Floating Icon
16 MAR 2022 ACARA 2 MINIT BACA 160 LIHAT 0 BERKONGSI

Mulakan Hari Anda dengan Betul dengan Minuman Berkhasiat

Dalam waktu pandemik ini, sangat penting untuk menjalani gaya hidup yang mengamalkan diet seimbang dan bersenam untuk memiliki tubuh dan minda yang sihat. Kita perlu mencari jalan untuk menghadapi situasi semasa ini dan lebih berhati-hati dalam menjalani kehidupan.

Oleh itu, Amway Malaysia memulakan usaha untuk memperkasakan rakyat Malaysia untuk mengamalkan gaya hidup yang seimbang melalui webinar yang bertajuk “Mulakan Hari Anda dengan Betul dengan Minuman Berkhasiat” yang diadakan pada Disember 2021.


Host Che Puan Sarimah (left) with panel speakers Dr Sareena Hanim (middle) and Indra Balaratnam (right).jpg

Webinar yang dikendalikan oleh pengacara TV Malaysia yang memenangi anugerah yang juga penaung Pertubuhan Kesedaran & Sokongan Penyakit Mental (MIASA), Che Puan Sarimah Ibrahim di laman Facebook Amway Malaysia yang dihadiri oleh pensyarah kanan dan Timbalan Pengarah Kajian dan Penyelidikan Pusat Sains Sukan dan Senaman Universiti Malaya, Dr Sareena Hanim Hamzah dan pakar perunding diet dan penceramah kesihatan profesional, Indra Balaratnam.

“Sangat penting untuk menjaga diri kita dalam usaha untuk mengekalkan kesihatan yang baik ketika menghadapi situasi semasa. Memandangkan kita sentiasa berhadapan dengan kemunculan varian baharu COVID-19, kita harus memberi penekanan yang besar terhadap kesihatan kita dengan memantau diet dan mengamalkan gaya hidup aktif,” kata Dr Sareena.

Di samping mengamalkan gaya hidup yang seimbang, kita harus sentiasa memerhatikan tabiat diet kita untuk membekalkan tenaga dan nutrien yang mencukupi untuk tubuh dan elakkan makan berlebihan, tambahnya.


Keep your body healthy with Nutrilite.jpg

Untuk kekal aktif, anda juga dinasihatkan untuk melakukan sekurang-kurangnya 150 – 300 minit aktiviti fizikal aerobik intensiti sederhana sepanjang minggu untuk manfaat kesihatan yang ketara.

Ini juga membantu meningkatkan endorfin dan mengurangkan tekanan. Justeru, kita boleh mengekalkan gaya hidup yang seimbang.

“Diet yang sihat juga penting dalam menyokong sistem imun kita. Diet sihat yang kaya dengan nutrien boleh mengurangkan kemungkinan mengalami masalah kesihatan lain, seperti obesiti, penyakit jantung atau diabetes,” kata Indra.

Ramai orang menjalani gaya hidup yang lebih sihat dengan menambahkan protein dalam diet mereka. Ada pelbagai sumber protein seperti pengambilan semula jadi makanan berprotein, suplemen protein dan pengganti sajian.

Protein dikaitkan dengan penambahan otot, pemulihan otot atau penurunan berat badan.

Protein ialah makronutrien untuk tubuh kita yang dipecahkan menjadi asid amino. Ia penting untuk pertumbuhan, penyelenggaraan tisu tubuh, kawal atur metabolisme yang membantu mengekalkan berat badan yang sihat, mengekang rasa lapar dan mempercepatkan pemulihan otot, jelas Indra. Protein boleh diperoleh secara semula jadi dalam daging, ikan, telur, tauhu, kekacang dan produk tenusu. Protein juga memainkan peranan dalam meningkatkan neurotransmiter yang berkomunikasi dengan otak untuk membuatkan kita sedar dan peka.

Indra berkata, memasukkan pilihan yang kaya dengan protein sebagai sebahagian daripada sarapan pagi yang sihat dan seimbang boleh membantu kita rasa bertenaga dan memperoleh lebih banyak khasiat.


Malaysians voted the Protein Shake as their favourite morning drink.jpg

Amway Malaysia menjalankan undian di media sosial, bertanya kepada rakyat Malaysia tentang minuman sarapan kegemaran mereka. Ia mendapat respons daripada 1000 responden. Berdasarkan keputusannya, rakyat Malaysia memilih kopi, teh dan minuman kocak protein sebagai minuman pagi mereka.


Protein is essential to start your day right.jpg

Sareena berkata, seseorang itu harus mempunyai pelan diet yang sihat dan seimbang dengan menyertakan protein dalam setiap sajian selain karbohidrat dan nutrien lain. Minuman kocak protein boleh berfungsi sebagai pelengkap kepada unsur pemakanan lain. Senaman yang kerap ditambah dengan tabiat pemakanan yang sihat juga boleh membawa kepada gaya hidup yang seimbang.

  • Untuk maklumat lanjut tentang produk Amway dan Nutrilite, layari https://www.amway.my/
  • Untuk rakaman penuh webinar, tonton ini

Nota: Artikel ini pertama kali diterbitkan dalam New Straits Times. Ia diterbitkan semula di sini sebagai sebahagian daripada kempen Mulakan Hari Anda dengan Betul dengan Kuasa Protein Nutrilite.

Webinar dan kempen ini turut mendapat liputan beberapa saluran media lain.

Bahasa Inggeris

Bahasa Malaysia

Sebelum webinar ini, kepentingan pengambilan protein dan kempen Nutrilite telah mendapat liputan media ini.

Bahasa Inggeris

Mandarin