Floating Icon
06 NOV 2020 BERITA & INSPIRASI 2 MINIT BACA 249 LIHAT 0 BERKONGSI

Kebangkitan Perdagangan Sosial (Bahagian 2)

Adakah kita sudah bersedia untuk perdagangan sosial? Adakah kita sedar sejauh mana media sosial mempengaruhi cara perniagaan dijalankan?

Mr. Gan Chee Eng, Presiden Serantau Amway Asia dan Pengerusi Amway China, berkongsi pendapatnya tentang sebab ABO perlu mula mengambil serius media sosial dan menjadikannya bahagian penting dalam perniagaan seharian mereka.

Ini adalah Bahagian 2 daripada 2 bahagian artikel tentang perdagangan sosial.


Melayari dunia media sosial boleh menjadikan pemula kebingungan. Jadi, di manakah ABO harus bermula?

Sebaik sahaja seseorang memutuskan untuk membina perniagaan Amway, dia ingin berjaya dengan cepat dan mula menjana wang sejak hari pertama. Jadi, apakah yang perlu dilakukannya? Tentulah menjual produk kepada pelanggan. Tetapi kita mahu mereka mula menggunakan dan menyukai produk Amway dahulu.

Apabila mereka menyukai produk kita, mereka boleh berkongsi maklumat tentang produk tersebut dengan rakan mereka di media sosial. Apabila dilakukan dengan betul, ia akan membantu mereka menjangkau pelanggan baru, malah rakan niaga yang berpotensi, seterusnya memulakan perniagaan Amway mereka.

Oleh itu, Amway perlu mewujudkan perdagangan sosial dari dalam talian ke luar talian yang akan menjadikan 10 kali lebih mudah untuk ABO baru memperoleh, mengekalkan dan membina komuniti pelanggan dengan cara yang mereka suka dan membantu membina perniagaan yang berjaya.

Apabila ABO baru mula melihat keuntungan daripada perniagaan mereka serta mempunyai keyakinan dan minat untuk meneruskannya, kita boleh memperkenalkan mereka kepada komuniti luar talian yang telah kukuh untuk mengajar mereka nilai-nilai kita dan laluan mencapai pertumbuhan.

Generasi muda membesar dengan perdagangan sosial yang mereka gunakan sebagai alat. Oleh itu, sudah tentulah mereka mahir dengannya dan menerimanya sepenuh hati.


Bagaimanakah ABO mengenal pasti khalayak mereka di media sosial?

Pada masa lalu, ABO perlu mengenal pasti sendiri khalayak sasaran mereka. Kini, dengan lebih ramai pelanggan dan prospek beralih dalam talian, teknologi data besar Amway boleh membantu ABO mengambil tindakan dengan tepat dari memperoleh, mengekalkan dan memupuk.

Those_who_successfully_builds_a_personal_IP_on_social_media_will_enjoy_large_public_following.jpg

Hari ini, seseorang yang berjaya membina Harta Intelek (IP) peribadi di media sosial akan memiliki ramai pengikut (atau trafik awam). Pada masa depan, Amway boleh membantu ABO menyalurkan pengikut ini ke akaun mereka di platform perdagangan sosial Amway dengan mengubah trafik awam menjadi trafik peribadi mereka.

Dengan bantuan data besar, kita boleh memanfaatkan nilai trafik peribadi. Data besar boleh menunjukkan sejarah pelayaran pengguna, apa yang mereka klik, malah ketika mereka perlu membeli lagi. Amway boleh menyediakan semua maklumat ini kepada ABO supaya mereka boleh membuat susulan kepada pelanggan dengan lebih tepat. ABO akan mempunyai akses kepada lebih banyak pelanggan yang telah menunjukkan yang mereka bersedia untuk membeli. Kami telah menggunakan teknologi ini di Amway China yang meningkatkan kadar pesanan sebanyak 54%.

Apabila saiz data kita cukup besar, kita juga boleh membantu Pemimpin mencari bakat yang telah menunjukkan minat dalam perniagaan ini dan menyediakan maklumat mendalam yang berharga kepada Pemimpin kita. Pemimpin boleh mendekati mereka pada masa yang tepat dengan kandungan yang tepat.

Pada masa depan, sistem ini boleh membantu mengenal pasti bidang yang harus diberi fokus agar ABO mempunyai lebih banyak masa dan tenaga untuk menguruskan komuniti mereka, membina hubungan emosi dengan lebih ramai orang dan memupuk bakat baru.


Bagaimanakah ABO memilih alat atau platform media sosial yang tepat untuk menjangkau khalayak mereka?

Tiada alat atau platform media sosial yang betul atau salah. Platform media sosial yang paling popular sekalipun sangat berbeza mengikut tahap penggunaan di negara dan demografi yang berbeza.

