Floating Icon
15 MAY 2023 ACARA 2 MINIT BACA 240 LIHAT 0 BERKONGSI

ARTISTRY STUDIO SKIN Dilancarkan Secara Rasmi bersama Karnival Studio Remaja

Serikan! Miliki Kulit Sedia Swafoto! #IAmGenGlow

Pada 5 Mac 2023 yang lalu, lebih 2,000 Pemimpin dan ABO berkumpul di Plaza Arkadia di Kuala Lumpur untuk meraikan pelancaran ARTISTRY STUDIOTM SKIN, Karnival Studio Remaja yang merupakan acara kecantikan utama ARTISTRY yang pertama pada tahun ini. Hari itu dipenuhi dengan acara karnival, sesi Intan yang eksklusif dan program pentas untuk memeriahkan lagi pelancaran rangkaian penjagaan kulit yang telah lama ditunggu-tunggu ini

ARTISTRY STUDIOTM SKIN ialah rangkaian produk penjagaan kulit serba baharu yang terdiri daripada 7 produk yang dirumus khas untuk kulit muda. Bagi remaja, rutin penjagaan kulit adakalanya boleh menjadi sangat membebankan. Di ARTISTRY, kami ingin menjadikan pengalaman itu menyeronokkan dengan pembungkusan yang ceria lagi bertenaga dan bau yang menyegarkan agar golongan remaja teruja dengan penjagaan kulit!

Teruskan membaca untuk lebih banyak foto (termasuk syot dron) dan video menarik!

Salah satu acara paling menarik pada hari itu ialah Kedai Pop-Up ARTISTRY yang pertama, di mana para hadirin boleh membeli produk ARTISTRY STUDIOTM SKIN dan menerima GWP Rantai Kunci Beruang atau Pemegang Telefon Pintar ARTISTRY yang eksklusif. Terdapat juga Pas Keseronokan yang disediakan untuk mereka yang hadir, yang termasuk pemanis mulut seperti gula-gula kapas, bertih jagung dan Minuman Tenaga XS. Bertih jagung dan Minuman Tenaga XS diberikan melalui tingkap van Kombi berjenama ARTISTRY yang comel.

Tiada karnival yang lengkap tanpa badut belon dan tidak hairanlah Stesen Belon ARTISTRY penuh sesak dengan remaja yang ingin mendapatkan belon berjenama ARTISTRY dan haiwan belon. Selaras dengan pasaran sasaran (Gen Z) dan untuk memanfaatkan kuasa Kandungan Dijana Pengguna (UGC), acara itu menyediakan sudut TikTok (untuk TikToker) dan beberapa gerai foto (untuk Instagrammer mengambil gambar yang menyeronokkan).

Apabila matahari terbenam, rangkaian ARTISTRY STUDIOTM SKIN menerangi pentas dengan lampu neon yang terang dan hos acara, Lanny dari HITZ Sarawak pula memulakan program pentas. Orang ramai seterusnya dihiburkan dengan pelancaran pertama Video Muzik Rasmi I Am Gen Glow.

Acara dimulakan dengan ucapan pembukaan yang berkobar-kobar oleh Pengarah Urusan Amway Malaysia, Singapura dan Brunei, Mike Duong yang mengingatkan para ABO sekali lagi bahawa perniagaan Amway semakin kukuh dan akan terus berkembang dengan ARTISTRY STUDIOTM SKIN kerana rangkaian ini menyasarkan demografi baharu yang akan membantu ABO kami mengembangkan lagi perniagaan mereka.

Selesai ucapan, video testimonial daripada tujuh ahli panel remaja dipertontonkan. Mereka ini kemudiannya dijemput ke atas pentas untuk sesi Soal Jawab. Ketua Pemasaran dan Komunikasi, Joanne Chong menyampaikan ucapan tentang rangkaian baharu ini berserta gambaran ringkas mengenai pelancaran produk yang akan datang, ARTISTRY SKIN NUTRITION Multi-Defense UV Protect SPF50+ / PA++++.

Pentas itu kemudian diterangi lampu neon berwarna-warni dan diikuti dengan letusan konfeti yang menandakan pelancaran acara itu. Pencipta kandungan remaja popular, Nyokki dan Alyssa kemudiannya menyerikan pentas Karnival Studio Remaja dan menari mengikut lagu tema I Am Gen Glow. Peminat juga berpeluang menyertai sesi ramah mesra dengan pencipta kandungan tersebut. Untuk mengakhiri malam itu, DJ tempatan popular Ashley mengambil alih pentas dan memainkan lagu-lagu remix yang popular dan viral sambil para hadirin ligat menari mengikut rentak.

Acara itu memperlihatkan ciri unik rangkaian dan peluang menarik yang dibawanya untuk ABO mengembangkan lagi perniagaan mereka. Ketahui lebih lanjut mengenai rangkaian ARTISTRY STUDIOTM SKIN dengan melayari https://www.amway.my/artistrystudioskin