Floating Icon
28 MAR 2022 PEMAKANAN & KESEJAHTERAAN 4 MINIT BACA 593 LIHAT 39 BERKONGSI

5 Tip Kekal Fokus dan Bertenaga Sepanjang Ramadan

Walaupun berpuasa, pastikan kita sentiasa bertenaga dan kekal fokus dalam bekerja mahupun ketika menjalankan aktiviti seharian. Puasa bukan alasan untuk berasa letih dan lesu sepanjang hari.

Pengambilan makanan yang sesuai sewaktu bersahur dan berbuka puasa sepanjang Ramadan memainkan peranan yang penting dalam memberikan tenaga berkekalan yang diperlukan sepanjang kita berpuasa.

Antara tips untuk kekal fokus dan bertenaga sepanjang Radaman yang disarankan ialah:


Pentingnya protein untuk kurangkan rasa lapar

Reduce hunger with Nutrilite Soy Protein Drink.jpg

Pengambilan protein sewaktu bersahur boleh membantu mengurangkan rasa lapar ketika berpuasa. Sekiranya anda tiada masa untuk menyediakan sajian protein seperti ayam atau daging, anda boleh mengamalkan pengambilan minuman protein yang lengkap seperti minuman protein soya yang lebih mudah disediakan. Anda hanya perlu bancuh dengan air suam atau air sejuk, kocak dan sedia untuk diminum. Mudah bukan?


    Sayur-sayuran dan buah-buahan bantu elak sembelit dan memberi tenaga

    Get your fruits and vegetables from the Nutrilite Concentrated Fruits and Vegetables.jpg

    Sayur-sayuran dan buah-buahan adalah sangat penting dalam diet kita. Ia membantu penghadaman dan juga melawaskan buang air besar. Hasilnya, badan anda akan sentiasa berasa segar tanpa rasa sebu akibat masalah penghadaman. Jikalau pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan tidak mencukupi dalam diet seharian terutama di bulan Ramadan, anda akan mudah mendapat sembelit, rasa sebu, badan selalu letih dan akhirnya boleh menjejaskan aktiviti seharian anda. Anda tidak suka makan sayur-sayuran atau buah-buahan? Dapatkan kedua-duanya dalam bentuk suplemen.


    Vitamin C sangat penting untuk kita

    Strengthen immunity with Nutrilite Bio C Plus All Day Formula.jpg

    Selain membantu mengelakkan penyakit seperti selesema, Vitamin C membantu menggalakkan tulang, gigi dan gusi yang sihat. Ia juga membantu menghasilkan kulit yang cantik dan bebas cela sekiranya mengambilnya dalam jangka masa panjang. Dalam bulan puasa, semua orang menginginkan badan yang segar. Salah satu cara untuk mengekalkan tenaga adalah dengan mengambil Vitamin C! Cuba ambil Vitamin C dalam bentuk tablet atau serbuk begitu mudah dibawa ke mana-mana dan makan mengikut sukatan yang disarankan. 


    Pembakaran lemak dan karbohidrat untuk tenaga yang berpanjangan

    Gain energy with Nutrilite Natural B Complex.jpg

    Vitamin B membantu pembakaran lemak dan karbohidrat bagi membekalkan tenaga untuk kita dalam menjalankan aktiviti seharian, lebih-lebih lagi pada bulan puasa ini. Selain itu, ia juga dapat membantu kita menurunkan atau mengekalkan berat badan. Jadi, tidak perlu risau jika makan terlalu banyak ketika waktu berbuka puasa dan juga raya. 


    Panduan mudah ketika bersahur dan berbuka puasa

      Drink plenty of water.jpg

      Setiap kali bersahur dan berbuka puasa di bulan Radaman, pastikan anda minum air masak yang banyak. Elakkan minuman manis dan berkafein sewaktu bersahur mahupun ketika berbuka kerana ia boleh menyebabkan anda cepat rasa dahaga. Ini boleh menyebabkan anda rasa lesu dan tidak bermaya ketika berpuasa. Jadi, pastikan anda minum air masak secukupnya masa bersahur dan ketika berbuka puasa. Kurang minum air masak atau air putih boleh menyebabkan anda ternyahhidrat. Akibatnya anda akan jadi letih dan lesu. Bagaimana hendak fokus kalau badan rasa letih? Selain itu, anda juga disarankan untuk berbuka dengan buah kurma kerana ia boleh membantu memberikan tenaga setelah seharian berpuasa.


      Panduan ini bukan sahaja untuk orang dewasa, kanak-kanak dan remaja juga boleh mengamalkan tip yang diberikan bagi memastikan mereka juga kekal fokus dan bertenaga sepanjang Ramadan. Barulah mudah untuk mereka belajar, beriadah dan beribadah.

      Tidak kiralah belajar atau bekerja, berpuasa bukanlah alasan untuk kita bermalas-malas, berasa lemah dan lesu. Semak pola pemakanan kita ketika berbuka puasa dan bersahur untuk membantu tubuh badan kita kekal cergas dan fokus sepanjang hari.

      Anda boleh mendapatkan suplemen yang diperlukan secara dalam talian di www.amway.my atau hubungi ABO kami untuk khidmat nasihat dan bantuan.