Floating Icon
13 DEC 2020 GAYA HIDUP 2 MINIT BACA 1355 LIHAT 62 BERKONGSI

Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pemproses Makanan

Philips Avance Food Processor 3


Adakah Pemproses Makanan Berbaloi?

YA! Daripada menghabiskan masa menyediakan sajian anda dengan memotong bahan-bahan menggunakan tangan anda, pemproses makanan boleh menggantikan pengadun, pencincang tangan, pengisar dan memotong dadu sayur-sayuran dengan lebih pantas.

Memandangkan pemproses makanan begitu pantas dengan pembersihan yang mudah, tidak hairanlah ia menjadi keperluan untuk dapur restoran di seluruh dunia. Tetapi ini tidak bermakna hanya chef profesional mesti memilikinya. Ibu yang bekerja, bapa yang sentiasa sibuk dan malah nenek yang suka memanjakan cucunya dengan makanan pasti akan mendapat manfaat daripada peralatan dapur yang boleh dipercayai ini.

Perlukan halia yang dihiris halus untuk ikan kukus anda? Atau ubi kentang yang dipotong dadu dengan sempurna untuk lauk kari ayam yang enak? Mudahkan penyediaan makanan dengan penyelesaian serba guna bagi keperluan dapur anda. Berkenalanlah dengan Pemproses Makanan Avance Philips, kerana ia melakukan segala kerja penyediaan untuk anda – mudah dan tidak berkecah.

Making bread has never been easier 3

Selain hidangan yang lazat, buat sendiri roti, kek dan minuman anda – pilihan yang lebih sihat untuk keluarga. Dengan menggunakan cangkuk penguli logam yang inovatif, motor 1000W yang berkuasa dan butang automatik sekali sentuh untuk doh, membuat roti tidak pernah semudah ini.


Peralatan Dapur Pelbagai Fungsi

Miminise meal prep time with Philips 3

Apabila tiba masa untuk memutar, menguli, mencarik, mengisar dan mencincang bahan anda, anda boleh percayakan pemproses makanan ini untuk melaksanakan tugas dengan baik. Mempunyai pelbagai fungsi, ia didatangkan dengan cakera penghiris boleh laras, pemerah sitrus dan dua pemukul telur.

Mahu membuat biskut atau kek dengan banyak? Dua pemukul telur logam ini memutar putih telur anda sehingga 6 kali jumlah pemukul biasa. Lekapan cangkuk penguli logam direka untuk menggunakan daya yang betul pada campuran tepung dan air bagi menghasilkan doh yang diuli dengan sempurna.

Secara keseluruhannya, adakah anda yakin yang pemproses makanan ini hingga tidak perlukan sebarang penjelasan lagi?


Pemproses Makanan Avance Philips

Ringkasan Ciri-cirinya

  • Cangkuk penguli logam untuk doh dan adunan yang sempurna
  • Dua pemukul telur logam untuk krim dan putih telur
  • Pemerah sitrus dan cakera boleh laras disertakan
  • Mangkuk besar berkapasiti 3.4L dan balang pengisar 2.2L untuk seisi keluarga
  • Tiub suapan XL+ muat keseluruhan buah-buahan dan sayur-sayuran
  • Aksesori selamat dibasuh dengan pembasuh pinggan mangkuk
  • Waranti dua tahun