Floating Icon
01 NOV 2024 GAYA HIDUP 0 MINIT BACA 4 LIHAT 3 BERKONGSI

5 Alasan Untuk Menyukai Philips Air Cooker 3000 Series NX0950

Kita semua menyedari bahawa sesetengah makanan yang paling sihat dan memuaskan datang dari dapur kita sendiri. Kita boleh memastikan hidangan tersebut memenuhi keperluan makronutrien dan kalori kita malah menyokong kehidupan yang sihat dan panjang dengan meluangkan masa untuk membeli-belah bahan segar dan menyediakan makanan di rumah. Meskipun demikian, cabaran untuk memperuntukan masa untuk menyediakan makanan atau memasak setiap hari boleh menggentarkan, sehingga kini.

Philips Air Cooker 3000 Series NX0950 baharu yang direka bentuk untuk memasak dengan mudah dan sihat membolehkan anda menyediakan pelbagai hidangan berkhasiat dengan sempurna. Berikut adalah 5 alasan yang akan membuat anda menyukai Philips Air Cooker:

1. Pemeliharaan Nutrien

Tahukah anda yang kaedah memasak tertentu boleh mengurangkan dengan ketara kandungan nutrien makanan anda? Sebagai contoh, merebus dan memasak sayur-sayuran boleh menurunkan tahap vitamin boleh larut air seperti Vitamin C dan B manakala mineral seperti potasium, fosforus, kalsium, magnesium, zat besi serti zink juga boleh dikurangkan.

Nasib baik, Philips Air Cooker dapat mengekalkan nutrien penting dalam makanan anda. Malah memastikan sayur-sayuran segar dengan warna terangnya sambil mengekalkan sehingga 90% kandungan Vitamin C. Begitu juga, ikan dan makanan laut mengekalkan 93% daripada asid lemak Omega-3 dan Omega-6, manakala daging mengekalkan sehingga 90% kandungan zat besi semula jadi yang kaya dengan nutrien.

2. Teknologi NutriFlavour

Ramai tukang masak di rumah bermula dengan niat untuk menjimatkan wang dan makan lebih sihat, namun mereka sering berasa tawar hati apabila makanan mereka tidak memenuhi jangkaan, walaupun selepas menghabiskan masa yang banyak di dapur. Untuk membantu mengekalkan minat anda untuk memasak, Philips Air Cooker menampilkan Teknologi NutriFlavour termaju yang melaraskan masa memasak, suhu dan kelembapan yang optimum secara automatik. Ini dapat menjamin setiap hidangan disediakan dengan sempurna hanya dengan sentuhan satu butang.

3. Pelbagai Kaedah Memasak

Kebanyakan dapur mempunyai ruang yang sangat terhad, dengan dapur, ketuhar, ketuhar gelombang mikro dan pelbagai periuk, kuali dan perkakas dapur yang memenuhi kaunter. Philips Air Cooker dapat membantu untuk mengurangkan keadaan yang berselerak ini dengan kaedah memasak Homecare+ bersepadu yang membolehkan anda mengukus menggunakan udara panas, membakar, memanggang, mengukus, mereneh, memanas semula dan menyahfroskan bahan anda – nikmati akses mudah untuk pelbagai kaedah teknik memasak!

Paling penting, anda boleh mengawal semua jenis kaedah memasak terus daripada telefon pintar menggunakan aplikasi PhilipsHomeID. Hanya masukkan bahan (termasuk jumlah air bersih yang disyorkan) ke dalam Philips Air Cooker anda, pilih kaedah memasak pilihan anda pada aplikasi, tunggu sehingga masak, kemudian sajikan dan nikmati hidangan anda tanpa sebarang masalah.

4. Aksesori Modular

Untuk tukang masak di rumah yang berpengalaman dengan keluarga yang perlu diberi makan, Philips Air Cooker dilengkapkan dengan pelbagai aksesori termasuk bakul, dulang bawah, periuk memasak dan juga lapisan kedua. Anda boleh menyediakan pelbagai hidangan sekali gus dengan menggabungkan lapisan kedua bersama periuk memasak atau dulang bawah – sesuai untuk keluarga yang kelaparan dengan beraneka citarasa. Selepas waktu makan dan semuanya telah dibersihkan, aksesori boleh disusun dan disimpan dengan mudah. Ini dapat memastikan dapur kelihatan bersih dan teratur.

5. Reka Bentuk Kompak dan Moden

Bercakap tentang dapur yang bersih dan teratur, Philips Air Cooker turut menampilkan reka bentuk kompak dan moden yang dapat dipadankan dengan mudah dengan sebarang gaya dapur. Ia adalah gandingan ideal untuk tukang masak di rumah yang ingin menggunakan sebaik-baiknya manfaat kesihatan yang ditawarkan oleh bahan dalam peti sejuk mereka.

Jika anda keberatan untuk memasak di rumah kerana jadual yang padat atau beberapa hidangan yang tidak memuaskan, pertimbangkan untuk memberikan ruang kepada Philips Air Cooker di dapur anda. Walaupun makan di luar boleh menyeronokkan sekali-sekala, namun tiada apa yang setanding dengan hidangan yang disediakan di rumah dengan penuh kasih sayang dan berkhasiat.

Berikut adalah beberapa resipi untuk anda bermula:







Nantikan lebih banyak resipi di sini.

Dapatkan Philips Air Cooker anda hari ini!