Floating Icon
08 AUG 2022 ACARA 2 MINIT BACA 314 LIHAT 0 BERKONGSI

Acara Kesihatan Wanita Dari Dalam

Pakar Pemakanan Kanan Sharmini Devi serta jurulatih Lee Chih Ying dan Sue Choo mengendalikan bengkel ‘Kesihatan Wanita Dari Dalam’ baru-baru ini yang menyedarkan peminat kesejahteraan tentang kepentingan probiotik, terutamanya untuk wanita.



Acara maya ini dimulakan dengan pengenalan oleh jurulatih, apabila mereka meneroka pelbagai peringkat kehidupan penting yang dialami wanita dan nilai pemakanan yang betul pada setiap peringkat. Penonton kemudiannya digesa untuk melakukan pemeriksaan kesihatan vagina sendiri dengan memerhatikan mana-mana simptom ketidakselesaan berikut:

    • Bau busuk
    • Kegatalan
    • Rasa pedih
    • Lelehan yang tidak normal


Turut serta berkongsi kepakaran ialah Dr Kristin Morris, Saintis Penyelidikan Utama & Penyiasatan Klinikal, Penyelidikan & Pembangunan Amway, yang menyasarkan untuk membantu ABO menjaga usus dan vagina dengan pintar. Dr Morris membawa penonton menelusuri kepentingan mikrobiom usus yang sihat dan pelbagai, terutamanya bagi wanita dan kesihatan vagina mereka.

Menurut penyelidikan, nilai pasaran probiotik global mencecah $58 bilion pada 2020 dan diramalkan mencecah $86 bilion menjelang 2025. Sebahagian daripada pertumbuhan eksponen ini adalah kerana pengguna semakin menyedari manfaat probiotik dan kesihatan pencernaan.

Berikut ialah beberapa fakta penting yang perlu diketahui oleh setiap wanita:



Semua wanita memerlukan strain bakteria yang sama untuk kesejahteraan mereka

Benar. Wanita memerlukan strain bakteria tertentu untuk mengekalkan kesihatan usus dan vagina yang optimum, termasuk:

  • Lactobacillus rhamnosus HN001
  • Lactobacillus acidophilus LA14
  • Lactobacillus acidophilus NCFM

Dua strain pertama membantu menyeimbangkan tahap pH dan mencegah pertumbuhan berlebihan bakteria di dalam vagina. Ini menghalang vaginosis bakteria, iaitu jangkitan vagina yang paling biasa dialami wanita yang berpotensi melahirkan anak.

Satu kemestian untuk wanita di mana-mana jua, Nutrilite Cranberry Fruit Drink Base with Probiotic, Inulin & FOS mengandungi dua strain ini serta Lactobacillus acidophilus NCFM. Penyelidikan oleh saintis Nutrilite telah membuktikan keberkesanannya; dengan 10 bilion CFU dalam setiap pek batang, pengambilan strain yang terdapat dalam minuman ini secara oral membawa kepada pengkolonian sementara dari minggu kedua pengambilan.

Ini bermakna penormalan mikrobiom vagina berlaku dari hari ke-14 dan menambah baik simptom seperti kegatalan dan lelehan vagina. Ia juga menyokong tindak balas imun yang sihat dan rasanya sangat lazat!

Bolehkah lelaki mengambil produk ini?

Ya, boleh. Tiada salahnya mereka mengambil produk ini walaupun ia dihasilkan khusus untuk memenuhi keperluan wanita dan kesejahteraan mereka. Ia suplemen probiotik yang menyokong pertahanan badan dan kesihatan usus.

Selain itu, lelaki juga boleh mengambil Nutrilite Botanical Beverage Mix Chicory Root Extract with Probiotics untuk semua manfaat yang ditawarkan oleh probiotik. Nutrilite Botanical Beverage Mix Chicory Root Extract with Probiotics ialah probiotik asas untuk menyokong usus dan keimunan. Ia menampilkan 5 strain probiotik dan 6.3 bilion CFU, serta akar cikori, prebiotik yang membantu pencernaan dan penyerapan nutrien.

Malah, Nutrilite Botanical Beverage Mix Chicory Root Extract with Probiotics sangat baik untuk masyarakat semua peringkat umur dan jantina, dari kanak-kanak seawal 4 tahun sehingga warga emas.

Berikut ialah beberapa suplemen probiotik Nutrilite yang lain:



Juga disyorkan untuk wanita ialah dua produk baharu: Minuman Botani Beri, Ekstrak Bunga Mawar & Ekstrak Biji AnggurROSYSHINE Vital Treasures dan Minuman Botani Dengan Ekstrak Buah Raspberi, Kurma Merah & Ekstrak Delima PINK BLOOM Vital Treasures.



Sangat baik untuk memulihkan kulit yang kusam dan kasar, Minuman Botani Beri, Ekstrak Bunga Mawar & Ekstrak Biji Anggur ROSYSHINE Vital Treasures dirumus dengan 7 jenis pati beri (strawberi, chokeberry, beri hitam, elderberry, anggur hitam, acai berry dan beri biru) untuk kulit yang lebih cerah dan berseri.



Ekstrak Bunga Mawar terpaten Jepun menambah baik keanjalan kulit dan mengurangkan pigmentasi kulit gelap, manakala Ekstrak Biji Anggur dengan 95% OPC (oligomeric proanthocyanidin) melawan radikal bebas dan mencerahkan pigmentasi kulit. Kaya dengan Vitamin A, C dan E, ia merangsang pengeluaran kolagen untuk keanjalan kulit yang lebih baik.

Sementara itu, Minuman Botani Dengan Ekstrak Buah Raspberi, Kurma Merah & Ekstrak Delima PINK BLOOM Vital Treasures mengandungi Ekstrak Delima berpaten AS dan 23 herba berbeza khusus untuk melengkapkan keperluan nutrisi harian wanita. Sesuai untuk wanita daripada semua peringkat umur, ia boleh memberikan manfaat kepada mereka yang mengalami sindrom prahaid, ibu yang baru melahirkan anak dan wanita matang yang mengalami menopaus. Ia penuh dengan antioksidan dan meningkatkan vitaliti – sesuai untuk mereka yang ingin mengekalkan kesihatan pada sebarang umur.

Beli rangkaian ini di Amway.my

Rujukan:

  1. Mordor Intelligence: Global Probiotic Industry Report 2020​
  2. HFI 2020 International Trend Report, Statista, International Journal of Health Sciences, WHO
  3. De Alberti D, et al.  Lactobacilli vaginal colonization after oral consumption of Respecta® complex:  a randomized controlled pilot study.  Arch Gynecol Obstet.  2015; 292: 861-867
  4. Russo R, et al.  Evidence-based mixture containing Lactobacillus strains and lactoferrin to prevent recurrent bacterial vaginosis:  a double blind, placebo controlled, randomized trial.  Benef Microbes.  2019; 10: 19-26.
  5. Russo R, et al.  Study on the effects of an oral lactobacilli and lactoferrin complex in women with intermediate vaginal microbiota.  Arch Gynecol Obes. 2018.
  6. Russo R, et al.  Randomized clinical trial in women with recurrent vulvovaginal candidiasis:  efficacy of probiotics and lactoferrin as maintenance treatment.  Mycoses. 2019.​