Floating Icon
07 MAR 2022 ACARA 2 MINIT BACA 208 LIHAT 0 BERKONGSI

Kami Memecahkan Rekod Dalam Malaysia Book of Records

ANDA MENANG! KAMI MEMECAHKAN REKOD!

Tahniah kepada semua 4,000 pelari Larian Nutrilite ActivPower 2021! Anda bukan sahaja menamatkan larian tetapi juga menyumbang dan memecahkan rekod dalam Malaysia Book of Records untuk jarak terjauh yang diliputi dalam larian maya (250,000km) kerana secara kolektif kita mencapai 337,834.65km!


We broke the Malaysia Book of Records for the longest distance covered in a virtual run.jpg

Kami sangat bangga dengan anda dan pasukan anda kerana mencapai kejayaan ini bersama-sama. Terima kasih! Kami harap anda seronok berlari bersama-sama rakan, keluarga dan yang lebih penting lagi untuk kesihatan yang baik.


Nutrilite ActivPower Run 2021 medals and eCertificates.jpg

Ganjaran untuk larian ini bukan sekadar pingat dan e-Sijil untuk setiap peserta tetapi anda juga lebih baik dan lebih sihat!


Larian Maya Pertama oleh Nutrilite

We hope you enjoyed running with your friends, family and more importantly for good health.jpg

Ini larian pertama kami yang juga merupakan acara maya, dan kami harus katakan yang ia satu kejayaan yang memberangsangkan! Kami mahu anda berjalan, berlari atau melompat dan akhirnya berpeluh – dan anda telah melakukannya.

Pendaftaran dibuka kepada semua Pemilik Perniagaan Amway, Pelanggan Istimewa Amway dan kakitangan Amway Malaysia mulai 1 Dis 2021 dan berakhir pada 24 Dis 2021. Dua kategori ditawarkan: Individu atau Keluarga (4 orang) dengan sedikit yuran pendaftaran.


Exclusively designed Nutrilite ActivPower Run 2021 t-shirt.jpg

Kami juga menghasilkan kemeja-T Larian Nutrilite ActivPower 2021 yang direka secara eksklusif dan membangunkan aplikasi Nutrilite Active yang sedia untuk dimuat turun secara percuma melalui Apple iOS dan juga Android.

Keistimewaan larian ini? Anda boleh berlari pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja kerana semuanya bersifat maya. Ketika pelari memulakan larian dari 15 Dis 2021 hingga 14 Jan 2022, matlamatnya adalah untuk mencecah 150km (kategori individu) dan 600km (kategori keluarga, jarak boleh dikumpul antara rakan sepasukan).


Nutrilite ActivPower Run 2021 Instagram filter.jpg

Sepanjang tempoh larian, pelari diberikan tiga sasaran. Apabila mereka mencapai satu sasaran, mereka diberikan 1x ‘filter’ Instagram Nutrilite yang bergaya supaya mereka boleh berkongsi kemajuan larian mereka dan memotivasikan orang lain di media sosial menggunakan tanda pagar berikut: #NutriliteActivPowerRun2021 #MalaysiaBookOfRecords #NutriliteMY.

Sehingga kita bertemu lagi untuk acara larian yang lain, kami harap anda kekal sihat dan kekal selamat!