Floating Icon
20 JUN 2024 ACARA 2 MINIT BACA 167 LIHAT 13 BERKONGSI

Nutrilite dan eSpring Memenangi Anugerah Emas dan juga Anugerah Asia untuk eSpring di Anugerah Jenama Dipercayai Reader's Digest 2024

Reader's Digest Trusted Brand Awards 2024_trophies.jpg

Baru-baru ini, Reader's Digest mengumumkan hasil tinjauan Jenama Paling Dipercayai Tahunan ke-26 yang sangat dinanti-nantikan. Para pemenang Anugerah Jenama Dipercayai Reader's Digest 2024 yang berprestij ini berhimpun di Grand Hyatt Kuala Lumpur untuk meraikannya dengan penuh gilang-gemilang.

Jenama yang memenangi angugerah pada tahun ini merentasi lebih daripada 45 kategori yang merangkumi pelbagai produk dan perkhidmatan, dari suplemen kesihatan hingga penulen air. Antara anugerah yang diberikan pada malam itu ialah Anugerah Emas yang menjadi rebutan, dianugerahkan kepada jenama yang memperoleh keputusan cemerlang, berdasarkan persepsi pengguna Malaysia.

Nutrilite dan juga eSpring Amway menerima Anugerah Emas, masing-masing dalam kategori Vitamin/Suplemen Kesihatan dan Penulen Air. Selain itu, eSpring turut dianugerahkan Anugerah Asia, yang diberikan kepada jenama yang memenangi anugerah Jenama Dipercayai Reader's Digest dalam kategori yang sama untuk sekurang-kurangnya tiga pasaran dan negara yang ditinjau.

Ini merupakan Anugerah Emas yang ke-20 berturut-turut untuk Nutrilite dan yang ke-19 untuk eSpring apabila kedua-dua jenama ini melakar satu lagi pencapaian luar biasa dalam perjalanan bersejarah Amway membantu insan menjalani kehidupan yang lebih baik dan lebih sihat.

PowerOf90.jpg

Bercakap tentang pencapaian ini, Nutrilite juga meraikan Ulang Tahunnya yang ke-90 (lihat #PowerOf90 dan #Nutrilite90MY) pada tahun ini yang menjadikan Anugerah Emas ini satu lagi kebanggaan jenama kesihatan ini.

Reader’s Digest Trusted Brand Awards 2024_winners.jpg

Majlis ini diserikan oleh tetamu kehormat Datuk Hajah Rubiah Binti Haji Wang, Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah yang dikelilingi pakar pemasaran dan pemimpin perniagaan terkemuka. Turut hadir ialah golongan elit yang memenangi anugerah yang diidam-idamkan dalam kategori Paling Dipercayai iaitu Ahli Sukan (Datuk Nicol David), Penyampai Radio (DJ Lin), Penyampai Hiburan & Variasi (Alif Satar), serta Hos TV untuk Berita & Hal Ehwal Semasa (Amyra Rosli).

Bersama-sama, para tetamu meraikan jenama-jenama luar biasa yang telah memperoleh keyakinan pengguna tertinggi dalam pasaran Malaysia. Digemari di seluruh rantau, jenama ini bukan sekadar membina hubungan dengan pelanggan tetapi juga menunjukkan kecemerlangan dan komitmen yang teguh untuk memenuhi janji dan memupuk kepercayaan yang berbelah bahagi.

Sebagai antara tinjauan pengguna tertua dan paling dihormati di seluruh dunia, tinjauan tahunan Jenama Dipercayai Reader's Digest telah menonjolkan betapa pentingnya kepercayaan dalam membentuk tingkah laku pengguna selama 26 tahun berturut-turut. Memperoleh dan mengekalkan kepercayaan pengguna menjadi cabaran yang semakin besar kepada jenama, sama ada yang sudah mapan atau yang baru muncul, dan tinjauan terkemuka ini merangkumi kebebasan, pilihan pengguna dan pengiktirafan global.

Dengan sejarah ketulenan dan kebolehpercayaan yang kaya, tinjauan tahunan Jenama Dipercayai Reader's Digest kekal sebagai gambaran pilihan pengguna yang tidak berat sebelah. Ia merupakan tinjauan bebas yang unik kerana keputusannya bukan dijana oleh Reader’s Digest sendiri mahupun pembacanya; Pengguna Malaysia kekal sebagai hakim tunggal yang menentukan jenama dalam pasaran telah memenangi kepercayaan mereka pada 2024.

Pemenang Jenama Dipercayai Reader's Digest terus memperoleh kepercayaan pengguna kerana mereka mendengar kebimbangan pelanggan, bersimpati dengan situasi unik mereka dan memberikan sokongan dan bantuan yang diperlukan, untuk menunjukkan penghargaan tulen terhadap hubungan yang sangat dihargai ini.

Dengan lebih banyak pelancaran produk yang mengujakan, masa depan Amway dalam kesihatan dan kesejahteraan optimum pastinya cerah.

Tahniah, Nutrilite dan eSpring!