Floating Icon
29 MAR 2021 PEMAKANAN & KESEJAHTERAAN 5 MINIT BACA 918 LIHAT 62 BERKONGSI

Bagaimanakah Hendak Menurunkan Berat Badan Dengan Puasa Berkala?

Bulan Ramadan tiba lagi dan semua Muslim menjalani ibadah puasa dan memperoleh manfaat kerohanian, kesihatan dan penurunan berat badan. Bagi umat Islam, kami telah berkongsi cara untuk mendapatkan semua nutrien yang anda perlukan semasa berbuka puasa. Bagi yang lain, anda mahu menurunkan berat badan tetapi berpuasa kedengaran sangat sukar? Lakukannya perlahan-lahan dan cuba puasa berkala.

Puasa berkala adalah pilihan yang bagus untuk dicuba jika anda bergelut dengan masalah berat badan pada masa lalu. Jika dilakukan dengan betul, ia memberikan kesan jangka panjang bukan hanya untuk penurunan berat badan tetapi juga kesihatan secara keseluruhan. Keupayaan berfikir dengan lebih baik, penurunan risiko penyakit jantung dan paras gula darah adalah antara faedah yang ditunjukkan dalam kajian puasa berkala.

Jadi, apakah itu puasa berkala?

Puasa berkala adalah pola makan dengan kitaran puasa dan makan yang telah dirancang. Pada asasnya, ini memfokus pada bila anda boleh makan dan bila anda harus berhenti makan, bukannya mengehadkan jenis makanan yang boleh anda makan.

Berikut adalah beberapa kaedah puasa berkala yang popular:

1. Membina Otot yang juga dikenali sebagai kaedah 16/8.

Another way of losing weight is the 16-8-method

Kaedah ini melibatkan puasa selama 14 - 16 jam dan mengehadkan waktu makan harian sehingga 8 - 10 jam. Ia semudah tidak makan apa-apa selepas makan malam dan melangkau sarapan.

2. The 5/2 Diet.

Choose the 5 and 2 Diet b

Kaedah ini melibatkan makan seperti biasa selama 5 hari seminggu dan mengehadkan pengambilan kalori selama 2 hari seminggu sehingga 500 – 600 kalori sehari.

3. Diet Sirkadia

Kaedah terbaik untuk pemula puasa berkala dan lebih mudah diterima tubuh berbanding dengan kaedah lain. Kaedah ini memerlukan anda berpuasa selama 13 jam dan makan semasa 11 jam yang selebihnya.

Tetapi ia bukan hanya soal melangkau makanan, anda juga perlu memantau keperluan pemakanan anda. Untuk memastikan puasa berkala benar-benar berjaya, anda harus memastikan makanan yang dimakan padat dengan nutrien. Jadi, mengambil makanan rapu semasa tempoh makan tidak akan membantu menurunkan berat badan atau meningkatkan kesihatan anda.

Minuman Kocak Pengganti Sajian BodyKey by Nutrilite, Teman Pemakanan Anda

BodyKey Meal Replacement Shake is available in 3 flavours

Jika ketika tempoh puasa berkala anda terlalu sibuk untuk memasak makanan berkhasiat, anda boleh memastikan Minuman Kocak Pengganti Sajian BodyKey memenuhi keperluan diet anda. Mengandungi 25 vitamin dan mineral, minuman kocak ini membekalkan ⅓ keperluan pemakanan harian di samping mengawal pengambilan kalori. Sebagai bonus, ia tidak mengandungi pemanis dan pewarna tiruan.

Petua: Bagi umat Islam yang berpuasa, jadikan minuman kocak sebagai sajian ketika berbuka puasa. Dengan cara itu, ia mencegah anda makan terlalu banyak dan mengambil bermacam-macam jenis hidangan serta membekalkan semua nutrien yang anda perlukan.

Kekalkan jisim otot dengan Minuman Protein Soya

Tomato Shrimp Pasta Recipe

Kami menyokong hasrat anda untuk menurunkan berat badan tetapi tiada sesiapa pun yang mahu kehilangan jisim otot ketika melakukannya! Sediakan sajian ringkas dengan Protein Soya kami (ya, anda boleh membuat sajian pasta malah mi bijan yang enak ini) atau bancuh minuman untuk mengekalkan jisim otot anda dan melawan keletihan.

Sebagai protein tumbuhan yang diperbuat dengan tiga adunan gandum, soya dan pis yang unik, ia tidak mengandungi pewarna, pemanis dan perisa tiruan. Sesuai untuk orang yang tak toleran laktosa dan tersedia dalam perisa Beri Campuran, Coklat dan juga Teh Hijau.

Petua: Bagi umat Islam yang berpuasa, cubalah salah satu sajian yang kami sarankan di atas menggunakan Minuman Protein Soya semasa berbuka puasa! Oleh sebab tubuh manusia tidak menghasilkan protein, ia mesti diperoleh daripada diet. Dapatkan kesemua 9 asid amino perlu untuk membantu memuaskan rasa lapar anda juga.


Kekal terhidrat & bertenaga dengan Nutrilite PhytoPOWDER dan Minuman Tenaga XS

Penghidratan yang baik juga penting, jadi hidratkan diri dan kekal aktif dengan Nutrilite PhytoPOWDER. Serbuk minuman berperisa oren ini ialah minuman yang mengandungi elektrolit, vitamin dan fitonutrien. Ini juga mengandungi serat untuk membantu anda berasa kenyang dan merupakan pengganti yang baik untuk minuman yang mengandungi banyak gula kalori.

Sementara itu, Minuman Tenaga XS memberikan rangsangan tenaga yang berkuasa dengan letusan perisa yang lazat. Sebagai minuman pilihan untuk hari-hari aktif anda, ia mengandungi vitamin-vitamin B untuk menyokong gaya hidup dan membantu anda melalui sepanjang hari dengan mudah. Sudahkan kami beritahu bahawa minuman itu SIFAR gula = SIFAR kalori kosong?

Petua: Bagi umat Islam yang berpuasa, anda ingin cuti diet? Hanya pastikan anda mendapatkan setin Minuman Tenaga XS atau mengambil segelas PhytoPOWDER untuk dinikmati dengan sajian pasta yang padat dengan protein.

Sokong kesihatan usus anda dengan Nutrilite Mixed Fiber Powder

Nutrilite Mixed Fiber Powder

Sokong penurunan berat badan anda dengan menjaga kesihatan usus dengan Mixed Fiber Powder. Diperbuat daripada campuran tiga serat larut yang unik, ia melegakan sembelit dan menormalkan pembuangan air besar agar anda rasa selesa sepanjang hari.

Petua: Bagi umat Islam yang berpuasa, kita tahu tidak makan bererti usus akan terganggu dan seseorang itu mungkin terlepas pandang untuk mengambil makanan berserat. Serahkan kepada kami kerana anda hanya perlukan sepaket Mixed Fiber Powder. Rasa Tersekat? Gerakkan dengan Serat.


Nota peringatan: Puasa Berkala mungkin tidak sesuai untuk kumpulan orang berikut:

    • Wanita mengandung
    • Orang yang mempunyai sejarah gangguan makan
    • Orang yang mengalami tekanan kronik
    • Orang yang tidak tidur lena
    • Orang ang baru berdiet dan bersenam
    • Kanak-kanak dan remaja bawah 18 tahun.