Floating Icon
08 MAR 2022 PEMAKANAN & KESEJAHTERAAN 4 MINIT BACA 2790 LIHAT 153 BERKONGSI

Rangsang Kesihatan Perut Anda dengan Nutrilite

Adakah anda bergelut dengan refluks asid? Ketakcernaan menghalang anda bersantai selepas makan? Nampaknya kesihatan perut anda telah terjejas.

Banyak faktor menyumbang kepada perut sensitif, termasuk genetik, waktu makan yang tidak teratur, makanan pedas yang berlebihan dan snek yang tidak sihat. Sebelum menyelami cara untuk menambah baik kesihatan perut anda, adalah penting untuk memahami bahagian-bahagian perut anda.

Learn about your stomach (BM).jpg

Nanti dulu, sesetengah daripada anda mungkin juga keliru atau tertanya-tanya – bukankah perut dan usus adalah bahagian yang sama? Sebenarnya tidak. Untuk memastikannya ringkas dan mudah difahami, berikut ialah beberapa fakta yang perlu diingat:

Perut

Usus

Fungsi utama

Untuk mencerna makanan dan menyerap nutrien

Untuk menyerap nutrien dan air daripada makanan

Struktur

Berbentuk J dengan rongga yang besar

Organ terpanjang dalam tubuh, tidak lebar

Komponen struktur utama

5 bahagian yang merangkumi kardia (bahagian atas) dan korpus (bahagian terbesar) serta lapisan perut, iaitu mukosa

Usus besar dan kecil

Oleh itu, jika melibatkan perut anda, lapisan perut memainkan peranan penting dalam kesihatan pencernaan dan penyerapan nutrien yang sempurna, terutamanya lapisan mukosa. Ini kerana lapisan ini bertanggungjawab untuk merembeskan jus pencerna yang memecahkan makanan anda. Jus pencerna ini dikenali sebagai asid hidroklorik dan pepsin.

Acid reflux, bloating, stomach pain can be avoided.jpg

Apabila lapisan mukosa anda rosak atau terjejas, ia boleh menyebabkan:

  • Refluks asid
  • Kembung
  • Ketakcernaan
  • Sakit gastrik

Seperti yang dinyatakan, kerosakan ini boleh disebabkan oleh tabiat pemakanan yang tidak sihat, waktu makan yang tidak teratur dan juga tekanan. Makan terlalu cepat juga boleh memainkan peranan kerana ia menyebabkan terlalu banyak udara terkumpul di dalam perut, yang menyebabkan ketidakselesaan.


Ditambah baik oleh Kearifan Herba

Banyak bahan herba tradisional telah terbukti menyokong kesihatan perut, seperti buah jujube Cina.

Jujube and ginger are famous traditional ingredients for good health.jpg

Buah jujube telah digunakan dalam perubatan tradisional Cina selama beribu-ribu tahun. Ia masih kerap digunakan pada hari ini dalam banyak sajian Cina kerana ia diketahui tinggi vitamin, mineral dan rendah kalori. Jujube Cina juga tinggi serat, yang melegakan sembelit dan meningkatkan rasa kenyang.

Halia telah lama menjadi penawar untuk pelbagai penyakit. Sebatian utamanya dikenali sebagai gingerol, yang merupakan antiradang dan antioksidan yang berkuasa. Halia mengurangkan keradangan pada lapisan perut di samping mengurangkan loya, kembung dan ketakcernaan.

Mengurangkan keradangan lapisan perut ialah langkah utama untuk menambah baik kesihatan perut. Kita memerlukan lebih daripada sekadar probiotik untuk mengimbangi flora usus, walaupun ia sememangnya berkesan.


Disempurnakan oleh Sains

Wheat peptide and kelp extracts were perfected by science.jpg

Bahan-bahan botani tambahan seperti peptida gandum dan ekstrak kelp (mengandungi fucoidan) bagus untuk melindungi lapisan dalam perut, menyalutinya dengan lapisan enzim sihat yang mengurangkan keradangan dan merangsang pencernaan.


Nutrisi Herba Moden dengan Nutrilite

Nutrilite Botanical Beverage Apple, Jujube & Wheat Peptide.jpg

Sayangi perut anda dengan satu pek batang mudah bawa yang ringkas! Dapatkan yang terbaik daripada kearifan herba dan sains moden dengan Minuman Botani Epal, Jujube & Peptida Gandum Nutrilite! Menggabungkan manfaat hebat daripada bahan-bahan herba yang telah diuji masa dengan keajaiban teknologi moden, kami telah mencipta suplemen berkualiti tinggi untuk menyokong kesihatan perut anda.

Setiap cecair dalam pek batang koyak mudah bawa dibuat tanpa perisa tiruan, pewarna atau pengawet serta mesra vegetarian. Bahan-bahan herba dan botani yang berkualiti tinggi diproses dengan teknologi terpaten, yang memastikan anda mendapat jumlah nutrien yang optimum.

BONUS: Ambil Nutrilite Botanical Beverage Mix Chicory Root Extract with Probiotics untuk mengisi usus anda dengan bakteria baik dan menggalakkan persekitaran usus yang sihat.