When_targeting_specific_audiences_it_is_important_to_understand_the_users_preferences.jpg

Apabila menyasarkan khalayak tertentu, sangat penting untuk memahami ciri-ciri dan kesukaan pengguna dan menggunakan pengetahuan itu untuk menghasilkan kandungan yang relevan, menarik dan sesuai dengan pengguna platform itu.

Contohnya, aplikasi TikTok adalah tentang muzik dan menghasilkan video pendek yang menarik sementara Instagram ialah tempat pengguna berkongsi gambar. Terdapat juga platform khusus untuk ‘Key Opinion Consumers’ (KOC) atau malah ‘Key Opinion Leaders’ (KOL) untuk berkongsi ulasan dan saranan mereka. Ini sangat bergantung pada objektif seseorang.


Apakah perangkap yang harus diawasi oleh ABO?

Membina jenama peribadi yang kuat dan berpengaruh tidak memerlukan seseorang itu mempunyai penampilan yang cantik ataupun mempamerkan kekayaannya. Ia tentang keupayaan seseorang itu untuk membantu dan memenuhi keperluan orang lain.

Visi Amway adalah “Membantu insan menjalani kehidupan yang lebih baik”. Tunjukkan bagaimana kita boleh menjalani gaya hidup sihat melalui pemakanan dan senaman yang betul, tip penjagaan kulit dan kecantikan, memasak dan aktiviti lain. Ini pendekatan yang baik untuk membantu ABO membina jenama peribadi mereka di media sosial. Lagipun, inilah yang disukai dan dicari orang pada hari ini.


Bolehkah anda kongsikan dengan kami kempen yang sangat berjaya di media sosial dan boleh dipelajari oleh ABO?

Amway China telah menerajui penerokaan perdagangan sosial dalam kalangan syarikat gabungan Amway. Pada September 2018, Amway China melancarkan Earn Easy Early (3E), iaitu platform perdagangan sosial untuk membantu ABO, terutamanya ABO baru untuk memperoleh pendapatan. Pada akhir 2019, platform 3E ini telah menarik lebih daripada 3 juta pelanggan yang disahkan. Dalam masa 18 bulan, saiz perniagaan dan pendapatan yang berkembang di platform ini bersamaan dengan saiz syarikat gabungan Amway yang kelima atau keenam terbesar di dunia.

Amway_China_launched_Earn_Easy_Early_a_social_commerce_platform_to_help_ABOs.jpg

Kempen pemasaran sosial kerap dilancarkan melalui platform ini. Pemimpin ABO China sangat mahir dengan kempen sebegini dan aktif mempromosikannya yang membantu meningkatkan kejayaan setiap kempen. Pada Februari 2020, ketika China masih di tahap kritikal dalam memerangi wabak COVID-19, pasukan Amway China melancarkan kempen “Paket Merah” di platform 3E. Kempen ini menarik lebih daripada 400,000 pelanggan baru yang disahkan dan menghasilkan jualan lebih daripada AS$21 juta dalam 3 hari sahaja, satu rekod baru untuk Amway.

Kami telah melihat ramai pemimpin ABO di Amway China mendapat manfaat daripada perdagangan sosial. Ramai pemimpin telah mula merentasi batas geografi, masa dan masyarakat serta menunjukkan bahawa tiada batasan untuk pertumbuhan perniagaan mereka. Contohnya, sesetengah ABO mencapai sasaran jualan mereka dalam 10 hingga 15 hari pertama bulan itu, sementara yang lain mencapai 20,000 hingga 30,000 mata setiap bulan.

Ada seorang pemimpin yang membina model perdagangan sosial dari dalam talian ke luar talian yang matang dan telah berkembang dalam masa tiga tahun berturut-turut. Jika lebih ramai pemimpin boleh mencapai kelayakan pada awal bulan, maka para pemimpin ini boleh memfokus untuk meningkatkan pendapatan mereka untuk bulan itu atau membantu ABO bawahan mereka mendaki tahap.

Inisiatif sebegini, sama ada 3E, Insentif Penjualan Pelanggan atau pelbagai kempen media social, semuanya mempunyai satu tujuan iaitu untuk membantu ABO baru berjaya dan menjadikannya 10 kali lebih mudah untuk mereka memperoleh dan mengekalkan komuniti pelanggan yang erat. Dengan memperoleh lebih ramai pelanggan baru, pelanggan setia dan pendapatan awal, kadar kejayaan ABO baru akan menjadi lebih tinggi. Ini akan menghasilkan lebih ramai pembina dan pemimpin perniagaan yang berjaya. Kita menjadi lebih baik dahulu, kemudian kita akan menjadi lebih besar.