Baru-baru ini kami telah menyentuh tentang kepentingan kesihatan usus dalam penurunan berat badan dan kesihatan keseluruhan anda. Kini, sudah tiba masanya untuk mendalami lebih jauh lagi tanda-tanda usus yang tidak sihat dan cara anda boleh membalikkan kesan negatif dengan bantuan probiotik dan serat, perubahan gaya hidup dan tidur lama yang nyenyak.
Tanda-tanda Usus yang Tidak Sihat
Adakah anda mempunyai usus yang tidak sihat? Penyelidikan mendapati bahawa usus yang tidak sihat menjejaskan banyak bahagian badan dengan gejala yang nyata dan berterusan. Beberapa tanda usus yang tidak sihat termasuk:
Kerap sakit perut
Kesihatan kulit yang tidak baik seperti jerawat dan kulit kusam
Penambahan berat badan
Lesu
Kembung perut
Sembelit
Cirit-birit
Pedih ulu hati
Jangan bimbang, dunia ini tidak akan berakhir jika anda mempunyai usus yang tidak sihat. Terdapat banyak cara yang anda boleh lakukan untuk melawan kesan ini.
Jangan bimbang, dunia ini tidak akan berakhir jika anda mempunyai usus yang tidak sihat. Terdapat banyak cara yang anda boleh lakukan untuk melawan kesan ini.
Jangan bimbang, dunia ini tidak akan berakhir jika anda mempunyai usus yang tidak sihat. Terdapat banyak cara yang anda boleh lakukan untuk melawan kesan ini.
Jangan bimbang, dunia ini tidak akan berakhir jika anda mempunyai usus yang tidak sihat. Terdapat banyak cara yang anda boleh lakukan untuk melawan kesan ini.
1. Cuba Set Semula Usus!
Setkan semula usus termasuk perubahan diet, gaya hidup dan pengambilan suplemen yang bertindak bersama-sama untuk mengeset semula dan mengimbangkan semula mikrobiom usus. Ia bukan sahaja meningkatkan keseimbangan bakteria baik dan tidak baik dalam mikrobiom usus anda tetapi turut mempunyai manfaat menyeluruh yang lain seperti pengurusan tekanan yang lebih baik, rasa teringin sangat hendak makan berkurang dan lebih banyak tenaga.
Apabila anda mempunyai usus yang lebih sihat, lebih banyak tenaga dan penetapan minda yang positif, anda akan mendapati bahawa matlamat penurunan berat badan anda kelihatan seperti boleh dicapai.
Bersedia untuk set semula usus? Ketahui lebih lanjut mengenainya di sini.
2. Minda Sihat, Usus Sihat
Meluangkan masa untuk diri sendiri adalah penting untuk kesihatan mental dan fizikal. Cubalah aktiviti seperti meditasi, yoga atau sekadar meluangkan masa untuk mengurangkan tekanan daripada penyebab tekanan setiap hari. Menjaga kesihatan mental anda memberikan manfaat lanjut kepada usus anda kerana usus juga bertanggungjawab untuk mengawal hormon. Mengurangkan tekanan dalam badan anda akan membantu usus anda mengawal hormon endorfin, serotonin dan oksitosin yang turut dikenali sebagai hormon gembira.
3. Mengawal Jadual Tidur Anda – Usus Anda Perlukan Zzzz Juga!
Tidur bukan sahaja baik untuk mengeset semula otak anda, malah baik untuk mengeset semula usus anda. Kekurangan tidur meningkatkan kortisol hormon tekanan dalam badan anda yang mengakibatkan toksin melepasi perut ke dalam aliran darah anda. Ini boleh menyebabkan perut tidak selesa seperti kembung, keradangan dan kesensitifan.
Kekurangan tidur juga boleh meningkatkan rasa lapar dan selera makan. Ketidakseimbangan hormon dalam badan akan menyebabkan anda mengidamkan sesuatu dan anda akan mendapati diri anda mencari makanan perangsang tenaga yang tinggi gula, karbohidrat dan lemak trans. Ini akhirnya mengakibatkan penurunan kesihatan usus dan kesejahteraan secara keseluruhan.
4. Kunyah Perlahan-lahan Untuk Usus yang Sihat
Bertenang! Tidak kira betapa laparnya anda, jangan makan secara gelojoh! Makan dengan terlalu cepat boleh mengakibatkan kembung perut dan tidak selesa kerana menelan terlalu banyak udara. Tiada sesiapa pun ingin berjalan-jalan selepas makan apabila berasa senak atau sendawa mengeluarkan angin yang menyakitkan.
