Floating Icon
14 MAR 2022 ACARA 2 MINIT BACA 198 LIHAT 1 BERKONGSI

eRali Nutrisi Herba Moden Nutrilite: I See You, I Feel You

Lihat & Rasa Lebih Baik dengan Nutrilite

Adakah mata letih dan sakit perut sesuatu yang kerap berlaku kepada anda? Ia tidak menghairankan kerana rakyat Malaysia suka menatal peranti digital selama berjam-jam dan mereka juga yang suka makan!

Oleh yang demikian, Nutrilite telah melancarkan dua suplemen baharu di bawah rangkaian produk yang dipanggil Nutrisi Herba Moden untuk memperkenalkan anda kepada suplemen yang diperbuat daripada bahan-bahan herba dan botani, yang disempurnakan oleh sains.

Suplemen tersebut – Minuman Botani Beri Dengan Lutein Nutrilite dan Minuman Botani Epal, Jujube & Peptida Gandum Nutrilite – masing-masing untuk kesihatan penglihatan dan perut.


Host Terrence Dass & Category Manager Joyce Tan.jpg

Untuk meraikan pelancaran produk ini dan menyediakan sesi pendidikan untuk ABO dan APC, satu eRali Facebook Secara Langsung telah dikendalikan oleh pengacara televisyen tempatan, Terrence Dass pada 11 Feb 2022.


Amway China Vice President of Innovation & Science East Hub Chen Jia.jpg

Semasa eRali ini, penonton menyaksikan kemas kini pemasaran dan Nutrilite daripada Pengurus Kategori Pemakanan, Joyce Tan serta pengenalan ringkas tentang rangkaian produk Nutrisi Herba Moden daripada Naib Presiden Inovasi & Sains Hab Timur Amway China, Chen Jia.


Mengapa Nutrisi Herba Moden?

Chen berkata, perubatan tradisional Cina telah diamalkan sejak beribu-ribu tahun lalu dengan bahan-bahan dan resipi yang diturunkan dari generasi ke generasi dan sehingga hari ini, ia kekal dalam budaya Asia.

“Kajian Euromonitor telah menunjukkan bahawa terdapat peningkatan trend untuk keperluan produk herba dan sumber semula jadi sejak COVID-19. Keperluan pasaran untuk produk semula jadi sudah pasti menunjukkan pertumbuhan yang luar biasa, kemungkinan besar mengatasi suplemen biasa.”

“Persoalannya ialah apakah formula kemenangan untuk Nutrilite dalam pasaran herba yang berkembang pesat tetapi sudah lama wujud ini? Strategi Nutrilite adalah memodenkan herba tradisional. Dari masa lalu, kami belajar dan memanfaatkan warisan Asia dan kami menggunakan kajian saintifik moden untuk mengesahkan keselamatan dan keberkesanan produk. Rangkaian herba Nutrilite bukan sahaja berdasarkan pengalaman lalu tetapi juga hasil sains moden. Kami bukan sahaja tahu jika produk itu berfungsi, kami juga tahu mengapa dan bagaimana ia berfungsi.”

Selepas perkongsian Chen, penceramah jemputan & pakar pembangunan produk Saintis Utama Pusat Inovasi & Sains Amway China, Dr Eric Du telah dijemput untuk berkongsi pengetahuannya tentang kedua-dua suplemen.


Dr Du Memberikan Penjelasan Mendalam

Dr Du explaining the ingredients provided crucial nutritional benefits to prevent eye fatigue.jpg

Tentang suplemen mata, Dr Du berkata, produk itu mengandungi lutein dan zeaxanthin (berasal daripada bunga marigold), ekstrak blackcurrant, wolfberry dan kekwa. Walaupun bahan-bahan ini kelihatan biasa, beliau menjelaskan kesemuanya memberikan manfaat pemakanan yang penting untuk mencegah keletihan mata.

Menekankan kepentingan untuk menyokong manfaat herba pemakanan dengan penyelidikan saintifik, Dr Du berkata, teknologi mikroenkapsulasi yang digunakan untuk suplemen mata membantu tubuh manusia menyerap nutrien dengan lebih baik.


Dr Du explained the product contains ginger and kelp extract apart from apple, jujube and wheat peptide.jpg

Sementara itu, apabila bilangan orang yang terus mengamalkan tabiat pemakanan dan gaya hidup yang tidak sihat semakin meningkat – perut kita juga akan terus menderita. Untuk mengatasinya, Dr Du, berkata Minuman Botani Epal, Jujube & Peptida Gandum mengandungi halia dan ekstrak kelp (mengandungi fucoidan) selain daripada epal, jujube dan peptida gandum yang membantu melindungi perut daripada kembung, refluks asid, sendawa dan masalah pencernaan.

Kebanyakan bahan daripada suplemen perut (halia, jujube, peptida gandum dan ekstrak kelp) juga diperoleh melalui teknologi terpaten yang membolehkan penggunaan bahan-bahan berkualiti tinggi, tulen dan pekat. Untuk menyokong lagi kredibiliti bahan-bahan ini, saintis Amway telah menjalankan dan menerbitkan beberapa kajian klinikal untuk membuktikan keselamatan dan keberkesanan. Kajian klinikal tersebut boleh dilihat dalam pautan bahan sokongan perniagaan di bawah.


Six lucky winners won brand new supplements after being the quickest in correctly answering a health quiz held during the event.jpg

Selepas perkongsian, pada penghujung eRali, enam pemenang bertuah telah membawa pulang suplemen baharu (3x Minuman Botani Beri Dengan Lutein Nutrilite dan 3x Minuman Botani Epal, Jujube & Peptida Gandum Nutrilite) selepas menjadi peserta terpantas yang memberikan jawapan yang betul dalam kuiz kesihatan yang diadakan semasa acara berlangsung.


Nutrisi Herba Moden dengan Nutrilite

Nutrilite Botanical Beverage Berries with Lutein and Nutrilite Botanical Beverage Apple, Jujube & Wheat Peptide.jpg

Dapatkan kearifan herba dan sains moden yang terbaik dengan Minuman Botani Beri Dengan Lutein Nutrilite dan Minuman Botani Epal, Jujube & Peptida Gandum Nutrilite! Menggabungkan manfaat hebat daripada bahan-bahan herba yang telah terbukti oleh masa dengan keajaiban teknologi moden, kami telah mencipta suplemen berkualiti tinggi untuk menyokong kesihatan mata dan perut anda.

Setiap cecair dalam pek koyak dan mudah bawa dibuat tanpa perisa tiruan, pewarna atau pengawet dan bebas gluten (hanya untuk suplemen Lutein) dan mesra vegetarian. Sesuai untuk kanak-kanak berumur 3 tahun ke atas.

  • Berminat untuk mengetahui lebih lanjut? Baca ini
  • Tonton eRali di sini
  • Tonton video produk untuk kedua-dua suplemen di sini