Pada Hari Kekasih ini, mengapa tidak raikan cinta dalam semua bentuk dengan melengkapkan insan tersayang – atau diri anda sendiri – dengan alat memasak yang betul? Lagipun, ramai orang mengaitkan makanan dengan cinta, sama ada sup ayam penyegar jiwa dan badan yang dibuat dengan penuh kasih sayang oleh si ibu untuk anaknya yang tidak sihat, datuk dan nenek memanjakan cucu mereka dengan pencuci mulut yang lazat atau pulang ke rumah selepas seharian di pejabat dan disajikan pula dengan makan malam panas-panas oleh belahan jiwa anda.
Hidupkan semula kehangatan detik-detik indah ini dengan menyediakan hidangan yang cukup lazat dengan sepenuh jiwa – dan kami mempunyai semua yang anda perlukan di sini.
Sangat disukai kerana sistem operasi ‘Satu Sentuhan Untuk Memasak’, Periuk Tekanan Multifungsi Elektrik Noxxa direka untuk menjimatkan masa dan tenaga. Dengan 10 fungsi memasak yang berbeza – Sup/Kaldu, Daging/Stew, Kek/Bakar, Tekanan Rendah, Goreng Kilas, Nasi, Aneka Biji-bijian, Bubur, Kukus, Masak Perlahan – menyediakan makanan yang sihat sangat mudah. Hanya pilih satu butang pada panel kawalan untuk memasak stew kegemaran anda, menggoreng kilas sayur-sayuran rangup, mengukus ikan segar, memasak perlahan kaldu berkhasiat, memastikan makanan anda kekal hangat, memanaskan semula baki makanan daripada peti sejuk dan juga membakar kek yang lazat – kemungkinannya tiada batasan!
Adakah kita suka makanan goreng? Ya. Adakah ia sihat? Boleh jadi! Terima kasih kepada Philips Airfryer, anda boleh menggoreng, membakar, menggril dan memanggang makanan dengan mudah di samping mengurangkan minyak. Teknologi Penyingkiran Lemaknya yang canggih mengasingkan dan mengumpulkan lemak berlebihan. Udara panas memasak daging, ikan dan sayur-sayuran anda sehingga 90% kurang lemak. Pada masa yang sama, Teknologi Rapid Air menghasilkan aliran udara 7 kali lebih pantas. Hasilnya: Makanan lazat yang garing di luar dan lembut di dalam – seperti yang anda suka.
Siapa yang tidak suka roti yang baru dibakar dan ban yang gebu – tetapi mengapa berhenti di situ? Oven Pembuat Roti/Pembakar Noxxa akan menyajikan sarapan, makan tengah hari hingga makan malam, malah pencuci mulut. Jika pembuat roti yang rajin ini tidak cukup handal dengan keupayaannya untuk menguli, mengembang dan membakar doh untuk anda, ia juga boleh digunakan untuk membuat kek, pastri dan biskut dan juga ayam panggang yang berjus, ikan bakar dan sayur-sayuran yang diakhiri dengan roti bakar bawang putih yang garing.
Mengukus tetap menjadi salah satu cara terbaik untuk mengekalkan nutrien dan rasa ketika memasak dan ia sangat mudah! Pengukus Makanan Noxxa membawanya ke tahap yang lebih tinggi dengan bekas XL 3 tingkat yang membolehkan anda mengukus pelbagai bahan pada satu masa. Oleh sebab aroma memainkan peranan penting untuk kita merasa makanan, pengukus ini mempunyai saluran tiub wap individu untuk meminimumkan pemindahan bau makanan dari satu bekas ke bekas yang lain. Tiada lagi sayur-sayuran berbau hanyir!
Inilah tiga kelebihan! Mudah digunakan dengan 2 tetapan kelajuan untuk dipilih, Pengisar Mini Philips mempunyai motor 350W yang berkuasa dan bilah 4 bintang yang akan mengisar halus bahan-bahan anda – manis atau savuri – dengan sempurna dalam sekelip mata. Ia bagus untuk menyediakan sup dan juga smoothie.
Bercakap tentang smoothie, adakah ia sudah siap dan sedia untuk diminum? Hanya tuangkannya ke dalam Bekas Minuman Mudah Bawa Philips dan nikmati minuman lazat anda di mana-mana sahaja anda berada!
Jika anda tidak suka memotong bahan dengan tangan seperti kami, anda pasti suka Pencincang Serba Guna Philips. Sesuai untuk mencincang sayur-sayuran, herba, kekacang dan daging tanpa tulang, keajaiban kecil ini akan menjimatkan banyak masa (dan air mata ketika memotong bawang).
Suka mi tetapi bimbang tentang pengawet, pewarna dan perisa tiruan? Bagaimana pula dengan keperluan pemakanan yang lebih khusus seperti bebas gluten? Inilah masanya untuk membuat sendiri mi dan pasta yang berkhasiat menggunakan bahan-bahan semula jadi! Pembuat Mi Noxxa automatik sepenuhnya, yang menjadikannya pantas dan mudah digunakan. Mengapa tidak mengagumkan rakan dan keluarga dengan mi buatan sendiri dan pasta dengan bahan-bahan istimewa? Anda juga boleh menggunakan doh manis untuk membuat pastri mi yang cantik untuk pencuci mulut – hebat!
Beli barang keperluan dapur kami di Amway.my