Covid-19 telah menyelubungi kehidupan harian kita sejak 2019 dan kita semua memahami keperluan untuk memastikan kesihatan kita beradalam keadaan yang terbaik.
Sistem imun yang sihat mewujudkan perisai yang menghalang jangkitan daripada memasuki badan kita – dan jika ada yang terlepas. Sistem imun yang kuat adalah barisan pertahanan pertama terhadap bakteria, virus berbahaya dan serangan penyakit lain.
Walau bagaimanapun, jika sistem imun anda lemah, anda boleh mendapat jangkitan dan penyakit dengan lebih mudah dan gejalanya lebih teruk. Malahan, selesema, batuk dan jangkitan yang kerap adalah amaran yang menunjukkan sistem imun lemah dan kesihatan pernafasan yang kurang baik. Secara ringkasnya, ini adalah petunjuk bahawa anda tidak menjaga kesihatan anda dengan suplemen antiradang.
Ia bukan sahaja menyebabkan badan terasa sangat lesu, badan juga menghadapi masa yang sukar untuk memulihkan diri sendiri kerana proses penyembuhan juga bergantung pada sel imun yang sihat.
Itulah sebabnya mempunyai sistem imun yang sihat dan kuat bagi meningkatkan ketahanan semula jadi badan anda tidak boleh diambil ringan. Mujurlah di Nutrilite, kami mempunyai yang terbaik dari alam dan terbaik dari sains yang berganding bahu untuk melancarkan Nutrilite Botanical Beverage Mix Acerola with Licorice and Turmeric.
Mengandungi kunyit, likuoris dan ceri aserola, minuman nutrisi ‘Timur Bertemu Barat. Tradisional Bertemu Moden.’ ini terdiri daripada bahan-bahan semula jadi dan tradisional dari timur digandingkan dengan bahan-bahan botani dari barat dan disempurnakan oleh teknologi yang boleh merangsang sistem imun anda.
1. Bahan Pertama Dalam Senarai - Kunyit
Sebagai salah satu herba semula jadi yang paling banyak dikaji, kunyit mempunyai pelbagai sifat bermanfaat yang membanggakan bagi menggalakkan kesihatan dan kesejahteraan kita. Bahan aktif kunyit yang dipanggil kurkumin telah digunakan secara meluas untuk merawat gejala selesema seperti bersin, gatal, hidung berair dan tersumbat. Ia mempunyai sifat antibakteria dan antioksidan yang kuat, malah diketahui kerana telah digunakan secara topikal dalam krim antiseptik. Itulah sebabnya kunyit dikenali sebagai “herba emas ajaib”.
2. Likuoris, Satu Lagi Keajaiban Herba
Herba ini digunakan dengan meluas dalam beberapa perubatan tradisional dan mempunyai reputasi sebagai ubat sakit tekak yang klasik. Likuoris adalah antioksidan yang kuat dan membantu penghadaman yang boleh mengurangkan pedih ulu hati, sakit perut dan keasidan. Akar likuoris mengandungi sebatian yang dipanggil glisirizin yang hebat membantu dalam melegakan selesema. Ia juga melindungi membran mukus dalam saluran pernafasan bahagian atas dan melegakan tekak dan sinus dengan membantu mengimbangkan lembapan dan mukus lalu memastikan saluran udara kekal selesa.
3. Ceri Aserola, Botani yang Kaya Dengan Vitamin C
Vitamin C adalah penting untuk kebanyakan fungsi penting badan yang membantu kesihatan pernafasan dan penghadaman. Vitamin C juga adalah perangsang yang kuat untuk sistem imun kerana ia membantu memulihkan badan dengan lebih cepat setelah terdedah kepada jangkitan. Memanfaatkan semua kebaikan tersebut adalah ceri aserola, bahan botani yang merupakan antioksidan yang berkuasa dan sangat kaya dengan Vitamin C – malah mengalahkan buah-buahan lain yang terkenal dengan kandungan Vitamin C-nya!
Menyatukan bahan-bahan tradisional dengan amalan moden adalah perkara yang dapat dilakukan dengan terbaik oleh Nutrilite. Trio hebat kunyit, likuoris dan ceri aserola Nutrilite Botanical Beverage Mix diekstrak dengan teliti di bawah pemantauan yang ketat, bersih, cermat dengan teknologi farmaseutikal terkini bagi memberikan anda perangsang kesihatan lengkap yang membantu anda kekal sihat dan bersemangat dari dalam.
Berminat untuk mengetahui lebih lanjut? Baca ini http://amwayapps.amway2u.com/Nutrilite/Triplebooster/ yang juga mengandungi suplemen Nutrilite lain yang boleh melindungi anda dan orang tersayang!
Jadi, mengapa tunggu lagi? Dapatkan yang terbaik untuk anda dan keluarga hari ini! Dapatkan pek Nutrilite Botanical Beverage Mix Acerola with Licorice and Turmeric anda.
Tonton video berkenaan produk di sini.