Floating Icon
16 JUN 2023 PEMAKANAN & KESEJAHTERAAN 3 MINIT BACA 816 LIHAT 23 BERKONGSI

Biji Hijau Biji Yang Hebat — Manfaat Biji Kopi Hijau

Cerah, Gelap atau Hijau – Warna Biji Kopi

Anda suka yang gelap atau yang cerah? Teka-teki biji kopi ini telah wujud sejak kita semua mula menikmati minuman yang lazat ini dan perdebatan tentang keunggulan biji kopi ini semakin memuncak. Tetapi, benarkah ada perbezaan paras kafein antara kedua-dua jenis biji kopi ini?


Pertembungan Warna

Jika anda pernah terfikir tentang perbezaan utama antara kopi panggang cerah dan kopi panggang gelap, jawapannya ada pada hidung anda (kadangkala itulah kebenarannya).

Panggang cerah — Biji kopi ini dipanggang dalam masa yang singkat. Biji kopi dipanggang sehingga suhu dalaman 350°F ke 400°F (kira-kira 176°C ke 204°C). Jenis ini biasanya lebih berasid tetapi mengekalkan lebih banyak rasa asli biji kopi daripada yang dipanggang lebih lama.

Panggang gelap — Biji kopi ini dimasak sehingga berapi 465°F ke 480°F (kira-kira 240°C ke 248°C) dan dipanggang sehingga berwarna coklat gelap, bahkan warna hitam. Jenis ini biasanya mempunyai rasa dan bau salai yang lebih ketara serta rasa yang lebih kuat.


Membetulkan mitos

Walau apapun jenis panggangan yang anda suka, kajian terkini mendapati bahawa kopi panggang cerah dan juga gelap mengandungi jumlah kafein yang sama di dalamnya.

Namun begitu, kopi panggang cerah mengndungi jumlah kafein yang lebih tinggi mengikut kepadatannya tetapi kopi panggang gelap mengandungi jumlah kafein yang lebih tinggi mengikut beratnya. Pada dasarnya, ini bermakna anda harus menggunakan lebih banyak biji kopi panggang cerah untuk mendapatkan jumlah kafein yang sama daripada biji kopi panggang gelap dengan berat yang sama.

Adakah ia tetap sama? Beritahu kami pendapat anda!

Tetapi pesaing baru telah memasuki gelanggang. Bolehkah anda minum kopi hijau? Lebih tepat lagi, biji kopi hijau?


Biji kopi hijau

Jawapan ringkasnya – sudah tentu! Walaupun mungkin rasanya tidak seperti kopi yang biasa anda minum, biji kopi hijau telah ditambah ke dalam banyak suplemen bermula kira-kira sedekad yang lalu. Kajian selama bertahun-tahun mendapati biji kopi hijau mempunyai beberapa manfaat kesihatan yang tidak terdapat dalam biji kopi panggang.

Biji kopi hijau mengandungi sesuatu yang tidak terdapat dalam biji kopi lain, iaitu asid klorogenik. Oleh sebab ia tidak dipanggang seperti biji kopi biasa yang digunakan untuk kopi, biji kopi hijau mengekalkan semua komponen semula jadi dan bahan mentahnya. Pastinya, ia juga berfungsi sebagai perangsang kafein yang hebat tetapi bukan setakat itu sahaja.

Asid klorogenik sangat bagus sebagai suplemen untuk pengambilan harian kerana ia membantu membakar glukosa dan lemak tubuh yang disimpan. Ia juga menormalkan gula darah. Sebatiannya yang kaya dengan antioksidan bermaksud biji kopi hijau berpotensi memberikan manfaat pada hati, ginjal dan jantung anda jika diminum secara sederhana.

Types-of-Coffee-Beans1_XS_PGF_750.jpg


Rasa baru yang hangat

Mencari kehangatan tambahan itu? Cubalah perisa terbaru kami – Pink Grapefruit Fiery Blaze untuk rangsangan tambahan ekstrak biji kopi hijau yang mencipta pengalaman XS yang luar biasa.