Sebelum kita pergi lebih mendalam, kami mengesyorkan anda supaya mendapatkan periuk tekanan ini bagi mereka yang masih belum memilikinya. Percayalah, memang berbaloi.
Periuk Tekanan Multifungsi Elektrik Noxxa ialah peranti kedap udara yang memasak makanan dengan pantas disebabkan tekanan stim yang terbentuk di dalamnya. Stim ini juga mengekalkan kelembapan makanan. Itulah sebabnya peranti ini sangat sesuai untuk membuat stew daging, kentang lecek malah kek keju.
Perkakas dapur serba guna, memasak secara perlahan, mengukus atau menggoreng kilas hidangan anda, semuanya menggunakan periuk yang sama. Periuk Tekanan yang dipertingkatkan ini juga mempunyai pilihan hidangan pratetap automatik yang menjadikan kerja memasak lebih mudah.
Paparan LED juga mempunyai butang yang menyala apabila makanan disimpan panas selama 12 jam. Pilih antara pilihan tekanan tinggi atau rendah untuk memasak hidangan anda menggunakan tekanan sehingga 4 jam di dalam periuk tidak melekat 8 liter.
Seperti mana-mana perkakas, menggunakan Periuk setiap hari lama-kelamaan akan menyebabkan kehausan dan kelusuhan. Penutupnya mungkin akan longgar atau bahagiannya mungkin rosak.
Daripada mengabaikannya, atasi masalahnya dari awal dan elakkan tekanan yang terbentuk akibat menggunakan Periuk dengan bahagian yang rosak atau longgar. Apa yang diperlukan hanyalah sedikit usaha dalam menyelenggara dan ini memastikan Periuk yang anda percayai kekal berguna dalam menyediakan hidangan untuk anda dan insan tersayang.
1. Kord/Soket Kuasa Rosak
2. Longgar/Berubah Warna/Mengeras/Koyak/Retak/Pecah/Tertanggal
3. Pengumpulan Makanan dalam Bahagiannya
Ingin servis Periuk Tekanan Noxxa anda? Kunjungi Kedai Amway terdekat atau hubungi 03-7946 2800 untuk maklumat lanjut.