol putar boleh laras dan butang besar memudahkan kerja memasak apabila anda terlalu tergesa-gesa untuk melihat panel kawalan yang begitu sarat, manakala fungsi PAUSE pintu terbuka bermakna anda boleh memeriksa makanan anda pada bila-bila masa sambil menjeda sebarang program yang telah ditetapkan.


Roti Bakar & Roti Bawang Putih

Ketuhar yang luas ini membolehkan anda membakar 2 hingga 4 keping roti sekejap sahaja. Sediakan roti bakar anda seperti yang anda suka dengan pemilihan warna kerak. Dan roti bakar sememangnya sedap dimakan dengan…


Jem & Kaya

Anda fikir fungsi Dough hanya untuk pengembangan adunan dan menguli? Fikir semula. Teknologi yang sama yang membolehkan anda mengadun dan memanaskan doh pada masa yang sama membolehkan anda menyediakan sapuan yang lazat ini dan banyak lagi!



Ingin berseronok dengan Oven Pembuat Roti/ Pembakar Noxxa anda? Cubalah resipi-resipi mudah ini!


Kerepek Roti Leper

 1 sb keju krim

1 cawan keju mozzarella

1 telur

¼ cawan tepung badam

2 ulas bawang putih (dicincang)

½ sk oregano kering

½ sk thyme kering

1 sb rosemary segar

Garam dan lada hitam secukup rasa


  1. Masukkan keju mozzarella dan keju krim ke dalam ketuhar gelombang mikro untuk dicairkan selama 1 minit.
  2. Keluarkan dan gaul rata.
  3. Tuangkan keju ke dalam mangkuk adunan. Masukkan telur yang telah dipukul dan gaul rata.
  4. Masukkan semua bahan lain dan gaul rata.
  5. Letakkan doh di atas dulang pembakar yang telah dialas dengan kertas pembakar.
  6. Tekan doh untuk meleperkannya.
  7. Bakar di dalam Oven Pembuat Roti/Pembakar Noxxa yang telah dipanaskan pada suhu 180°C selama 15 minit.
  8. Keluarkan roti dari ketuhar dan potong roti menjadi segi tiga.
  9. Hidangkan sebagai snek atau pembuka selera. Sesuai dimakan dengan sup juga.

Roti Tepung Badam Keto

5 sb sekam psilium

1 ¼ cawan tepung badam

2 sb serbuk penaik

1 sk garam

2 sb cuka epal

3 putih telur

1 cawan air mendidih

Sedikit minyak zaitun

1 sb bijan hitam


  1. Masukkan sekam psilium, tepung badam, serbuk penaik dan garam ke dalam mangkuk adunan dan gaul rata.
  2. Masukkan cuka epal dan putih telur kemudian gaul rata.
  3. Masukkan air mendidih dan gaul rata.
  4. Sapu sedikit minyak zaitun pada tangan anda untuk mengelakkan doh melekat pada tangan anda. Bahagikan doh kepada 6 bahagian dan canai setiap bahagian doh itu untuk membentuk bebola.
  5. Susun bebola doh di atas dulang pembakar yang telah dialas dengan kertas pembakar.
  6. Taburkan sedikit bijan di atas setiap bebola doh.
  7. Bakar di dalam Oven Pembuat Roti/ Pembakar Noxxa yang telah dipanaskan pada suhu 175°C selama 50 minit.

Dapatkan lebih banyak resipi yang lazat di AmwayNow!