Perdebatan tentang kesan kolesterol ke atas kesihatan kita masih berterusan dalam dunia perubatan moden dan sains makanan. Untuk mengurus tahap kolesterol, kita menjadi lebih berhati-hati terhadap makanan yang kita makan.
Kita menghadkan pengambilan daging proses, makanan bergoreng, kerang-kerangan dan makanan lain yang kaya dengan kolesterol, di samping mengutamakan alternatif yang lebih sihat seperti kekacang, sayur-sayuran, bijirin penuh dan buah-buahan.
Malahan, banyak artikel kesihatan, mesej WhatsApp dan siaran Facebook yang mengingatkan kita tentang kesan buruk kolesterol. Tetapi adakah kolesterol benar-benar layak mendapat kecaman sedemikian?
Memburuk-burukkan Kolesterol: Adakah ia benar-benar teruk?
Jawapannya sama seperti kebanyakan perkara dalam kehidupan, mungkin terletak di tengah-tengah.
Ambil gula, sebagai contoh. Ia memberikan glukosa kepada kita, bahan api utama otak dan sumber tenaga yang penting untuk badan. Walau bagaimanapun, pengambilan gula yang berlebihan boleh mengakibatkan masalah kesihatan.
Begitu juga kolesterol yang memainkan fungsi tertentu dalam badan kita. Kolesterol yang sihat seperti HDL adalah penting untuk fungsi badan. Manakala LDL dan trigliserida pula adalah ‘rakan sejawat’ yang berbahaya dan jika didapati berlebihan boleh mengakibatkan arteri tersumbat dan badan yang tidak sihat.
Oleh itu, kunci untuk mengurus kolesterol terletak pada keseimbangan dan kesederhanaan.
Bolehkah sistem penghadaman membantu mengawal tahap kolesterol?
Penyelidikan terbaharu dari Cornell University menunjukkan bahawa spesies bakteria usus tertentu membantu mengimbangkan tahap kolesterol diet dengan menukarkannya menjadi molekul yang dipanggil sulfat kolesterol. Sulfat kolesterol memainkan peranan dalam mengawal sel imun dan meningkatkan penghadaman.
Penyelidikan yang dijalankan oleh Harvard University turut mendedahkan kewujudan gen yang dipanggil Intestinal Steroid Metabolism A (IsmA) dalam bakteria. IsmA menukar kolesterol menjadi koprostanol iaitu bahan yang disingkirkan secara semula jadi daripada badan melalui pembuangan air besar.
Kajian ini menunjukkan prinsip yang sama – bukan sahaja diet anda perlu sihat, usus anda juga perlu sihat!
Adakah probiotik titik permulaan ke arah menangani kolesterol?
Kepentingan probiotik tidak boleh diperkatakan secara berlebih-lebihan memandangkan keupayaannya untuk memulihkan komposisi mikrobiom usus. Probiotik memperkenalkan fungsi manfaat kepada komuniti mikrob usus bagi membantu mencegah keradangan usus dan penyakit berkaitan.
Walaupun makanan ditapai seperti yogurt dan kimchi boleh menyediakan probiotik, namun ia mungkin lebih mudah untuk menyokong kesihatan usus melalui suplemen bagi kebanyakan daripada kita. Produk seperti Nutrilite Botanical Beverage Mix with Chicory Root Extract and Probiotics serta Nutrilite Mixed Fiber Powder adalah kaya dengan probiotik dan prebiotik yang secara khususnya menyokong kesihatan penghadaman dan menggalakkan pembuangan air besar yang positif.
Selain itu, walaupun probiotik dan bakteria usus sememangnya memainkan peranan yang penting dalam mengukuhkan sistem penghadaman seseorang, namun ia tetap memainkan peranan tambahan dan sokongan kepada ejen utama untuk menambah baik kesihatan usus seseorang – pemakanan bersih yang betul dan senaman yang kerap.
Tetapi tunggu!
Sungguhpun ini mungkin kelihatan seperti terlalu banyak maklumat, anda tidak perlu melalui perjalanan usus yang sihat bersendirian. Dapatkan semua alat yang anda perlukan untuk usus yang sihat – dan hasilnya badan yang lebih sihat – dengan program BodyKey baharu.
Dapatkan semua alat yang anda perlukan untuk usus yang sihat dengan Program Pengurusan Berat Badan Set Semula Usus BodyKey baharu. Program ini menembusi rintangan pengurusan berat badan anda dengan membantu anda mengeset semula dan mengimbangkan semula mekanisme semula jadi badan anda, membina tabiat positif dan menjalani kehidupan yang lebih sihat dan lebih ceria.
Berikut adalah perkara yang mungkin anda boleh perolehi daripada program tersebut:
Serlahkan berat badan anda yang sihat dengan Kit Permulaan (Edisi Baharu) dan Pek Permulaan (Edisi Baharu) BodyKey - kini dipertingkat dengan FOS Campuran dengan Tapai Anggur Nutrilite, prebiotik untuk anda yang 'langsing'! Penyelesaian BodyKey ini menyediakan alatan penting dan nutrien harian untuk menyokong perjalanan pengurusan berat badan anda yang sihat di setiap langkah.