Floating Icon
13 JUN 2023 PEMAKANAN & KESEJAHTERAAN 3 MINIT BACA 1745 LIHAT 28 BERKONGSI

Asid Amino: Lebih Daripada Sekadar Manfaat

Asid amino – apakah itu dan mengapakah ia terdapat dalam serbuk protein wei kami?

Kebanyakan orang mungkin pernah mendengar istilah ini dan beranggapan ia ada kaitan dengan DNA. Namun begitu, sebagai blok binaan asas protein, ia menjadi asas untuk lebih banyak lagi.


Tiada blok binaan lain yang sebaiknya

Walaupun asid amino adalah komponen utama protein, hormon dan sebilangan besar sebatian organik lain, kami ingin memfokus pada pembina otot yang dikenali sebagai asid amino rantai bercabang (atau BCAA). 9 daripada 20 asid amino yang kita perlukan untuk kesihatan yang baik dirujuk sebagai ‘perlu’ dengan 3 daripadanya ialah BCAA leusina, isoleusina dan valina.


Apakah yang dilakukan BCAA?

Valina – merangsang pertumbuhan dan penjanaan semula otot di samping terlibat dalam penghasilan tenaga.

Leusina – penting untuk sintesis protein dan pembaikan otot serta penting juga untuk penyembuhan luka dan pengawalaturan paras gula darah dan juga penghasilan hormon pertumbuhan.

Isoleusina – penting untuk metabolisme otot dan banyak terdapat dalam tisu otot, ia memainkan peranan penting dalam penghasilan hemoglobin dan sistem imun di samping membantu mengawalatur paras tenaga.


Apakah manfaat utama BCAAs?

Walaupun fungsi umumnya disebutkan di atas, ini adalah cara BCAA diterjemahkan menjadi manfaat langsung.

Melegakan lesu upaya – BCAA telah ditunjukkan boleh mengurangkan penguraian protein dalam otot anda. Ini boleh membantu melegakan sakit otot selepas bersenam.

Mencegah penurunan – oleh sebab ketiga-tiga BCAA bergabung untuk mengawal paras tenaga dan juga menguruskan gula darah, ia boleh membantu anda berasa kurang letih selepas bersenam.

Tiada pembaziran – kemampuan membina ototnya sudah jelas, ini juga bermaksud ia mengurangkan kerosakan dan pembaziran otot yang boleh berlaku selepas sesi kardio yang berat.


Di manakah hendak mendapatkan BCAA?

Sumber asid amino yang paling biasa ialah makanan berasaskan protein seperti daging, telur, makanan laut dan tenusu. Jika anda ke arah vegetarian atau vegan, soya, kuinoa dan buckwheat juga sumber asid amino yang sesuai. Jika anda lebih suka minum daripada makan protein, mengapa tidak mencuba Campuran Sebuk Protein Soya Nutrilite untuk keperluan suplemen harian anda? Malah ia didatangkan dalam 4 perisa untuk memenuhi cita rasa anda!

Tonton video pendek ini tentang manfaat menambah diet anda dengan Minuman Protein Soya Nutrilite.


Ahli bina badan dan atlet tertentu juga boleh mengambil suplemen seperti asingan protein wei yang dibuat dengan membuang sebahagian besar lemak dan laktosa dalam wei untuk menghasilkan kepekatan protein yang lebih tinggi. Bagi mereka yang mencari asid amino perlu untuk pemulihan selepas bersenam tetapi tiada masa untuk menyediakan sajian seimbang secara konsisten, satu lagi sumber hebat ialah XS Mixed Whey Protein with Chocolate Flavour yang memberikan 30g protein dalam setiap hidangan 40g apabila dicampurkan dengan air atau susu.

XS Whey Protein by Amway