Floating Icon
18 NOV 2020 GAYA HIDUP 3 MINIT BACA 785 LIHAT 20 BERKONGSI

Rasai & Nikmati Makanan, Snek dan Minuman Perayaan yang Lazat!

Jingle bells! Jingle bells! Krismas semakin hampir, diikuti dengan Sambutan Tahun Baru dan Tahun Baru Cina (12 - 13 Feb 2021) tidak lama kemudian. Semua musim perayaan ini akan membawa bersama pelbagai snek dan makanan yang mengecurkan air liur.

Selain itu, berkongsi snek kegemaran anda dengan rakan dan keluarga membawa kegembiraan yang tersendiri. Apatah lagi disebabkan Covid-19, rancangan percutian nampak suram. 

Sebaliknya, rebut peluang ini untuk mengeratkan hubungan dengan keluarga dan rakan sambil menikmati sajian bersama-sama dan hadiah yang menggembirakan.

Jadi, untuk menghilangkan rasa lapar (dan keinginan anda!), berikut ialah senarai mudah snek yang anda perlukan di pantri sebagai persediaan untuk musim perayaan yang bakal tiba.


  • Biskut
  • Assorted Cookies.jpg


    Ia bukanlah majlis (atau perjumpaan kecil sekarang) tanpa biskut! Bagi penggemar coklat, pastikan mendapatkan stok Biskut Coklat Berganda Cookie Lovers yang dibakar dengan kepingan coklat pahit (enaknya!) atau jika anda lebih sukakan variasi, dapatkan beberapa kotak Biskut Aneka Rasa Cookie Lovers yang didatangkan dengan biskut mentega, kopi dan coklat. Nikmati semuanya dan jangan lupa untuk tinggalkan satu untuk Santa!


  • Coklat
  • Assorted Chocolates.jpg


    Satu lagi kemestian untuk sajian perayaan, coklat sentiasa menjadi kegemaran dalam kalangan ahli keluarga, baik yang muda mahupun yang tua. Buka beberapa kotak coklat dan anda sudah bersedia untuk majlis makan malam yang hebat. Pilihan coklat kegemaran kami termasuklah Coklat Rangup Vergold dan untuk sedikit kelainan, Seleksi Coklat Aneka Rasa Vergold.


  • Kek dan Jeli
  • Jelly.jpg


    Seperti biskut dan coklat, kek sering menjadi kegemaran ketika perayaan tetapi tidak semua orang tahu membuatnya. Jika membuat kek bukan untuk anda, elakkan tekanan dan dapatkan sekotak Krim Karamel Vergold untuk manisan yang lembut dan enak. Jangan lupa tambahkan beberapa kotak Campuran Jeli Konnyaku Vergold ke dalam bakul anda untuk dinikmati si kecil.


  • Keropok
  • Savoury Crackers.jpg


    Cukuplah dengan manisan, mari kita beralih ke sajian savori kerana kita semua inginkan snek yang sedikit masin dan pedas untuk mengimbangi rasa manis! Cubalah rasa snek yang sedap sehingga menjilat jari ini iaitu Kraker Beras Campuran Bijirin Panggang Vergold (tersedia dalam perisa Tom Yum, Teriyaki dan Pek Nilai), Koktel Campuran Vergold dan Kerepek Ikan Bijan Vergold. Pastikan anda membeli lebih kerana anda pasti tidak boleh berhenti makan!


  • Snek Tradisional Tahun Baru Cina
  • Tahun Lembu akan tiba tanpa anda sedar dan tiada yang lebih teruk daripada membeli sajian pada saat-saat akhir. Dapatkan sajian kemakmuran ini lebih awal supaya anda ada banyak masa untuk menikmatinya. Jangan lupa untuk dapatkan Mochi Aneka Rasa Vergold, Cendawan Bunga Putih Shiitake Vergold dan Buah Berangan Organik Dikupas Vergold.


    Lunar New Year.jpg


  • Limpahan Hadiah!
  • Perayaan tidak akan lengkap tanpa hadiah dan semua snek di atas adalah pilihan yang hebat untuk sebarang majlis. Tetapi istimewa untuk Tahun Baru Cina, dapatkanYee Sang Vergold, Abalone Skylight dan tentunya Biskut Kemakmuran Vergold untuk keseronokan dan tuah!