Floating Icon
05 AUG 2023 BERITA & INSPIRASI 2 MINIT BACA 1732 LIHAT 53 BERKONGSI

AmwayPromise – Pelan Perniagaan Amway

Tidak begitu yakin untuk membeli daripada Amway atau memulakan perniagaan Amway™ anda sendiri? Kami faham perasaan anda. AmwayPromise boleh membantu menjawab kebimbangan anda dan menyokong anda dari masa ke masa.

Seperti kata pepatah, “Janji hendaklah ditepati.” AmwayPromise diwujudkan untuk menjadikan perkhidmatan pelanggan dan perlindungan pengguna lebih ringkas, lebih mudah difahami dan lebih mudah diakses daripada sebelumnya. Mengapa? Kerana anda layak mendapat ketelusan dan kepercayaan.

Disokong oleh lima tonggak, ia bertujuan untuk memberikan perkhidmatan pelanggan dan perlindungan pengguna yang paling menyeluruh dalam industri jualan langsung. Mari kita lihat lebih dekat bagaimana keenam-enam tonggak ini menyokong anda sebagai ABO atau pelanggan.


Perniagaan Orang Ke Orang

Memulakan perniagaan bukan perkara kecil. Sejak 1959, Pemilik Perniagaan Amway adalah keutamaan perniagaan ini. Sebagai syarikat keluarga yang berasaskan nilai, Amway perlu melindungi orang yang mewakili atau membeli daripada kami. Inilah sebabnya Amway komited untuk menyokong anda dalam setiap langkah perjalanan!


1. Kos Rendah, Risiko Rendah

Low Cost Low Risk

Adakah saya perlu melaburkan banyak masa dan wang?

Amway menjanjikan permulaan dengan kos rendah dan risiko rendah untuk perjalanan Amway setiap orang. Memulakan perniagaan bukan perkara kecil. Rasa terjamin sejak awal adalah penting. Itulah sebabnya Amway menawarkan keperluan pembelian kos rendah dan yuran pendaftaran minimum untuk ABO baru. Rangkaian ABO yang besar pula membolehkan anda menemui keluarga Amway untuk berkongsi kejayaan, bertukar-tukar idea dan meraikan kejayaan.

Sebagai pelanggan, apabila anda membeli daripada Amway, anda juga rasa tenang kerana Amway menawarkan produk yang berkualiti. Jika produk anda tidak memuaskan, Amway akan berusaha memperbaiki atau menggantikannya, atau memberikan bayaran balik. Anda boleh mengetahui lebih lanjut tentang perkara ini di bawah.


2. Jaminan Kepuasan 100%

100% Satisfaction Guarantee

Apakah yang berlaku jika saya mengubah fikiran?

Tidak kira sama ada anda pelanggan atau ABO, Amway komited terhadap perkhidmatan, kualiti dan produk. Jadi, jika anda tidak mendapat semua yang anda harapkan, Amway akan bekerjasama dengan anda hingga anda benar-benar berpuas hati.

Sebahagian daripada ini ialah tempoh bertenang untuk pembelian dan polisi pengembalian inventori yang cemerlang kepada semua orang.


3. Program Waranti

Apakah yang berlaku jika saya menerima produk tahan lama Amway yang rosak?

Amway menawarkan produk yang tahan lama dan berkualiti. Namun begitu, kadangkala masalah yang tidak dijangka boleh berlaku. Jika produk mempunyai masalah, pelbagai program servis, pembaikan dan waranti disediakan untuk membantu ABO dan pelanggan.

Selain itu, semua produk didatangkan dengan janji perlindungan premium. Jadi, jika anda sebagai ABO atau pelanggan mempunyai produk yang memerlukan lebih perhatian atau penggantian, program waranti Amway akan bekerjasama dengan anda hingga masalah itu diselesaikan.


4. Perkhidmatan Pelanggan

Supportive Customer Service

Siapakah yang boleh saya hubungi jika saya mempunyai soalan khusus?

Sebagai pemilik perniagaan baru, anda pasti mempunyai pertanyaan dan kebimbangan. Jika ada, Amway bersedia untuk membantu anda dan ABO atasan atau penaja anda bersedia untuk menyokong anda.

Amway juga menjanjikan perkhidmatan pelanggan yang terbaik untuk pelanggan. Ia memberikan sokongan dalam talian, melalui telefon atau secara bersemuka. Tiada kebimbangan yang terlalu besar atau terlalu kecil. Amway ialah rakan perniagaan yang boleh dipercayai dan bersedia untuk menyokong anda di sepanjang perjalanan menuju kejayaan.


5. Hak untuk Mengetahui

Saya mahu benar-benar memahami perniagaan ini. Setelus manakah Amway?

Untuk berkembang maju sebagai Pemilik Perniagaan Amway, anda mesti mengetahui dan memahami semuanya tentang polisi perlindungan pengguna dan penawaran perkhidmatan pelanggan Amway.

Oleh itu, perniagaan ini berjanji untuk sentiasa berkomunikasi dengan jelas kepada anda sebagai ABO dan pelanggan. Amway menawarkan akses yang mudah dan telus kepada semua maklumat yang berkaitan dengan perlindungan pengguna, polisi pengembalian produk dan polisi pengembalian inventori.


Untuk mengetahui lebih lanjut tentang AmwayPromise dan apa yang ditawarkan oleh Amway, klik di sini.