Makan dengan lebih perlahan dapat meningkatkan penghadaman dan penyerapan nutrien. Ia turut memberikan anda masa untuk memproses isyarat badan anda dan memahaminya dengan lebih baik. Anda akan rasa kenyang tanpa berasa terlalu kenyang, yang dapat mencegah daripada makan berlebihan.
5. Senaman Badan (dan Usus) Anda Juga
Melakukan senaman yang kerap adalah baik untuk usus dan kesihatan secara keseluruhan. Senaman bukan sahaja baik untuk menurunkan dan mengekalkan berat badan, malah turut memberikan manfaat yang hebat kepada fungsi dalaman anda.
Kajian menunjukkan bahawa walaupun dengan senaman aerobik selama 30 minit atau latihan rintangan yang dilakukan 3 kali seminggu boleh memberikan perbezaan ketara kepada kesihatan usus anda. Kajian 2019 ini menunjukkan bahawa orang yang melakukan latihan berintensiti tinggi atau sederhana dapat mengurangkan tahap bakteria yang didapati boleh menyebabkan obesiti dan sindrom usus rengsa (IBS).
Pulihkan Keseimbangan Dalam Usus Anda Dengan Probiotik dan Serbuk Serat
Menambahkan probiotik kepada usus anda juga merupakan satu penyelesaian yang baik.
Probiotik dibuat untuk memulihkan dan mengekalkan keseimbangan bakteria dalam usus anda. Ia meningkatkan fungsi mikrobiom usus anda dengan membantu mengurangkan kejadian keradangan dan mengawal pembuangan air besar anda.
Beberapa sumber probiotik semula jadi boleh didapati dalam makanan ditapai seperti kimchi, sauerkraut, yogurt, kombucha dan seumpamanya. Jika anda merasakan makanan ditapai tidak serasi dengan selera anda, anda boleh memilih untuk mengambil suplemen probiotik seperti probiotik Amway, Nutrilite Botanical Beverage Mix Chicory Root Extract With Probiotics. Ia mengandungi campuran eksklusif lima strain probiotik dan didatangkan dalam pek batang yang mudah agar anda boleh memastikan usus anda sihat walaupun ketika anda sibuk!
Selain itu, pastikan diet anda mengandungi banyak buah-buahan dan sayur-sayuran kerana serat dan nutrien lain daripada sayur-sayuran memberi makan kepada mikrob baik dalam usus serta membantu mikrob membesar dan membiak. Bagi mereka yang sentiasa sibuk dan bergerak ke sana sini, suplemen serat seperti Nutrilite Mixed Fiber Powder boleh membantu anda meneruskan pengambilan serat anda. Ia mengandungi campuran serat boleh larut yang unik untuk menggalakkan pembuangan air besar yang lebih baik dan usus yang lebih sihat!
Sebagai kesimpulan, usus yang tidak sihat boleh menyebabkan pelbagai gejala daripada sakit perut kepada penambahan berat badan dan kesihatan kulit yang tidak baik. Sungguhpun demikian, terdapat beberapa cara untuk mengatasi kesan ini dan memulihkan keseimbangan mikrobiom usus anda seperti mengeset semula usus, menjaga kesihatan mental anda, mengawal jadual tidur anda, makan perlahan-lahan, bersenam selalu dan menambah probiotik dan serat.
Sungguhpun semua ini merupakan beberapa cara yang anda boleh amalkan untuk meningkatkan kesihatan usus anda dan seterusnya membantu dalam perjalanan pengurusan berat badan anda, adakalanya lebih bagus sekiranya anda menyertai sebuah program padu yang dapat membimbing anda.
Dapatkan semua alat yang anda perlukan untuk usus yang sihat dengan Program Pengurusan Berat Badan Set Semula Usus BodyKey baharu. Program ini menembusi rintangan pengurusan berat badan anda dengan membantu anda mengeset semula dan mengimbangkan semula mekanisme semula jadi badan anda, membina tabiat yang positif dan menjalani kehidupan yang lebih sihat, lebih ceria.
Berikut adalah perkara yang mungkin anda boleh perolehi daripada program tersebut:
Serlahkan berat badan anda yang sihat dengan Kit Permulaan (Edisi Baharu) dan Pek Permulaan (Edisi Baharu) BodyKey - kini dipertingkat dengan FOS Campuran dengan Tapai Anggur Nutrilite, prebiotik untuk anda yang 'langsing'! Penyelesaian BodyKey ini menyediakan alatan penting dan nutrien harian untuk menyokong perjalanan pengurusan berat badan anda yang sihat di setiap langkah.