Floating Icon
23 FEB 2021 BERITA & INSPIRASI 2 MINIT BACA 161 LIHAT 0 BERKONGSI

Tetapkan Matlamat Kecil Untuk Komunikasi Berterusan

You_have_to_offer_true_value_to_your_customers_in_order_to_build_a_trusting_relationship.jpg

Menambah rakan ke dalam kumpulan sembang sememangnya mudah tetapi ia boleh menjadi sukar untuk memulakan perbualan yang membangkitkan minat rakan sembang anda. Walaupun bersembang dalam kumpulan menyeronokkan, adakah anda benar-benar tahu bagaimana untuk membuatkan sesi sembang satu dengan satu and aitu bertahan lama?

Seringkali kurangnya kepercayaan antara satu sama lain boleh membantutkan kelancaran komunikasi. Jadi, bagaimanakah anda membina kepercayaan dengan khalayak sasaran anda dan berinteraksi dengan orang ramai dengan lebih berkesan?


Build_Trust_With_Your_Will_And_Capability.jpg

Bina Kepercayaan: Dengan Kemahuan & Keupayaan Anda

Seseorang itu akan mengambil masa untuk menjadi peminat tegar idola selebriti atau siri drama. Begitu juga, untuk membentuk perasaan yang baik terhadap produk atau syarikat tertentu.

Berikut adalah perkara yang anda perlu fahami. Membina kepercayaan antara 2 orang melibatkan proses yang beransur-ansur untuk mencapai kepuasan dan kepercayaan bersama dalam menyelesaikan sesuatu perkara serta mewujudkan hubungan antara perseorangan.

Mengenali antara satu sama lain > Membiasakan diri antara satu sama lain > Menyukai antara satu sama lain > Mempercayai antara satu sama lain

Bagaimanakah Hendak Membina Kepercayaan?

Ingat 2 perkara utama ini:

  • Kemahuan: Mengambil berat mengenai keperluan saya dan menyelesaian masalah saya
  • Keupayaan: Berupaya untuk menyelesaikan masalah dan memenuhi keperluan saya (menunjukkan nilai anda)

Imbau kembali cara anda berkomunikasi dengan pelanggan anda. Adakah anda memahami keperluan mereka? Bolehkah anda memberikaan penyelesaian untuk khalayak sasaran anda? Jangan hanya terlibat dalam perbualan kosong dan bermegah-megah. Satu-satunya cara untuk mendapatkan kepercayaan mereka adalah dengan membawa nilai sebenar dengan kesanggupan untuk menyelesaikan masalah mereka.

Adalah penting bagi anda berkomunikasi secara berterusan dengan rakan anda agar dapat membina kepercayaan bersama semasa menjual produk harian, saranan peluang perniagaan dan perundingan berdaya keusahawanan.


How_To_Communicate_Continuously.jpg

Bagaimanakah Hendak Berkomunikasi Secara Berterusan?

Cara anda melakukannya adalah dengan mengenal pasti kedua-dua matlamat berkala dan tunggal anda:

  • Matlamat Berkala

Apakah yang diperlukan oleh pelanggan yang baru dikenali atau khalayak sasaran anda? Adakah mereka memerlukan produk yang bagus untuk mempertingkatkan kualiti kehidupan mereka atau peluang perniagaan yang lebih sesuai? Sebelum anda berinteraksi dengan orang lain, anda perlu mempertimbangkan hasil komunikasi anda dengan sudut pandangan jauh, teratur dan strategik.

Kami menetapkan matlamat yang berbeza untuk individu yang berbeza dan tentang perkara yang berbeza. Ingat: Penetapan matlamat berkala yang pasti adalah berdasarkan pemahaman sepenuhnya tentang diri sendiri dan khalayak seseorang itu. Cuba selesaikan masalah seseorang itu dengan ikhlas. Ini adalah lebih baik daripada cuba menyelesaikan masalah 10 orang dengan sikap sambil lewa.

  • Matlamat Tunggal

Jika anda mahukan badan yang cergas, anda mesti bersenam dengan kerap. Jika anda inginkan kulit yang baik, anda mesti mengamalkan regimen penjagaan kulit yang baik dan gaya hidup yang sihat. Pelaksanaan setiap matlamat adalah hasil terkumpul setiap ‘langkah kecil” yang anda ambil. Begitu juga dengan matlamat komunikasi anda.

Jadi, apa yang anda perlu lakukan ialah membahagikan matlamat berkala khalayak sasaran anda kepada beberapa matlamat tunggal dan bantu mereka merealisasikannya.

Untuk komunikasi satu kali, cuba capai 2 matlamat berikut:

  • Kumpulkan maklumat untuk meningkatkan pemahaman anda (kumpulkan maklumat mengenai keluarga itu dan pengalaman pengguna produk)
  • Dorong keputusan untuk membeli dan rangsang kepercayaan bersama (tambah rakan ke dalam kumpulan sembang, tetapkan tarikh untuk janji temu seterusnya dan cuba dapatkan persetujuan)

Ingat: Setiap matlamat tunggal berhubung kait secara progresif. Jangan abaikan sebarang peluang untuk berkomunikasi. Apabila anda mencapai semua matlamat tunggal, sewajarnya anda akan mencapai matlamat berkala anda.

Perniagaan Amway yang berjaya dibina berdasarkan komunikasi berterusan di mana kepercayaan bersama adalah prasyarat. Anda perlu menawarkan nilai sebenar kepada pelanggan anda agar dapat membina hubungan yang saling mempercayai.

Oleh itu, teruskan dan bantu pelanggan anda menetapkan matlamat tunggal dan berkala mereka. Usaha komunikasi anda pasti akan membuahkan hasil yang jauh lebih baik.


Sumber: Amway China