Floating Icon
21 JUL 2023 BERITA & INSPIRASI 2 MINIT BACA 853 LIHAT 33 BERKONGSI

AmwayPromise: Kepuasan Adalah Matlamat Kami; Perlindungan Adalah Janji Kami

Model perniagaan Amway direka untuk membolehkan sesiapa saja, dari semua latar belakang dan semua lapisan masyarakat mula menjadi usahawan – tidak perlu kepakaran perniagaan.

Jualan langsung/pemasaran berbilang tingkat ialah cara yang baik untuk mendapatkan wang tambahan di samping anda sendiri menjadi bos. Tetapi ramai orang melihatnya sebagai risiko besar: Berapa kosnya? Bagaimana jika saya tidak suka produknya? Bagaimana jika saya menyertai dan mengubah fikiran – adakah hidup saya akan ditentukan oleh orang lain?

Hakikatnya, ketakutan terhadap risiko adalah salah satu halangan yang paling biasa dihadapi seseorang apabila mempertimbangkan untuk memulakan perniagaan sendiri. Sedikit penyelidikan tentang syarikat yang anda pertimbangkan akan memberikan jawapan tersebut.

Baru-baru ini Amway memudahkan penyelidikan itu dengan mewujudkan AmwayPromise, versi ringkas daripada semua perlindungan pengguna, jaminan dan waranti syarikat. Secara ringkas, ia menunjukkan bahawa Amway ialah model perniagaan berkos rendah dan berisiko rendah.


Amway Promise - simplified version of all the company’s consumer protections guarantees and warranties

Melangkaui perlindungan yang ditetapkan oleh undang-undang

Walaupun banyak negara mempunyai undang-undang perlindungan pengguna, AmwayPromise menyasarkan untuk mengatasi dan melangkaui undang-undang perlindungan pengguna di mana-mana jua ia beroperasi. Amerika Syarikat mempunyai antara undang-undang perlindungan pengguna yang paling ketat di dunia, berevolusi dari hampir sifar sebelum 1960-an hingga menjadi set undang-undang dan perlindungan yang sentiasa berkembang.

Pendirian Amway untuk melangkaui apa yang diwajibkan oleh undang-undang telah membolehkannya mendahului peraturan yang sentiasa berkembang dan membina reputasi sebagai syarikat yang dihormati dan dipercayai. Selain menjadikan piawaian industri sebagai penanda aras, Amway juga meninjau perlindungan pengguna syarikat produk pengguna dan pesaing yang lain.

“Mematuhi undang-undang tempatan tidak cukup bagi kami,” kata Judy Jones, ketua penyelidikan pasaran Amway. “Kami mahu pergi lebih jauh, melangkah lebih jauh untuk membantu memastikan bahawa pelanggan dan pemilik perniagaan boleh memberikan kepercayaan dan keyakinan penuh kepada syarikat.”

Salah satu cara ini diukur adalah dengan kepatuhan Amway terhadap Kod Etika yang dibentuk oleh Persekutuan Persatuan Jualan Langsung Dunia (WFDSA). Kod ini menetapkan garis panduan yang ketat untuk perwakilan pendapatan, dakwaan produk, teknik penjualan dan pemasaran serta polisi untuk pembatalan dan pengembalian pesanan.


AmwayPromise: 5 Tonggak

AmwayPromise mempunyai lima tonggak: Peluang Berkos Rendah, Berisiko Rendah; Jaminan Kepuasan 100% 90 Hari; Program Waranti; Perkhidmatan pelanggan; dan Hak untuk Mengetahui.

Tonggak-tonggak tersebut bukan sahaja memastikan bahawa perniagaan ini mempunyai kos permulaan yang rendah yang menjadikannya berisiko rendah untuk disertai tetapi juga memastikan bahawa pemilik perniagaan dan pelanggan akan berpuas hati dengan pengalamannya sebaik sahaja mereka bermula. Ini falsafah yang dibina dalam budaya syarikat. Bagi berjuta-juta orang di seluruh dunia yang merintis jalan mereka sendiri menuju kejayaan, ia berkesan.

Dengan sejarah panjang dalam jaminan kepuasan, waranti dan perkhidmatan pelanggan yang kuat, Amway komited untuk memastikan setiap orang yang berurusan dengan syarikat mempunyai pengalaman positif – malah mereka yang memutuskan bahawa perniagaan atau produk Amway bukan untuk mereka.

AmwayPromise memanfaatkan tradisi itu dengan mengumpulkan semua maklumat tentang perkhidmatan pelanggan dan perlindungan pengguna ke dalam satu platform yang boleh diakses. Matlamat syarikat adalah untuk memberikan perkhidmatan pelanggan dan perlindungan pengguna yang paling menyeluruh dalam industri jualan langsung.


Amway Promise Pillar 1 - Low cost startup

Tonggak 1: Jaminan Permulaan Berkos Rendah

Menurut Laporan Keusahawanan Global Amway 2020 (AGER), kajian penyelidikan global yang dijalankan di 25 negara dan meninjau hampir 24,000 orang, 57% responden berminat untuk memiliki perniagaan sendiri sama ada sekarang atau pada masa depan.

Bagi bakal usahawan, Amway adalah pilihan yang tepat. Pertama, memulakan perniagaan Amway tidak mahal berbanding dengan model perniagaan lain yang biasanya memerlukan pelaburan modal yang besar. Kosnya kurang daripada US$100 untuk memulakan perniagaan Amway di mana-mana negara di mana syarikat beroperasi. Di Malaysia, kosnya hanya RM60 dan B$30 di Brunei.

