Pengisar Mini Philips, Bekas Minuman Mudah Bawa & Pencincang Serba Guna HR2603/01
Ciri-ciri
- Fungsi 3 dalam 1: Pengisar, Bekas Minuman Mudah Bawa & Pencincang Serba Guna
Bekas Minuman Mudah Bawa
Dengan gaya hidup yang sibuk, anda pasti suka betapa mudahnya anda boleh membuat dan membawa minuman sihat setiap hari. Kisar bahan-bahan di dalam Bekas Minuman kemudian bawa bersama anda.
Pencincang Serba Guna
Sediakan pelbagai makanan dengan Pencincang Serba Guna ini. Sesuai untuk mencincang sayur-sayuran seperti bawang, herba, kekacang dan daging tanpa tulang.
- Motor 350W: Mengisar dengan cepat dan mudah.
- Bilah 4 bintang: Mengisar bahan-bahan dengan halus.
- Tetapan dua kelajuan: Mengawal kelajuan dan kehalusan bahan-bahan yang anda kisar.
- Reka bentuk kompak: Menjimatkan ruang. Anda boleh meletakkannya di atas kaunter dapur dan mudah dicapai untuk kegunaan harian.
- Pembersihan yang cepat: Mudah dibersihkan dengan bilah 4 bintang boleh tanggal.
Resipi Jus Nanas & Kiwi yang Menyegarkan
Bahan-bahan
- 500g hirisan nanas
- 250g hirisan kiwi kuning
- 2 keping jeruk plum manis
- 200g ais
- 100ml air
Cara
- Masukkan semua bahan ke dalam Pengisar Mini Philips.
- Kisar halus dan tuangkan ke dalam gelas.
- Sedia untuk dihidangkan.