2 skup (23.5g) Minuman Campuran
Protein Soya Nutrilite (Beri Campuran)
2 hidangan (16g) Nutrilite
PhytoPOWDER Lemon
1.1 liter air
2 sb madu
2 sb jus lemon
10g serbuk gelatin tanpa perisa
Acuan agar-agar plastik yang muat
untuk kira-kira 1.2 liter cecair
KAEDAH
Lapisan pertama – jernih
Masukkan 600ml air ke dalam periuk kecil dan masak
dengan api kecil.
Apabila ia mula mendidih, masukkan jus lemon dan 5g
serbuk gelatin. Kacau sentiasa. Petua: elakkan menambah
gelatin ke dalam periuk sekali gus, ini akan menyebabkan
ketulan besar gelatin dalam agar-agar yang telah siap.
Biarkan campuran mendidih selama 2-3 minit sehingga
menjadi jernih. Tutup api.
Tuang ¼ campuran ke dalam acuan dan biarkan selama
1-2 minit. Kemudian tabur strawberi yang telah dihiris di
atasnya dan tuang baki campuran ke dalam acuan.
Karb (g)
Protein (g)
Lemak (g)
Vitamin C (mg)
Kalori
Setiap Resipi
72.4
16.4
5
166
400.2
Lapisan kedua – merah jambu
Masukkan 500ml air ke dalam periuk kecil dan
masak dengan api kecil.
Apabila ia mula mendidih, masukkan 5g serbuk
gelatin. Kacau sentiasa. Petua: elakkan menambah
gelatin ke dalam periuk sekali gus, ini akan
menyebabkan ketulan besar gelatin dalam agar-agar
yang telah siap.
Biarkan campuran mendidih selama 2-3 minit
sehingga menjadi jernih. Tutup api.
Masukkan madu, Minuman Campuran Protein
Soya Nutrilite (Beri Campuran) dan Nutrilite
PhytoPOWDER Lemon sedikit-sedikit dan kacau
sehingga tiada lagi ketulan.
Tuang campuran di atas lapisan jernih dan
masukkan ke dalam peti sejuk sekurang-kurangnya
5 – 6 jam. Pecahkan gelembung udara jika ada
dengan cungkil gigi.
Keluarkan agar-agar daripada acuan dan simpan di
dalam bekas kedap udara di dalam peti sejuk.
Minuman Protein Soya Nutrilite adalah sumber protein sempurna untuk diet anda. Minuman Protein Soya adalah rendah lemak dan tanpa kolesterol. Ia cara yang sesuai untuk mendapatkan protein harian anda dari sumber semula jadi tanpa kesan sampingan protein haiwan.
Minumlah untuk mengembalikan vitamin, mineral dan fitonutrien penting. Hidratkan diri anda dengan minuman yang sarat dengan buah-buahan diperkaya yang mengandungi vitamin B dan C. Alternatif yang benar-benar menyihatkan untuk peminat minuman berperisa atau berkarbonat.