Floating Icon
15 MAR 2022 ACARA 2 MINIT BACA 203 LIHAT 0 BERKONGSI

Pengiktirafan Maya Penyandang Baru TP2021 (Dis2021)

Satu tahun lagi, satu lagi kemenangan! Di sebalik semua cabaran yang dibawa oleh COVID-19, ia juga telah membuahkan banyak kejayaan! Pada 11 Disember 2021, Amway mengiktiraf 3000 penyemat pada Pengiktirafan Maya Penyandang Baru TP2021, acara yang menghargai usaha kelompok pertama penyandang Amway.

www.amwaypy2021recognition.com.jpg

Walaupun norma baharu telah mengubah cara kita meraikan majlis-majlis istimewa, itu tidak menghalang kita daripada meraikannya. Lebih 13,000 penonton menyertai pengacara kami, Sharizan Borhan untuk mengucapkan tahniah kepada para penyandang pada tahun ini, dan juga berkongsi ucapan selamat, menghantar bunga maya dan menonton perkongsian yang memberikan inspirasi daripada para penyandang di www.amwaypy2021recognition.com. Laman web ini menerima hampir 30,000 pelawat setakat akhir Dis 2021.


Mengakhiri 2021 dengan Bergaya

Mike_Duong_welcomed_achievers_and_thanked_them_for_their_effort_and_commitment_throughout_2021.jpg

Untuk memulakan majlis, Pengarah Urusan Amway Malaysia, Singapura & Brunei, Mike Duong mengalu-alukan penyandang dan penonton dalam ucapan alu-aluan yang merangkumi usaha dan komitmen berterusan yang ditunjukkan oleh para penyandang dan Pemilik Perniagaan Amway (ABO) sepanjang 2021.


Asha_Gupta_congratulated_the_achievers_and_acknowledged_the_resilience_of_ABO_Leaders.jpg

Ini diikuti dengan ucap utama yang disampaikan oleh Asha Gupta, Presiden Serantau Asia & Ketua Pegawai Strategi & Pembangunan Korporat, yang mengucapkan tahniah kepada penyandang dan mengiktiraf daya tahan Pemimpin ABO di Malaysia & Brunei serta perniagaan mereka.


Selepas itu, majlis itu bertambah hangat apabila kuiz pertama untuk penonton diadakan. Seramai 50 pemenang dengan jawapan yang betul memenangi baucar GrabFood bernilai RM50 setiap seorang. Seterusnya, penyandang Penyemat Gangsa diberikan pengiktirafan yang sewajarnya atas kerja keras dan usaha mereka untuk mencapai apa yang pastinya merupakan penyemat pertama daripada banyak penyemat lain dalam perjalanan mereka bersama dengan Amway!

Kelompok pertama penyandang Zamrud memulakan sesi perkongsian yang memberikan inspirasi melalui rakaman yang mengimbas kembali perjalanan mereka untuk mengatasi cabaran yang dibawa oleh pandemik COVID-19 dan memecahkan halangan dengan matlamat berterusan untuk membantu insan menjalani kehidupan yang lebih sihat dan lebih bahagia. Amway kemudiannya mengiktiraf Penyandang Perak & Emas sebelum menjemput penonton untuk menyertai bahagian kedua kuiz!

Platinum_achievers.jpg

Majlis diteruskan dengan pengiktirafan penyandang Platinum baru, diikuti dengan sesi perkongsian kelompok kedua penyandang Zamrud yang pastinya memberikan motivasi kepada para penyandang dan semua ABO untuk terus berusaha mencapai kejayaan yang lebih besar.

Sapphire_achievers.jpg

Ruby_achievers_were_also_applauded_for_their_achievements.jpg

Seterusnya ialah pengiktirafan penyandang Delima dan Platinum Pengasas baru. Selepas sesi perkongsian yang hebat dengan satu lagi kelompok penyandang Zamrud, para penyandang Nilam dan Nilam Pengasas juga diberikan tepukan gemuruh atas pencapaian mereka.

Emerald_achievers_recalled_their_journey_of_overcoming_challenges_and_breaking_barriers.jpg

Semangat terus membara apabila penyandang Zamrud dan Zamrud Pengasas meneruskan perkongsian tentang perjalanan peribadi bersama dengan Amway dan bagaimana mereka menyesuaikan perniagaan mereka sebelum dan selepas wabak COVID-19. Kejayaan yang diraih di sebalik kesukaran yang dibawa oleh wabak ini adalah bukti bahawa semangat dan ketabahan yang kuat boleh membuahkan hasil yang hebat.


Executive_Diamond_Joanne_Looi_shared_her_experience_on_how_to_attract_Gen_Y’s_into_Amway.jpg

Executive_Diamond_Wayne_Tan_shared_his_experience_on_how_to_attract_Gen_Y’s_into_Amway.jpg

Majlis diakhiri dengan ucapan memukau yang disampaikan oleh penceramah jemputan, Intan Eksekutif Wayne Tan & Joanne Looi yang berkongsi pengalaman tentang bagaimana mereka menarik Gen Y ke dalam perniagaan ini dan bagaimana orang lain boleh melakukan perkara yang sama. Semoga acara ini menjadi inspirasi dan motivasi kepada semua ABO untuk mencapai tahap kejayaan yang seterusnya!


Nantikan sambutan kedua pada 19 Feb 2022 untuk mengiktiraf penyandang baru dari Julai hingga Ogos 2021.