Amway percaya bahawa semua orang berhak mendapat peluang untuk maju. Itulah sebabnya syarikat berjanji untuk sentiasa memberikan peluang berkos rendah dan berisiko rendah untuk memperoleh pendapatan tambahan. Itu tidak akan berubah.

Di Malaysia dan Brunei, Amway menawarkan lebih daripada 450 produk berkualiti tinggi untuk dijual serta latihan untuk membantu memulakan dan membina perniagaan kepada Pemilik Perniagaan Amway. Dengan jaminan bayaran balik kos permulaan dan jaminan kepuasan 100%* untuk semua produk Amway, kemungkinannya tinggi dan risikonya rendah.


Amway Promise Pillar 2 - 100 Satisfaction Guarantee

Tonggak 2: Jaminan Kepuasan 100%

Jika anda tidak mendapat apa yang anda harapkan daripada perniagaan Amway atau produk Amway, syarikat akan berusaha dengan gigih untuk memastikan anda berpuas hati 100%.

Bahagian utama tonggak pertama ditunjukkan di sini. Syarikat menawarkan jaminan kepuasan atas semua produk* dan yuran pendaftaran perniagaan. Jika atas sebarang sebab, anda tidak berpuas hati dengan produk atau peluang tersebut, anda boleh memperoleh bayaran balik dalam jangka masa yang ditetapkan.

Biasanya pelanggan mempunyai pelbagai pilihan pengembalian jika ia melibatkan produk termasuk menghantar semula ke syarikat, mengembalikannya ke Kedai Amway yang berdekatan atau berunding dengan ABO Amway yang menjual produk tersebut atau menaja mereka ke dalam perniagaan.

Sama ada bayaran balik, penukaran produk atau pengembalian yuran pendaftaran perniagaan, syarikat komited untuk memastikan pelanggan dan pemilik perniagaan berpuas hati.


Amway Promise Pillar 3 - Warranty Programmes

Tonggak 3: Program Waranti

Barangan tahan lama premium Amway seperti Sistem Rawatan Udara Atmosphere SKY™ dan Sistem Rawatan Air eSpring™ didatangkan dengan waranti terhad sebagai tambahan pada jaminan kepuasan.

Syarikat yakin dengan kualiti produk tahan lama dan menyokong keyakinan itu dengan program servis, pembaikan dan waranti yang inovatif. Perkhidmatan ini disesuaikan untuk setiap jenis produk dan pasaran di mana ia dibeli supaya mudah untuk menangani masalah pengguna.


Amway Promise Pillar 4 - Customer Service

Tonggak 4: Perkhidmatan Pelanggan

Setiap tahun, Amway menerima berjuta-juta pertanyaan di pusat perkhidmatan pelanggannya di seluruh dunia. Syarikat berbangga dapat membantu setiap orang mendapatkan bantuan dengan mudah dan cepat.

Amway telah melaburkan berjuta-juta dolar untuk menambah baik perkhidmatan dan sokongan pelanggan untuk mencapai standard tersebut.

“Jika anda mempunyai masalah atau pertanyaan, kami komited untuk memudahkan anda mendapatkan jawapan diperlukan,” kata Len Iakiri yang memimpin pelaksanaan AmwayPromise di Filipina.

“Kami sangat yakin dengan produk dan peluang perniagaan kami sehinggakan kami sanggup berjanji kepada pelanggan dan pemilik perniagaan kami,” kata Iakiri. “Jika ia tidak seperti yang kami katakan, kami akan berusaha memperbaikinya. Jika produk itu tidak seperti yang anda harapkan, kami juga akan memperbetulkannya.”


Amway Promise Pillar 5 - The Right to Know

Tonggak 5: Hak untuk Mengetahui

Amway berjanji untuk berkomunikasi dengan jelas dan menjadikan semua maklumat yang berkaitan dengan perlindungan pengguna dan sebarang peruntukan tambahan berkaitan pembelian balik inventori dan pembatalan pendaftaran boleh diakses dengan mudah.

Tonggak ini adalah tentang komitmen syarikat untuk menjadikan semua perlindungan pengguna mudah difahami dan digunakan. Ini juga merujuk pada polisi syarikat tentang Beli Balik Inventori dan Tempoh Bertenang.

Apabila ABO memulakan perniagaan Amway atau apabila pelanggan membeli produk, terdapat Tempoh Bertenang supaya mereka boleh membatalkan perniagaan atau mengembalikan produk dan menerima bayaran balik jika mereka mengubah fikiran.

“Memulakan perniagaan adalah keputusan besar,” kata Jones daripada pasukan Penyelidikan Pasaran Amway. “Memberikan tekanan kepada prospek untuk membuka perniagaan pada ketika itu atau kepada pelanggan untuk membeli produk telah menjadi satu isu dalam industri jualan langsung selama bertahun-tahun.

"Amway komited untuk memastikan bahawa setiap orang mempunyai pengalaman positif dari saat mereka mendaftar, malah jika mereka memutuskan bahawa perniagaan atau produk ini bukan untuk mereka."


Kepuasan sejak mula

Amway menekankan bahawa semua pemilik perniagaannya harus mendidik diri mereka tentang perlindungan pengguna Amway dan mengetengahkannya kepada pasukan dan pelanggan mereka.

“Sejak dulu lagi Amway adalah perniagaan orang ke orang,” kata Iakiri. “Sejak 1959, ia sentiasa tentang dua orang yang duduk dan bersetuju untuk membina sesuatu yang istimewa bersama-sama.”

"Itulah sebabnya kami bukan hanya mempromosikan meterai yang mengesahkan jaminan kami, kami menyokongnya dengan janji – AmwayPromise.”